Tuesday, August 31, 2010

Sila Ucap Tahniah


Sila ucap tahniah sebab aku dah berjaya siapkan 2 tasks penting.


Salam. Pergh. Hari ni rasa beban yang dipikul kat bahu ni, dah berkurang sedikit. Sebab aku dah selesaikan dua tugasan penting. Penting okey! First, folio Malaysian Studies. Aku dah siap dengan jayanya pada jam 2.30 pagi pada 31 Ogos 2010 ketika umat manusia sedang seronok menidurkan diri. ZzzzzzzzZzzzzzz.


Secondly, aku dah siapkan Personal Statement hari. The final personal statement! Means that, aku takkan ubah contents dia dah. Cuma ubah dari segi sentence structure and grammar je lepas disemak oleh Mrs B dengan Miss Rena nanti. Dah kering idea dah nak kasi Personal statement ada feeling ke takde feeling.


Raya punya cerita pulak. Kelmarin aku jumpa website kedaikreatif.com. Ada lah artwork kad raya yang comel. So, agak-agak berminat, boleh pergi download secara percuma kat situ. Kat bawah ni, aku letak some of artworks yang sangat-sangat colourful.


click the pitca to download


Awal pagi semalam, aku punya lah rajin, combine artworks ni and tag kelasmate twelvians 07/08. Tak dapat nak reunion la kononnya. So, kitorang selalu reunion kat gambar-gambar yang aku tag kat name diorang. Huh. Dengan gambar-gambar kat fb la, buat kitorang selalu contact.


Hari sabtu ni, insyaAllah balik negeri sembilan balik guna train. So, kena bawak sikit barang je lah. Petang tadi dah listkan barang. Pergh. Rasa macam nak packing barang sekarang jugak. Dah tu skang ni, aku dah start bukak lagu raya di malam hari. Ceit.


Okeylah, still ada tugasan penting aku tak tick lagi tu. Kuiz Malaysian studies and test math. Dua-dua test tu insyaAllah hari Jumaat ni. Habis je kelas jumaat ni, terus aku nak packing. Tak kira! Ahah.


Sekian, selamat berpuasa. Salam.

Monday, August 30, 2010

Apakah itu MyConstitution..?


Salam. Esok is Merdeka Day! Merdeka! Merdeka! But, actually, tak merdeka pun. Dari segi aspek tak patriotik, bagi aku, merdeka means I am free from doing anythings. Maknanya, aku tak payah buat homework, tak payah buat itu ini, tak payah sakit-sakit sendi basuh baju and bla bla bla.


Alright, sebab esok merdeka day, mari kita bercerita pasal perlembagaan. Korang tahu tak perlembagaan tu apa? See, semua garu-garu kepala carik jawapan. Don't worry, kalau korang berminat nak tahu pasal perlembagaan negara or dalam bahasa Omputihnya MyConstitution, boleh klik gambar dekat bawah ni.




Dalam website ni, korang akan lebih mengetahui apa hak korang as Malaysian citizen. So, apa lagi, pergi check it out, ok!


Unfortunately, walaupun esok memang Merdeka day, aku tak merdeka. Sebabnya there is a lot of things to be done tomorrow. Paling penting the Personal Statement because by Wednesday, aku nak kena bagi kat Mrs B and Miss Rena untuk disemak.


Tak cukup dengan tu, homework maths yang berlambak. Homework biology lagi. Homework calculations chemistry lagi. Pergh. Oh tambahan, folio Malaysian Studies lagi and dengan nak kena study Malaysian studies lagi. Sakit otak aku pikir macam mana nak buat semua ni dalam masa yang ditetapkan.


Okeylah, nak basuh baju. Pergh. Tak merdeka betul la kena basuh baju tanpan bantuan mesin basuh. Uhuh. Sekian, salam.

Sunday, August 29, 2010

Cinta Terakhir


"....Kau cinta pertamaku, kau cinta terakhirku. Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita. Kau ayu di mataku. Satu antara seribu.Tiada tara di dunia. Mungkin kan terputus di tengah jalan. Mungkin kan terlerai tanpa ikatan. Usah ragu dengan takdir. Mungkin kita kan berbeza haluan. Berakhirnya cerita percintaan. Segalanya ketentuan Tuhan...."


Ouh, that's just so sweet.


Salam. Sekarang, aku tengah layan lagu yang sangat sangat jiwang. Cinta Terakhir nyanyian Aiman. Ala, lagu cerita Ilusi kat TV3 tu lah. Hari ni aku tengok episode last kat Catch-Up Tv kat website TV3. Huhu.


Dalam drama Ilusi ni, one of the persoalannya adalah apabila seorang lelaki ni betray isteri dia. Means that, lelaki tu sebenarnya tak suka pun perempuan tu. Dia just kahwin dengan perempuan tu for the sake of nak balas dendam keluarga.


Point aku hari ni, sejauh manakah perasaan sayang, suka dan cinta seorang lelaki tu terhadap seseorang perempuan tu? Sebab waktu aku tengok episod awal-awal tu, Ashraf Muslim punya lah gentleman dengan Diana Rafar but at the end, jadi musuh. So, macam pelik je.


Aku suka menonton drama. And most drama aku tonton mesti ada cintan-cinton. Dalam scene cintan-cinton, kadang-kadang ada yang menyampah. Kadang-kadang, ada yang sweet. Eh eh. Dan kadang-kadang buat aku terfikir sesuatu.


Aku terfikir, betul ke lelaki tu cinta dekat perempuan tu? Betul ke? Betul ke? Ikhlas ke diorang sayang dekat perempuan tu or ada sebab lain? And adakah perasaan itu sekadar memenuhi nafsu diri?


Senang cerita, aku susah nak percaya seseorang lelaki especially yang muda remaja ni, ikhlas dekat gefren diorang. Aku pun tak tahu kenapa aku ada that kind of feeling. Ianya natural, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.


Ada segelintir perempuan, pantang orang ajak couple, dia on je. Pastu, agak-agak dah tak suka, clash. Pastu masing-masing carik boyfren or gefren baru. Senangnya hidup kan bertukar ganti partner. Macam tukar ganti baju. Bajukah anda?


Maybe orang kata aku kolot, tapi bagi aku, kalau nak bercinta tu, biarlah dengan seorang je. The first and the last. Aku just tak paham, some people sampai ada dua tiga empat ex. Mudahnya menyatakan cinta dan meninggalkan cinta tu ya.


And maybe that is one of the reason aku memilih untuk jadi doktor. Study lama, kerja busy, so that aku tak payah sangat nak pikir pasal bab-bab cintan-cinton yang berisiko untuk dikecewakan as man nowadays susah nak dipercaya. Haha. Agak-agak boleh tak letak reason ni dalam Personal Statement? Eheh.


Orang mungkin akan kata, ala, kau tak pernah bercinta, bukannya tahu apa-apa. Tapi eventho aku tak bercintan-cinton, aku tahu lah feelingnya, kalau tak macam mana nak tulis cerpen. Tapi feeling itu aku simpan je sampai suatu masa, yang aku tak pasti berapa lama.


Akhir kata, waktu belajar ni, belajar lah. Dah habis belajar nanti, nak kahwin ke, kahwin lah. Dalam novel islamik yang aku pernah baca, "cinta yang suci adalah cinta di alam perkahwinan". So, kalau yang tak kahwin lagi tu, kome pikir lah sendiri.


Okeylah, itu jer nak bebel hari ni. Siapa-siapa agaknya ada jawapan untuk pertanyaan yang bermain di kotak pikiran, sila-silakan beri jawapan. Sekian, salam.


Wednesday, August 25, 2010

Dah Mula Dah Layan Lagu-lagu Raya..!


Salam. Lagu raya, please! Ceh, baru puasa 2 minggu, dah kecoh nak raya kan. Almaklumlah, aku berjiwa kanak-kanak. Excited bab raya-raya ni. Raya setahun sekali je kot.Err, but puasa pun setahun sekali jugak kan. Suppose, kena fokus amalan bulan ramadhan kan? Eheh.


Oh ya, siapa yang tercari-cari nak download lagu raya, sila ke blog ohmalaysia.com


Okey-okey. Berbalik pasal kisah lagu raya. Korang suka lagu apa? Aku suka almost semua lagu raya. Tak kisah lah yang sedih ke, yang syahdu ke, yang hepi-hepi ke. Semua aku layan. Tapi, lagu raya yang paling aku suka, adalah, Dendang Perantau by P. Ramlee.


Paling tak boleh blah, aku siap guna lagu Dendang Perantau as alarm bangun pagi. Aku baru je tukar bunyi alarm semalam. Yang kelakar tu, bila alarm bunyi, aku terjaga, and terkebil-kebil, eh, hari ni dah raya ke? Hari ni dah bulan syawal ke?


Nasib baik lah neurone kat otak cepat menghantarkan impulse. Aku bangun dan sedar, bahawa aku masih lagi di bulan Ramadhan. And jangan gatal-gatal nak minum and nak makan. Belum raya lagi ya, cik ain.


Cerita pasal lagu raya, aku nak cerita pasal baju raya plak. Apa cer baju raya korang? Berapa puluh pasang? Aku takde lah sampai berpuluh-puluh, tapi kurang dari sepuluh la. Warna hijau, pink, purple and white. Tiga cotton and satu kain licin. Dua baju kurung biasa, satu baju kurung pahang, satu baju kain kembang payung. So, ada empat.


Tahun ni, tiba-tiba more than one plak baju raya. Cepatlah raya, so aku boleh gunakan baju raya as baju pergi kelas. Kalau pakai sekarang, dah tak raya lah baju tu en. Kasut raya? Tudung raya? Tak carik lagi. Cuti nanti kot.


Ramadhan di ky. Tahun ni selamba sikit. Lepas je tarawikh, minum-minum air yang ada, terus balik chalet dengan telekung. Malas nak pakai tudung dan malas nak freehair. Saja pakai telekung, sebab nak tunjuk imej kampung-kampung. Pergh. Rindu rumah aku di kampung.


Oh, esok aku pergi rumah tipah sebab on the next day, kena buat job attachment. Tak sabar. Sebab tak sabar nak cerita dalam PS. PS aku ni asyik tergendala je. La ni pun aku tengah buat part pasal aktiviti koku. Esok, mesti Mrs B tanya, so, kena buat lah to show how determine I am to apply for medical school.


InsyaAllah, sabtu petang, balik rumah kejap. Yippie. Nak berbuka kat rumah! Hari tu balik rumah, tak dapat peluang nak berbuka sebab tet. Okeylah, itu je cerita hari ni. Sekian, salam.

Tuesday, August 24, 2010

Seronoknya Dapat Merapu Depan Orang & Seronoknya Berada Dalam Kelas Msian Studies


Salam. Huh. Penatnya hari ni. Tak tahu lah apa yang penat sangat. Dah la penat, mengantuk pulak tuh. Dengan sakit-sakit tulang belakang hari ni, membuat memberi cabaran betul buat aku yang berpuasa hari ni.


Paling tak boleh blah, aku rasa mengantuk yang gila kat kelas Malaysian Studies. Before ni, mengantuk macam mana pun, aku still awake dalam kelas. Hari ni pulak, ustaz pasang video. Bersandar sambil silang tangan. Dan, terlelap.


Tak lama pun terlelap. Terlelap 50 saat je kot. Sebab tiba-tiba macam kena kejutan elektrik. Bukak mata, nampak ustaz tengah pandang. Ceit. Kantoi. Habis tercalar lah reputasi aku. Ahah. Bulan puasa ni, aku macam lemah sikit lah. Kurang glycogen to be broken down to glucose kot.


Dah tu hari ni, ada medic forum plak. Turn group aku. Aku first presenter, mula-mula, shaking gak la tangan tu, lama-lama syok pulak merapu dan merepek pasal ethical issues of organ donation after death. Memang best ar medic forum sebab ada Q&A session.


Bila orang tanya soalan, rasa macam tengah diinterview plak. So, memang bagus la ada medic forum. Means that macam kita boleh bajet lah what kinds of questions yang maybe interviewer nak tanya. And aku rasa, bercakap di hadapan orang boleh buat kita more confident!


And hari ni, aku mendapati, sebenarnya seronok dapat bercakap depan orang ramai. Rasa macam dunia aku punya. Haha. So, bila lagi ek dapat bercakap depan orang? Oh, waktu presentation Malaysian Studies nanti.


Oh, entry hari ni ada gambar. Hehe. Ye lah, dah dua entry, aku biar kosong tanpa sebarang pitca. Hari ni ada ok.


Kelas Malaysian Studies. From right, Najwa, Mas and Ummu.


Walaupun mengasah bakat melukis, tapi kami still respek ustaz kat depan yang tengah mengajar. At least takde lah fall asleep terus kan. Pergh. Berbudi bahasa betul lah remaja ky ni, termasuk aku. Ahah.


So, that's all from me today. Nak pergi study Malaysian Studies. Sekian, salam.

Monday, August 23, 2010

Membebel Jer..


Salam. Hari ni kyuem agak meriah sebab ramai senior datang nak ambil slip results. Aku yang duduk dalam ky ni pun, tak pergi ambil lagi slip result dekat examination department. Result tak gempak, buat apa nak kelam kabut pergi ambik, kan?


Tapi, hari ni, aku still menjejakkan kaki ke exam department untuk uruskan benda alah UKCAT tu. Kalau ada yang tak tahu UKCAT tu apa, aku explain sekali lagi. UK Clinical Aptitude Test. Ianya satu exam bagi budak yang nak ambik medic further study kat medical school di UK. And test ini, amat menguji kegeniusan akal korang.


Suppose aku kena ambik UKCAT tu 13 September kat Sheffield Damansara. Hui, tak rela aku. Dah la baru tengah syok-syok raya, nak kena ambik test UKCAT plak. Pastu reschedule balik, dapat buat pada 23 September. Ok, anda boleh bertemu dengan saya di Sheffield Damansara pada jam 2 petang. Ahah.


UKCAT sangat aku tak ready bcoz la ni, aku nak kena study Malaysian Studies dulu pastu siapkan folio 20 muka surat tu. Di samping itu, busy membuat draft-draft akhir Personal Statement. Urgh. Macam-macam lah medical school UK ni. Sangat menguji determination. Serius!


Oh, cerita pasal senior. Seronok dengar senior dapat straight A's. Ada tu dapat A*. Pergh. Mantoplah mereka ya. Aku pun nak macam tu jugak. Doa banyak-banyak dan usaha banyak-banyak. Bak kata seorang senior tu, berserah secara total dekat Allah. Insya-Allah, aku cuba yang ter-ter-ter-baik!


UK atau Ireland? Aku nak Ireland. Please please. Tapi kat ky, still kena apply UK. If tak dapat offer UK, baru pilih IUMC. IUMC stands for Irish Medical School Consortium. But, mana tahu ada rezeki for UK, tak dapat Ireland. Pada masa mendatang ni, aku berserah je pada Allah untuk menentukan yang mana terbaik untuk aku. Tapi aku nak Ireland. Ireland. Ireland. Mimpi ke Ireland.


Cerita pasal hal ehwal study plak. Dah dapat component for each subject. Biology, A D A. paper 2 aku sangat teruk. Mr Vroege cakap, "you can be an A-grade student if you improve your bahasa sains". And now, aku tak tahu dia predict aku apa. Maybe B, or atau dia baik hati, nak predict A. Aku hanya mampu berdoa je agar dia yakin aku boleh dapat A next year.


Chemistry plak A B B. Tak strong sangat. Rasa macam nak re-sit sebab aku nak A* chem. Tengoklah nanti macam mana. Mungkin aku re-sit untuk push up markah. Maths, dua-dua komponen okey, but still, kena keep on doing practise maths. Oh, rindu nak masuk kelas Mr Madhazir sejak dapat Pn Sheila as cikgu baru.


Okeylah, nak waktu berbuka ni. Itu lah bebelan aku hari ni. Terima kaseh kerana mendengar. Sekian, salam.

Saturday, August 21, 2010

Pujuk Hati Sendiri


Salam. Hari ni dah 11 Ramadhan. Dan bulan ramadhan tahun ini, aku rasa dugaannya lebih berat. Bukannya dugaan sebab kena menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, tapi dugaan dan cabaran lain. Senang cerita, bulan yang ramadhan kali ini, banyak benar masalah yang menimpa.


Dah letih, dah penat luahkan masalah dekat orang. Dan luahan itu walaupun memberi sedikit ketenangan, tapi masalah itu akan tetap ada, dan takkan hilang begitu sahaja. Maknanya, kita memang tak boleh lari dari masalah, sebaliknya selesaikan masalah itu.


Kadang-kadang, kita persoalkan, kenapa masalah itu datang kepada kita. Kenapa dan kenapa. Sedangkan kita cuba sedaya upaya supaya masalah itu takkan datang, tapi ia tetap mahu muncul. Jadi, nak taknak ke hadapi juga masalah itu.


Nak settlekan masalah, bukannya sehari dua. Oleh itu, dalam proses nak selesaikan masalah, kita nak kena selalu pujuk hati sendiri. Ya, pujuk hati sendiri. Kenapa mesti diri sendiri yang pujuk? Sebab orang lain hanya mampu memujuk bila kita luahkan masalah. Jadi, takkan hari-hari nak ceritakan masalah kat orang.


Nak pujuk hati sendiri ni, maksudnya ingatkan diri kita, bahawa, setiap masalah yang menimpa, ada hikmahnya. Ada sebab Allah itu bagi kita cabaran dalam kehidupan. Antara sebabnya, nak suruh kita ni menjadi insan yang lebih kuat, lebih tabah dan lebih baik. Dan mungkin dengan diberi masalah, Allah mahu kita tidak lupa pada Dia.


Almaklumlah, manusia mudah lupa. Dan aku manusia. Insan yang tak lari dari melakukan kesilapan. Aku pernah terbaca kat mana entah, yang menyatakan, Allah bagi dugaan supaya kita sentiasa ingat dan berdoa pada Dia, sebabnya Allah rindu nak mendengar suara hamba-Nya.


Sekian, itu je catatan aku hari ni. Hari ni, terlalu banyak benda terjadi. Dan aku dah penat, dah letih untuk ceritakan benda yang sama. Sekian, salam.

Friday, August 20, 2010

Bazaar Ramadhan Ky


Dadih coklat & kelapa & Roti John.


Tak sabar nak makan bila dah masuk azan maghrib nanti!!!


Salam. Baru je pulang dari meronggeng di bazaar ramadhan KY. Terima kaseh muscom sebab anjurkan bazaar ni selama dua hari yakni semalam dan hari ini. Walaupun bazaar ky tak semeriah bazaar kat luar ky, tapi bazaar ky dah cukup okey bagi aku.


Hari pertama bazaar ky semalam, sangat lah ramai orang. Waktu tu lebih kurang pukul 6, and baru je balik dari medic forum. Tengok makanan yang terdedah dan makanan yang berbungkus je dah buat aku telan air liur. Telan air liur, tak batal puasa kan?


Nasib baik lah dua hari je bazaar. Kalau setiap hari ada bazaar, alamatnya pokai lah duit aku. Semalam beli bubble tea (RM3.50), burger (RM2.00), roti goreng (RM1.00), mushroom soup (RM2.50). So, kira cepat berapa ringgit. Total RM9.00. Itupun nasib baik kedai makanan yang aku nak pergi ramai orang, so aku tak singgah kedai tu. Kalau tak, kome pikir lah sendiri.


Hari ni, ingat nak beli megi pie, tapi nipis je. Tak berbaloi nak beli. Dua tiga kali kunyah, dah habis. So, baik beli roti john. RM 4.50. Agak mahal. Tapi, ish, nak beli jugak. Pastu beli dua dadih (RM2.70). Singgah kedai Jannah. Duit dah tinggal 80sen, tak cukup nak beli kuih Jannah. Nasib baik dapat sumbangan ikhlas 20sen, dapat lah beli kuih tu. Huiiii. Tak sabar nak makan kuih Jannah!


So, hari ni kiranya berjaya menghabiskan RM8.00. Erm, itu je lah cerita hari ni. Cerita bazaar. Tak sabar nak cuti! Nak pergi bazaar Kuala Klawang setiap hari. Oyeah. Gain weights lah aku nanti raya nanti. Eheh.


Sekian, salam ramadhan..

Wednesday, August 18, 2010

Isi Hati Seorang Lelaki Bergelar.....


Salam. Aku terbaca benda ni dari notes kat facebook. Aku kan sensitif. Menangis aku baca notes ni. Sebab aku dapat rasa, apa yang ayah aku rasa disebalik wajah tegas ayah aku. So, sila sediakan tisu segera jika anda seorang yang sensitif. Enjoy your reading.


Insan paling aku sayang.


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya. Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.


Lalu bagaimana dengan AYAH? Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakankeadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil,ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah, ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.


Son and dad riding bicycles Royalty Free Stock photo
Cerita pasal basikal ni, memang macam kisah aku.


Tapi sedarkah dikau? Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas: "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum airsejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga.


Tiba-tiba, aku rindu moment ayah pimpin tangan untuk melintas jalan.


Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu. Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia. Ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya,dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu,kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang.


Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut -larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akanmengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang disangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Ayah gembira kalau anda gembira.


Setelah lulus SPM, ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokong mu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.


Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT. Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan.


Kata ayah, dia tak tinggalkan harta untuk kami, tapi tinggalkan kami dengan pelajaran.


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah :"Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiridan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa,dan telah menjadi seseorang"


Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin. Kerana Ayah tahu bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis?


Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa. Dalam lirih doanya kepada Tuhan,Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya. Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Ayahku merenung jauh.


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih. Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya.


Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis. Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal.


Saya mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika saya berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papa kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya. Wallahu a'alam.

Petisyen Taknak Bangsawan & Petisyen Re-sit October


Kucing ky buat petisyen nak makan ayam setiap hari.


Salam. Isu hangat dekat KY sekarang, students buat petisyen untuk re-sit exam AS-Level pada oktober november ni. Aku baru je tahu, sebab tadi chaletmate aku cakap, siapa nak re-sit bulan oktober ni, sign kertas kat board Student Councils (SC).


Komen aku, suka hati koranglah nak re-sit bulan oktober ni ke apa, aku still akan re-sit biology aku dengan paper A2 sekali next year. Tak ready oh nak ambik bulan oktober november. Dah lah tinggal 2 bulan je pun kalau nak re-sit bulan oktober ni. Kang tak pasal-pasal kena 2 kali re-sit plak.


Bercakap pasal petisyen ni, aku terpikir, takde ke budak ky yang nak buat petisyen taknak ada bangsawan? Tak tahu lah aku kalau semua budak ky memang rajin gila nak berbangsawan kan. Rajin nak buat prop yang gila gempak. Rajin nak buat skrip gila klasik. Rajin nak practise berlakon gila mantop.


Say no to bang-sa-wan!


Bangsawan bagi aku adalah satu pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit yang amat. Jadi, aku rasa bangsawan ni tak perlu ada pun. Kalau kolej nak sangat ada bangsawan, upah je lah orang luar berlakon bangsawan. Ini tak. Masa students terpaksa dikorbankan demi nak menjayakan bangsawan.


Harapnya, ada suara-suara yang lantang kat ky ni untuk stand up to say, kami taknak ada bangsawan! Dan suara-suara tu harapnya datang dari mereka yang berjawatan besar lah, macam SC ke. Wakil pelajar kot! Tapi kalau SC pun sokong adanya bangsawan, tak dapat nak buat apa lah.


Aku rasa, sebagai penduduk KY, kita berhak untuk mogok taknak ada bangsawan. Takyah buat prop, takyah practise, takyah buat skrip. Tapi semua kena bersatu hati lah. Kalau ada yang still nak bangsawan, takpe. Teruskan ada bangsawan. Tapi aku, serius akan buat kerja cincai!


Jangan ada budak couple buat petisyen bantah tazkirah kat atas ni.


Tambahan pulak tanggunjawab aku dalam bangsawan seterusnya agak berat, so, aku hanya buat ala kadar. Practise pun, takyah lama-lama. Kesian kat pelakon. Pelakon, tujuan dia datang KY pun untuk belajar jugak kan. Bukannya kena practise bagai nak rak. Skrip pun, takyah klasik, sebab taknak menang skrip pun.


Aku cakap, aku buat. Setakat nak menang hamper rm50 and dapat nama, "oh house diamond lah yang menang bangsawan tu,", aku lagi tak heran. Nak kalah, kalah lah. Siapa kesah, kau? Aku tak kisah pun Diamond kalah. Sebab hidup aku kat sini adalah pegang amanah MARA yang suruh aku datang KY untuk belajar, bukan untuk Diamond.


So, ada kyuemians yang nak buat petisyen taknak bangsawan? Sekian, salam.

Monday, August 16, 2010

Benda-benda Best Time-time Nak Raya


Juadah Raya. Tak sabarnya nak hentam!


Salam. Hari ni nak cerita pasal erm, erm, pasal raya. Hehe. Baru je nak masuk seminggu Ramadhan, dah kelam kabut nak cerita pasal raya. Apa kes? Takde kes, saja mengada nak imbas kembali nostalgia raya. Tak sabar oh nak raya. Cuti raya Ky start 4 September nanti. Cepatlah masa berlalu....


Okey, jom lihat benda-benda yang best time-time nak raya.


1. Pelita

Kalau bab-bab pasang pelita, tak lain tak bukan, memang kerja aku kat rumah. Mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun memasang pelita. Jari aku pernah hampir dijilat api sebab jari-jemari aku bergelumang dengan minya diesel, bukan minyak tanah. Kakak aku punya pasal lah ni salah beli minyak time tu. Nasib baik aku masih hidup tanpa sebarang kesan kebakaran. Cuma yang tak bestnya pasal pelita, lepas isi minyak and pasang, kena bekerja keras cuci tangan dengan sabun yang berprestasi tinggi untuk menanggalkan minyak.


2. Bunga api & Mercun

Waktu zaman kanak-kanak dulu, kakak aku lah yang selalu belikan bunga api pasar malam untuk aku. Seronok! Tapi dah besar sekarang ni, aku still main kot. But this time, kakak aku beli untuk anak dia lah, tapi aku tolong mainkan. Oh, childishnya aku. Pastu main mercun naga, mercun paling tak mencabar selepas pop-pop. Mercun roket, aku sekadar tengok abang ipar aku main je sebab aku tak cukup konfiden untuk main mercun roket untuk lawan dengan kampung sebelah.


3. Duit raya

Waktu kecik-kecik, ayah aku gaji tak banyak, so duit raya pun tak dapat. Pastu bila kakak-kakak aku dah kurang guna duit ayah aku untuk study diorang, and gaji ayah aku dah banyak sikit, baru lah aku dapat duit raya. Seronok weyh! Pastu sekarang, ditambah pula dengan kakak-kakak aku yang dah berkerjaya, pergh, lagi best lah! Pau duit raya dari diorang. Bertambah lah pendapatan duit raya aku dari tahun ke tahun. Tak cukup dengan itu, duit raya from makcik dan pakcik sedare juga bertambah sebab bertambahnya usia aku. LOL. Umur 18 tahun, takkan bagi duit raya RM2, atleast RM5 kot. Takpun RM10. Eheh. Mata duitan betul.


4. Drama raya

Aku sangat suka drama raya ke, drama puasa. Syok gila kalau latar belakang kat kawasan kampung-kampung. Happy-go-lucky je aku rasa cerita tu. Tapi jarang ar dapat tengok drama raya, sebab sibuk pergi raya rumah orang. Pergi raya rumah orang ni, drama ni, pergi raya rumah orang tu, drama tu. So, macam mana nak buat tu?


5. Kuih raya

Waktu zaman tak puasa, aku dilantik jadi tukang rasa bertauliah bila mak aku nak buat kuih raya. Pergh. Jeles gila kakak aku waktu tu. Yehaa. But, bila dah remaja, kakak aku balas dendam dengan makan and minum depan aku yang puasa bila dia tak boleh puasa. Ceit, kakak siapa lah tuh. Berbalik kisah kuih raya, sekarang ni mak aku tak bergiat dah dalam upacara buat kuih raya. Sekarang ni beli kuih tunjuk je. Papepun, still kuih raya, sedap dimakan time-time dah muak makan lemang, rendang, nasi impit segala.


6. Ucapan raya

Zaman skema dulu, siap hantar kad raya kat member-member. Tapi sekarang ni, macam takde hati nak hantar kad raya. Hantar sms sudah. Tapi masalahnya, hantar sms pun malas. Macam last year pun, aku just hantar ucapan raya kat best buddies aku je kot. Sekarang kan zaman facebook, post ucapan raya kat status je lah!


7. Pergi beraya

Ini aktiviti yang paling aku suka. Walaupun dah besar panjang and confirm tak dapat duit raya, aku suka pergi beraya tak kisah lah rumah siapa-siapa sebab dapat makan. Oyeah. Makan tu kan aktiviti kegemaran. Lebih-lebih lagi makan kuih raya. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk rasa setiap kuih raya dalam balang-balang kuih raya yang ada. Pergh. Tak sabarnya nak pergi beraya!


8. PENGUMUMAN RAYA!!!

Haaaaa, ini yang paling best. Serius, aku rindu nak tengok pakcik penyimpan mohor-mohor besar tu. Setahun sekali dua je dapat jumpa dia. Tahun ni tak jumpa lagi. So, pakcik, saya nak jumpa pakcik thru tv ya nanti. Rindu nak dengar skrip pengumuman raya, "adalah dengan ini, tarikh raya puasa, jatuh pada ........".


So, itulah lapan benda yang best kalau nak cerita pasal raya. Pasal baju raya, takde lah excited mana pun. Sebab baju raya pun baju kurung je, apa yang istimewanya baju kurung? Lain lah duit raya ke, pelita raya ke, drama raya ke, benda-benda ni hanya terhad pada musim raya je kan. Okeylah, dah masuk bulan raya, jangan lupa buat puasa enam pulak, ya. Sekian, salam.


Sunday, August 15, 2010

Geng Surau..!


GeNG SuRAu.


Salam. Yehaaa! Seronoknya dapat balik rumah hari Jumaat yang lalu. Tapi hari Jumaat tu, aku just berbuka dalam kereta je. Ceh, macam lah berbuka sangat. Eheh. Tapi semalam hari Sabtu, memang best gila lah berbuka! Macam-macam ada, keli bakar ada, ayam barbeque ada, dengan kuih kole, kuih karipap, kuih jala, bubur, keli cili api, gulai kuning ikan tenggiri, aaaaa apa lagi yang aku tak sebut ya? See, memang best doe!


Pagi tadi, selepas breakfast, tengok tv channel astro oasis. Tengok info, Geng Surau. Eh, cerita apa ni. So, aku pun bukaklah. Macam best je. Sebab drama ni latar belakangnya macam kat kawasan kampung-kampung, orang kampung-kampung. Memang itu drama taste aku lah.


Cerita ni takde lah islamik bebenor, tapi okey lah mesej yang cuba dia sampaikan. Cerita ni korang tak perlu tension-tension, tengok dengan rileks je sebab ceritanya cam kelakar sikit. Kebetulan hari ni, astro oasis ulang balik from episod 1 sampai episod 4, perghh, best gila lah aku duduk sensorang depan tv sambil menonton dengan khusyuknya.


Okey-okey, now nak cerita pasal pelakon Geng Surau pulak. Pelakon dia takde lah cun mana, jelita mana, hensem mana, jambu mana, smart mana, tapi aku rasa bolehlah. Takdelah korang akan menyampah kalau tengok pelakon Geng Surau ni berlakon. Tapi, dalam banyak-banyak pelakon, aku paling suka yang...


Yang berbaju hijau berlebai putih, Beto Kusyairy.


Selasa-Sabtu, 7.30malam di Astro Oasis.


Serius, aku suka gila tengok Beto Kusyairy berlakon. Walaupun dia tak famous macam Fahrin Ahmad ke, Adi Putra ke, Hans Isaac ke, Shaheizy Sam ke, tapi aku tetap suka gila lah tengok Beto Kusyairy ni berlakon. Muka macam gangster-gangster sikit, tapi berlakon jadi orang yang dulunya jahat sedang berubah menjadi baik.



Aku tahu, korang pun tak paham kenapa aku suka tengok dia berlakon, tapi cuma aku nak cakap comel doe dia berlakon. So, silalah pergi tengok drama Geng Surau ni untuk melihat kecomelan Beto Kusyairy ni berlakon ya. Okey, ini sinopsis Geng Surau dipetik dari HMetro.


"Geng Surau menceritakan mengenai seorang pemuda nakal, Razif lakonan Beto Khusyairi yang pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. Ada saja kerjanya yang membuatkan orang kampung marah seperti mencuri duit tabung surau. Selepas dia keluar dari pusat itu, Razif insaf dan mahu membuktikan kepada orang kampung yang dia sudah berubah menjadi baik. "


"Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif juga cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Bagaimanapun, ada orang kampung yang tidak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad). Oleh itu Razif yang semakin matang dan beberapa rakan karibnya berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu."


"Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama. Mereka cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. "


"Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintai, Azreen (Anita Baharom) sudah bertunang dengan rakan baiknya, Lokman (Amran Ismail).Tanpa disedari Razif, seorang lagi gadis sekampungnya, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu Razif. "


Okeylah, hari ni banyak benda nak kena buat. Siapa yang tengok cerita geng surau kat rumah tu, update-update kan lah aku untuk episod seterusnya. Hehe. Sekian, salam.


Pictures credit to : AJAMIHASHIM


p/s-LOL. Aku dah friend dengan Beto Kusyairy and jadi fan beliau dekat facebook.

Thursday, August 12, 2010

Terlalu Banyak..!




Salam. Terlalu banyak benda yang perlu dilakukan. Terlalu. Otak aku pun boleh mereng kalau nak ingat semua dalam kepala. So, terpaksa keluarkan satu-satu. Makan gambar kat atas inilah hasilnya.
  • UKCAT - penting sebab nak tengok aku ni layak ke tak nak jadi student medic
  • BIO AS - sebab nak kena re-sit next year]
  • PERSONAL STATEMENTS - nak kena buat banyak version untuk pilih yang terbaik
  • INTERVIEW - kena prepare.takkan a day before interview baru nak ready.
  • UCAS - fill in ucas form dengan lengkap
  • MSIANS - folio 20 muka surat
  • MEDICINE ARTICLES - tambah ilmu

Yang prodigy and handsome tu, apa pulak? Haha. Itu sumber inspirasi aku, tak gitu min? Pastu, Mrs B pulak pesan, focus on your study. Yang bersara tu, itu hiasan semata-mata. Tak boleh lah nak jauh dari blog sendiri. Cuma aku akan kurangkan lah masa berblogging. Maybe lepas ni, ada spesific time untuk blogging.


Okey, itu je. Target aku minggu ni nak siapkan Malaysian Studies and PS yang baru. So, sape nampak aku loitering around, or update blog, or melepak kat fb, tolong marah aku. Sekian, salam.

What Should I Feel Now?


Salam. Memula, nak ucap congrats pada kawan-kawan aku yang dah berjaya dapat straight A's dalam AS-level examnination. Congrats! Dan juga congrats kepada yang tak dapat straight A's sebab korang tak commit suicide. Haha. Well, aku tak dapat straight A's, aku cuma dapat AAC. Macam mana entah C tu boleh muncul. Ish.


Pagi tadi, selepas tidur dari solat subuh, terus bukak internet. Tension gila. Line busy. Entah berapa banyak kali kena refresh. Sampai aku rasa aku dah boleh hafal password CIE bagi yang pelik-pelik tu. Dan, akhirnya berjaya jugak. Debar-debar gila siot. Dan hasilnya titik peluh aku selama setahun adalah seperti berikut :





Biology memang sangat memberi kejutan dekat aku. Aku tak expect boleh sampai dapat C. Ya, aku admit paper 2 bio hari tu agak susah, tapi takde lah nak kata aku jawab bio sambil lewa hari tu. Sungguh-sungguh kot.So, tak tahu lah dimana silapnya Biology aku. Yang penting, aku akan re-sit next year. Nampaknya, start from now, dah boleh lah belajar biology silabus AS semula ya.


Cuma berpegang pada kata-kata Minye, "Dia soh ko keje lebih on bio sbb ko nk jd doc.so, ko jgn sedey.anggap mende ni dorong ko lebih kuat utk blaja, ". Ya, lebih kuat untuk belajar. Lebih tekun. Eventhough subjek penting untuk medic is chemistry, but like people always said, cara belajar medic, adalah macam mana kita belajar bio. So, aku perlu improvekan cara aku study bio lah.


Chemistry! Ini satu perkara yang mengejutkan. Sebab aku ingat lagi waktu jawab paper3. Aku tak confiden langsung. Balik lepas experimen tu, aku nangis kot sebab aku fikir, habislah chem aku. Jadi, agak gembira di situ. But, aku still kena kerja lebih untuk chem walaupun dapat A. A2 bukan mudah ya. So, aku takkan lupa Chem aku.


Maths, okay lah kot. Maths bagi aku, practise itu perlu. And then, Economics. Aku memang tak re-sit econ eventho dapat B. Lagipun, aku ambik econs as forth AS level subject je. And university yang aku nak, tak demand sangat gred for forth AS level subject ni. Jadi, macam itu lah cerita results aku.


Hari ni, perasaan aku boleh digambarkan macam ni, FRUST + HEPI = ??? . Aku tak tahu aku patut rasa apa. Cuma aku bersyukur je, sebab aku percaya ada hikmah disebalik semua ni. Kakak aku pulak cakap, "kegagalan adalah satu proses menuju kejayaan, yang penting tak berputus asa". So, kawan-kawan, kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan.


Dan hari ni, aku rasa almost mereka yang tak straight A's, macam takde mood nak belajar. Termasuklah aku. Okeylah. Itu je. All de best for the A2-level examination next year! Salam.

Wednesday, August 11, 2010

Han & Har


Salam. Hari ni aku nak bercerita. Tak tahu lah best ke tak sebab aku bukan pencerita yang baik. Aku cerita ni bukan bertujuan nak burukkan mana-mana orang, cuma sekadar nak luahkan ke-bengang-an di hati.


Itu dia Mr Prodigy yang merawat luka di hati.


Pada satu hari, di sebuah kelas IELTS yang terletak di Lembah Beringin. Kelas IELTS adalah antara pukul 8.15am hingga 8.55am. Kebiasaannya, kalau duration kelas hanya 40 minit, kelas akan bermula seperti biasa yakni pada pukul 8.15am. Tapi kalau duration kelas antara pukul 8.15am hingga 9.40am, cikgu IELTS aku bagi chance untuk start kelas lewat sikit yakni pada pukul 8.30am.


Nak dijadikan cerita, hari ni cikgu IELTS aku takde. Tapi Head of Department English yang ganti. Dia masuk kelas, and bebel sebab ada beberapa orang student datang 8.30am. Aku takde di tempat kejadian sebab aku tengah print somethings. For your information, aku datang pukul 8.15am sebab takut kelas start pukul 8.15am.


Head of Department tu baik tapi agak strict. So, dia macam tak suka lah student datang pukul 8.30am. Pastu maybe ada classmate aku cakap kat dia yang kelas hari ni patut start 8.30am. Wowo. Ni dah susah ni, sebab nanti cikgu IELTS aku pulak yang kena pasal students dia lambat.


Pastu ada lah seorang gadis bernama Han yang tak mahu cikgu IELTS aku dikondem, katanya nak tulis dekat kertas attendance hari ni, yang student yang salah sebab lambat, bukan salah cikgu IELTS aku. Pastu aku tak perasan apa Han cakap, and then aku kata, budak yang datang after 8.15 lah yang kena mengaku salah. Lebih kurang macam tu lah maksud aku.


Okey fine. Buat kerja-kerja. Pastu dah habis masa. Si Han bersuara, ni sapa nak hantar kertas attendance ni, bla bla bla. Pastu Han points kat orang datang awal macam aku. Kalau si Han nak perli-perli nak suruh aku hantar kertas attendance tu, aku tak kisah lagi. Sebab orang memang tahu si Han tu macam mana. Tapi bila kawan si Han, yang bernama Har cakap macam ni, eh Ain datang awal kan, hantar kanlah.


Ish. Bengkek gila aku rasa. Aku terus ambik kertas attendance tu and terus blah dari kelas IELTS. And then rushing pergi kelas Head of Department tu. Sumpah, aku menyampah doh! Classmates lain pun perasan aku tengah gila menyampah tadi. Tapi malas lah nak sumpah seranah. Sebab sumpah seranah bukan cara aku lah. Tambah dosa aku je sakitkan hati orang.


Kalau Han dan Har rasa terasa apa yang aku cakap yang berbunyi, "budak yang datang after 8.15 lah yang kena mengaku salah" , aku mintak maaf walaupun aku tak rasa aku salah. Aku just cakap apa yang betul. Aku datang 8.15, so kau dua orang nak aku turut serta mengaku salah sebab datang lambat kah? Aku just tak paham, kenapa sinis sangat dengan aku?


So, itu ceritanya. Cuma aku terpikir, kadang-kadang orang yang pakai kurang sopan pun boleh sopan waktu nak melontarkan ayat, tapi, orang yang aku respek, pakai sopan dari aku, lontarkan ayat-ayat menyakitkan hati dekat aku. Takpe. Ada hikmah. Hikmah bersabar pada hari pertama Ramadhan. Dapat pahala tu.


Apa yang lebih penting aku rasa hari, budak surau ke tak budak surau, kalau percakapan tak reti jaga, takde maknenya jugak.Perhatian, aku tak bermaksud nak mengamalkan konsep surausim ataupun chaletism ya. Cuma, respek lah sikit, bukannya banyak aku mintak eventho aku ni yang tak se-alim kau dua orang, tak se-genius kau dua orang, tak se-bagus kau dua orang, ataupun mrsm taiping sekolah aku tak se-hebat sekolah kau dua orang.


Pepatah ada berbunyi, lidah itu lebih tajam dari pisau, so, jagalah lidah jangan sampai ia menjadi pisau yang bisa menghiris hati orang lain. Sekian, salam.


p/s-selamat berpuasa.

Monday, August 9, 2010

emo sedih dan emo gembira


Alalala baby baby..


Salam. Hari ni aku pergi print PS aku yang 'mantap' itu. Nak tunjuk kat Mrs B lah. Dua kali aku masuk IT Lab sebab nak jumpa Mrs B, tapi tak jumpa-jumpa. Masuk kali ketiga, barulah ada. Hah. Lega.


So, Mrs B pun bacalah PS aku yang best tu. First page ok lagi. Tak banyak ink warna merah. Masuk second page, agak banyak. So, kena repair lagi. Tapi in terms of contents, Mrs B kata dah okey. So, aku tak bercadang nak ubah-ubah apa. Kalau nak ubah pun, sentence structure lah kot.


Pastu sembang-sembang dengan Mrs B. Pasal results, pasal predicted grades. Pastu Mrs B mention pasal result day. Jantung aku dah nak tercabut ni. Tapi macam aku selalu cakap, tak tercabut lah, sebab aku kan cool.


Tak pernah sembang lama dengan Mrs B. First time kot. Oh ya, untuk makluman, Mrs B tutor aku ya. So, suppose kat dia lah tempat nak mengadu. And today, first time aku mengadu apa yang aku rasa dalam jiwa aku ni.


" For the previous big exam that I took like SPM, PMR, before the results day, I can feel that I will get straight A's. But for AS-level examination, I'm not confident that I will get straights A's"


Macam tu lah bunyi ayat aku dengan grammar tunggang-langgang. And aku tengah emo waktu tu, terus aku nangis. Haha. Ngengade betul. Tapi memang airmata aku automatik gila keluar. Mungkin sebab aku rasa takut gila nak dapat result Khamis ni. Serius, serius, sangat takut.


Pastu Mrs B pun nasihat lah itu ini. And aku sangat menghargainya. Rasa lega. Hari ni aku dah nangis, so hari Khamis nanti, aku takkan menangis. Siapa nampak aku nangis, tolong baling buku kat aku. Buku 555 lah. Haha.


Oh, pastu emo gembira sebab petsis aku dah berjaya mencari aku. Tahniah, Corinne! Paling tak boleh blah, depan dining hall little petsis aku dah kantoikan aku. Memang kantoi terus lah. So, aku happy sebab berjaya dengan rasminya dah saling kenal dengan petsis aku yang cute. Oh, suka-suka! Ceh, dulu tak suka. Haha.


Sekian, luahan perasaan hari ini. Mata-mata aku dah rasa mengantuk dan letih sebab bekerja keluarkan air. Takpe lah, bukan selalu. Lebih baik luahkan, daripada simpan dalam hati. Okey, salam.

Sunday, August 8, 2010

CP Batch 12 VS CP Batch 13


Attention : Aku nak flashback zaman-zaman CP batch aku dulu sebelum membebel.


Aku tengah pegang bakul tuh.


Jai Ho..!


Penari tarian cina.Diorang sangat comel kan.


Kemuncak performance.


The pirates. Nampak macam real, right?


Penari zapin yang ayu-ayu belaka lagi lemah gemalai.


Judo sebagai pokok. Prop terbaek dari ladang.


Salam. Baru je pulang dari menyaksikan Cultural Performance (CP) Batch 13 berjudul ' Till The Ends'. Sebelum nak memberi komen dan mengkritik, aku ucapkan terima kasih kepada juniors sebab bersusah payah dalam menjayakan event ni. Aku pernah rasa penatnya untuk prepare for Cultural Performance batch aku yang bertemakan 'Malacca, The Beginning'.


Kalau nak jujur dari hati, bagi aku CP tahun ni biasa-biasa aje. Takde apa yang menarik pun. Takde apa yang bila kita tengok, kita rasa, boooomm! Takde klimaks. Boring. Bosan. Plot cerita yang tak menarik. Plot cerita yang tak smooth. Macam tersekat-sekat je nak paham jalan ceritanya. Kalau nak bagi rating, aku bagi 5/10.


Dari aspek lakonan, aku tak nafikan semuanya berbakat. Semuanya boleh berlakon. Cuma ada beberapa adegan aku tak gemar. Adegan nak betul-betulkan kolar baju. Nak tunjal-tunjal bahu orang. Tak segan ke dik oi. Lagi satu hal, lakonan dah mantap. Tapi tak mencerminkan gaya orang zaman dulu.


Latar belakang cerita adalah pada zaman sebelum Jepun menyerang, tapi cara bersalaman tu dah macam cara orang tahun 2000 ni bersalaman. Di mana culturalnya lakonan itu. Banyak benda yang boleh diperbaiki aku rasa, tapi aku faham lah junior hanya ada dua minggu je untuk prepare for CP. Mungkin board of directors terlepas pandang benda-benda macam ni. Takpe lah.


Cuma ada satu benda je yang best yakni waktu tarian bollywood. Serius aku cakap leader perempuan dia memang gila terror menari macam dalam movie bollywood tu. Tapi tarian bollywood biasa lah, macam menggoda sikit kan. Haih. Kesian lah budak-budak laki ky. But the boys yang menari bollywood, aku cuma nak cakap satu, korang menari cute gila doh!


So, itu je lah komen aku. Ke-tak-best-an CP juniors tak bermakna juniors ni tak best. Diorang ni ok je, mungkin kurang tunjuk ajar kot, so macam nampak tak berapa kemas sangat preparation CP diorang. Papepun, thanks juniors! Hope semangat mereka ni berkekalan sehinggalah MCB dan juga Bangsawan.


Sekian, usik-usik manja dari akak Ain ya. Haha. Salam.


Pictures : Credit to Arina Khambari

Kenapa Tulisan Doktor Macam Ayam



Salam. Lega. Sebab dah berjaya siapkan PS untuk bagi Mrs B komen. Sejak jumpa dengan En. Mabecs pada Jumaat dua minggu lepas, baru hari ni aku dah buat yang penuh. So, good job untuk diri aku sendiri walaupun aku tahu, lepas kena komen, kena repair lagi. Takpe, takpe, aku cool kot. HAHA.


Okey, hari ni aku nak bercerita kenapa tulisan doktor buruk. Korang rasa kenapa? Sebab doktor ni tak reti menulis elok-elok ke, atau sebab doktor ni pemalas tahap gaban? Lalu aku google-google around, dan jumpa jawapannya.


Siapa dapat baca tulisan aku ni, aku belanja kat dining hall. Serius.


Sebab utamanya adalah kerana doktor ni kerjanya bukannya for the sake of tulisan cantik ke tak cantik. Tapi sebab nak merawat orang. Bayangkan lah, dalam satu hari, shift kerja lapan jam, doktor ada banyak benda dia nak kena tulis untuk report pesakit, nak kena sign. Jadi, mana larat nak tulis cantik-cantik.


Dah tu, doktor tulis guna tulisan cakar ayam tu sebab dia tulis bukannya untuk bagi public paham. Sekadar dia and nurse-nurse dia je paham. Entah-entah, doktor tu sendiri kot tak paham. Kalau camtu, tak tahu lah makcik nak kata apa. Tapi suspek ar kat nurse, macam mana lah diorang boleh paham tulisan doktor tu. Ada kursus baca tulisan cakar ayam ke?


Jadi, hari ni, mari kita belajar cara-cara nak menulis macam doktor ya :

  • singkatan : katakanlah patient tengah sesak nafas ataupun dalam hasa omputihnya, short of breath, takyah ar tulis panjang-panjang, tulis SOB je.
  • tulis kecik-kecik : jangan tulis besar-besar.buang masa dan buang kertas je.tulis kecik laju sikit.save time you know!
  • skip vowels: tkyh ltk vwl. manusia boleh baca tanpa anda vowel.safe ink doh!

So, ready nak tulis macam doktor? Amaran, don't try this during your exams! Salam.



Saturday, August 7, 2010

Aku Taknak Cheers


Sel-fish-ness.


Salam. Hari ni ada Cheers Competition anjuran Alumni ky kot. Malam tadi practise sikit, juniors practise banyak. Bagus. Sebab seniors anda especially aku, taknak join. Jangan ada yang nak paksa-paksa aku pergi. Kang ada hujah yang aku bagi balik kang.


Kenapa taknak join? Aku malas. Aku malas nak terkinja-kinja atas pentas macam budak-budak. Zaman aku terkinja-kinja dah berakhir. Lain lah zaman juniors, takut dengan seniors. Sekarang ni nak takut dengan siapa pulak kan. Takkan dengan Fez and Sophie. HAHA.


Nanti tak ramai orang cheers, so kalah nanti? LOL. Aku tak pernah kisah House Diamond menang ke kalah ke sejak malam dikir barat and tradisional tu. Bagi aku, semangat Housism ni tak ke mana pun. Menang setakat hamper RM30, peduli apa aku. Kalah pun kalah lah.


Actually, kalau dalam house ni, banyak benda yang tak puas hati. Kalau ada event, budak barat takde pun, tak pe. Tapi kalau budak timur takde, kena pergi panggil lah, apa lah. So, aku pun nak jadi macam budak barat jugaklah. Aku pun nak kiasu macam budak barat gak.


Kalau muscomers tak join, aku consider lah. Sebab nanti apa orang kata budak muscom tergedik-gedik cheers kan. Walaupun aku bukan muscom dan tak sebaik dan sesopan budak muscom, aku pun taknak join gak cheers2 ni.


Paling penting, we ourself have the right to say I don't want to do this, because it's not appropriate for Muslimah. Kalau orang nak persoalkan, lantak dia lah. HAHA. Tetiba aku terpikir kalau Luqman Muscom jadi housecap, mesti dia tak suruh budak perempuan involve!


Lagi satu hal, satu pantang aku bila ada orang suka mengarah. Ini satu kepantangan aku ya. Kalau dia Pengarah Hospital di hospital tempat aku akan kerja one day ( InsyaAllah), takpe lah jugak nak arah-arah orang. Ini bajet macam kami kuli batak dia ke. Benci lah macam tuh! Tolong lah berjiwa rakyat sikit.


Dah-dah, malas aku nak cerita pasal tak puas hati ni. Buat sakit minda je. Lebih baik aku tidur. Pastu nak siapkan PS. Salam.

Thursday, August 5, 2010

Rain Kool


Bukan Mat Kool ya, but Ran Kool.


Salam... Srrrrpppp..Sedapnya megi yang aku masak. Ceh, poyo gila. Tuang air panas dengan letak perencah je. Tapi still dikira aku masak lah. So, tuan-tuan dan puan-puan, siapa kata aku tak reti masak, reti tahu. Especially masak megi dengan telur.


Hormon aku macam tak stabil sikit minggu ni. Nafsu makan pun semakin melonjak sedangkan tadi dinner kat dining hall dah makan nasi dengan ikan keli sambal. Ah, tetiba rindu ikan keli cili api mak aku.


Sebab hormon yang tak seimbang ini turut memberi kesan emosi kat diri aku sendiri. Pelbagai perkara yang harus dilaksanakan bulan ini. Aku cuba taknak jadi stress sebab aku dah warning kat diri sendiri yang aku nak cool sepanjang sem ini.


Tapi macam payah je nak cool. Tambahan pulak aku nak sambung medic. Dan sekrang ni soalan common yang ditanyakan kepada budak-budak nak ambik medic adalah seperti :


" Eh ain, dah siap dah personal statement? "
Aku jawab : Draft dah ada, tapi tak buat yang penuh lagi.
Dalam hati : Ah, liat betul nak dah buat ps yang penuh.


" Kau pilih universiti apa for ucas form? "
Aku jawab : Bristol, Cardiff, Southampton dengan Leicester kot.
Dalam hati : Aku tak kisah mana-mana pun, asalkan dapat terbang.


" Test UKCAT kau dah buat practise dia dah? "
Aku jawab : Belum lagi.
Dalam hati : Dari bulan lepas nak download practise test, sampai hari ni tak download.


Jadi, by end of this week, aku nak selesaikan personal statement aku. Tomorrow early in the morning, nak download test ukcat tu. Harap-harap planning aku ni jadi.


PENGUMUMAN :


Aku baru dapat berita seorang batch aku MARESMART 07/08 meninggal dunia hari ni. Namanya Liya Nordin. Sama-sama lah sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah walaupun korang tak kenal. Allahyarhamah satu dorm dengan aku dulu. Tak rapat. Tapi still rasa sedih. At the same time rasa takut. Sebab kita tak pernah tahu bila ajal kita. Awal atau lambat. Kita tetap perlu bersedia. Persoalannya, bersediakah aku?


Sekian, salam.

Wednesday, August 4, 2010

Serius, Aku Jumpa Ju-On Kat Ky..!


Rumah berhantu. Awas!


Salam. Garnetron! Terima kasih sebab dah menceriakan dan menyeramkan malam Rabu hari ini. Sumpah aku cakap, malam ni aku takkan lupa. Memang a night to be remember lah gua cakap lu. Okey, aku sekarang tengah excited nak bercerita ni. Tanpa membuang masa, teruslah membaca cerita aku yang seram ni ya. HAHA.


Pada sebuah malam, aku, Ummu, Najwa, Pika dan Mas telah menghadiri majlis The Murder of Catherine Rosseti di Great Hall. Mula-mula duduk tengok sketsa Catherine Rosetti tu nampak macam biasa je. And aku dengan perasaan bajet tak takut sempat cakap, " Ek eleh, takde apa yang seram pun, ". Pastu tiba-tiba......


Ada hantu tinggi macam tiang elektrik tunjuk muka seram dia antara aku dengan Ummu. Sumpah terkejut. Aku terus tutup muka dan tunduk. Aku rasa muka aku dah blushing dah waktu tu. HAHA. Suppose kena pucat lah kan, tapi sebab malu dengan diri sendiri dah cakap besar tadi, serius malu doh!


Lepas dah tengok sketsa, jalan-jalan kat booth. And sekali lagi aku kena sampuk dengan hantu tiang eletrik tu. And sekali lagi tutup muka sambil terduduk kat lantai! HAHA. Dan sekarang ni aku sedar satu benda pasal diri aku sendiri yakni ; bila aku jumpa hantu, aku akan tutup muka dan speechless. Macam kat rumah la kot. Tengok cerita hantu, muka dah tutup dengan kusyen. Takut punya pasal!


Part yang paling best adalah waktu masuk Haunted Mansion. Mula-mula tengok hantu cikai-cikai je kat luar, pastu ada part kena ambil clue kat coffin. Haa, ni yang lemah bab-bab keranda ni. Dah la tukang jaga and tukang duduk situ, serius muka macam hantu. Tahniah hantu-hantu kat port tu, sebab berjaya buat aku rasa takut nak mampus and rasa nak keluar terus!


Tapi, aku berjiwa tough kot. Mana boleh give-up ni. Tak cool lah kan. So, setelah jerit-jerit macam orang kena rasuk, aku dan Ummu bersama dua orang lagi pengecut, Farah Izyan dengan Hetty pun lalu jugak kat tempat coffin. Ewah, aku pulak jadi ketua. Jalan-jalan, ada bantal busuk berdarah sapa entah tergantung. LOL. Itu memang tak heran langsung ah.


Next, jumpa sapa entah yang buat-buat mabuk tidur atas meja. Ni lantak kau lah. Jalan-jalan lagi sampai satu ruangan ada seorang mamat seorang tengok video Ju-On. Aku pun yang dah kepenatan terpekik-terlolong, rileks lah kejap tengok Ju-On punya video. Tiba-tiba...... Ju-On muncul dari tepi. Sumpah, aku cuak gila doh!


Ju-On garnteron lagi seram daripada yang ni. Serius, aku tak tipu!


Si Farah Izyan dengan Hetty dah menyorok-nyorok belakang aku. Aku pulak menyorok belakang Ummu. Serius aku cakap, hantu Ju-On ni paling buat aku seram gila. Dah lah dengan aura seram dia, ada ke patut dia jalan menghampiri kitorang, apa dia tak tahu ke kami dah takut tahap gajah? Bila dia dah mula nak berundur, aku and Ummu sempat berduet nyanyi lagu Twinkle-twinkle little star! HAHA. Nak mood ceria lah konon!


And lastly, kena merangkap bawah kerusi. Merangkak-merangkak, jumpa hantu berselimut. Ngengade betul hantu ni. Pastu jumpa Malin si hantu yang gelak, si Atikah si hantu yang cute, and last hantu, an Indian boy, sumpah tak seram langsung hantu ni. Oh ya, tak dilupakan hantu paling cun, si Farhana. HAHA. Kepada hantu-hantu Garnetron lain yang tak disebutkan nama, korang hantu terbaek pernah aku jumpa!


Sekarang ni, tekak aku dah rasa lain macam sebab dah jerit sana-sini. Sumpah, aku bukan jenis jerit-jerit sebab takut, cuma kali ni je aku berjaya express kan ketakutan itu. Seram, cuak, takut, lemah lutut, lemah jantung, semuanya aku rasa. Dan ini event yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Penghargaan khas buat Ummu Safiyah sebab kita berjaya mengharungi segala hantu-hantu Garnetron yang 'comel'. HAHA.


Kenapa pontianak Edward Cullen takde? Kalau tak aku duk situ sampai pagi.


Last but not least, aku sedar sekarang yang sebenarnya aku seorang yang penakut! HEHE. Sebab before ni aku bajet aku tak takut. And malam ni, membuktikan fakta tersebut. But, aku kalau jumpa yang betul, jangan nyanyi lagu TWinkle-twinkle little star ar, baca ayat Kursi ya anak-anak. Sekian, malam yang sangat best dalam tahun 2010. Salam!


Tuesday, August 3, 2010

Pet Bro & Pet Sis Edisi Kedua


Racism.


Salam. Topik hari ni topik edisi ke-dua tahun 2010. Edisi pertama telah dicetak pada 6 Ogos 2009. Maklumat lanjut mengenai Edisi Pertama, sila klik. Hari ni entry gila merapu sebab hormon tak stabil kot. So, outsiders of kyuem, kalau tak baca pun takpe sebab korang mesti tak paham apa yang aku nak ceritakan hari ni.


Pada satu malam yang mulia, kami dipanggil untuk buat cabutan untuk dapatkan petfam yang baru. Instinct aku dah agak aku dapat budak bernama Beyonce. Cabut-cabut, and memang betul aku dapat Beyonce. Terus aku down. Sebab Beyonce orang barat, aku nak orang timur. Pastu ada suara-suara nak tukar and nak petfam yang lain. So, aku pun nak tukar jugak lah so dapat orang timur.


Tukar and dapat orang timur. Hati aku dah gembira sikit. Oh ya, korang tertanya-tanya ke kenapa aku nak orang timur and bukan orang barat? The reason is simple, aku seorang yang racist. Orang barat pun racist, so salah ke aku pun nak jadi racist nak mengamalkan racism jugak? Jangan nak kecoh-kecah, aku memang racist dan tak 1Malaysia.


And last night, aku dapat tahu aku dapat orang barat semula. Kat mulut cakap redha, dalam hati ni, dah broken into pieces. Aku baru je semangat nak main hantar love letter kat orang timur, tup-tup dapat orang barat. So, minta maaf lah makcik nak hantar surat. Aku dah takde hati nak main petfam-petfam ni. Hati aku kan dah pecah. And sekarang tunggu Justin Bieber untuk repairkan.


Petsibs aku dua orang tu, tak tahu lah macam mana. Excited ke apa. Aku memang semangat nak ber-petfam, so kenapa aku tak diberi peluang untuk dapatkan petfam orang timur? Kenapa budak diamond lain yang bergelar orang barat yang tak ambil kesah pasal petfam dapat petfam baru orang timur? Serius, aku patah hati. Macam putus cinta doh.


Sekarang, word baru aku 'malang ah' sebab petfam baru dapatkan petsis yang racist. Macam apa je bila pikir balik. Dulu petbro and petsis aku pun macam tak kisah dengan kitorang, so, now aku pulak yang jadi macam diorang. Ini hukum karma ke ha?


Okeylah, atleast dapat cerita kat blog ni, hilanglah jugak rasa patah hati tu. Sekian, salam 0.3Malaysia dari aku.


Monday, August 2, 2010

I Jealous Kat You


Huhu, cemburunya aku lihat kau bersama dia.


Salam. Memula sekali aku nak tanya, kenapa perasaan cemburu itu wujud ? Apa faedahnya cemburu ni? Kenapa perlu cemburu? Apa yang membuatkan kita cemburu? Tolong jawab. What? No one want to answer my questions? It's okay. I will answer by myself. Oh, perlu diingatkan, cemburu kat sini bukan bererti cemburu budak yang kita suka tu bersama dengan perempuan lain or vice versa.


First, kenapa cemburu itu muncul? Dari pengalaman aku, aku rasa cemburu tu wujud bila orang lain dah mencapai sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum kita. Cemburu juga boleh disebabkan kita rasa diri kita ketinggalan, macam aku.


Contoh paling senang aku nak bagi adalah macam kondisi aku sendiri. Aku kan masih A-level DUA TAHUN yang gila susah. Baru aku sedar, gila susah nak pergi belajar luar negara doh especially nak tembus masuk universiti kat UK tuh. Dan sekarang aku jeles dengan kawan-kawan aku yang dengan selamatnya dah masuk universiti and buat degree! Mereka punya foundation SATU TAHUN je beb. Dan aku tengah bekerja keras nak habiskan A-level ! Jeles ke tak jeles tuh?


Eh hensem lah doktor gigi tuh.


Lihat gambar di atas. Budak yang tudung pink tu. Nama dia Cik Fathin Fadhilah. Siapa berkenan, meh habaq mai. Haha. Aku rasa dia single lagi. Okey. She is now in USM Kubang Kerian buat course Pergigian. Tengok gambar dia buat aku bertambah-bertambah jeles lagi. Beliau dah masuk hospital. Dah pakai labcoat. Aku pun pakai labcoat jugak, tapi untuk buat experimen tahap budak A-level tu lah. Fathin, aku jeles nie!


Pakai purdah lah pulak cubemate aku ni.


Ini lagi sorang. Yang tadi x-classmate, ini x-cubemate kat tepeng. Amirah Shakri namanya.Lama giloz tak jumpa dia. Tup tup aku stalk dia kat fb, dia kat UITM buat medic. Nak tercabut jantung aku. Tapi tak tercabut ar. Sebabnya tak sangka beliau nak ambik medic. Dulu kat tepeng tanya nak jadi apa, tak sure. Sekarang, beliau pulak yang dah maju setapak dari aku. Jeles ke tak jeles? I'm still stuck in Two-years A-level program !


So, kalau cemburu or jealous or what-so-ever, nak kena buat apa eh? Buat donno? Another things is siapa kata cemburu atau jeles ini tak baik? Kalau aplikasi dengan gaya yang betul, tak salah kan. Jadikan ke-cemburu-an dan ke-jeles-an ni sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih lagi. Jadikan ia sebagai satu medium untuk memupuk sifat kesabaran dalam diri yang tak berapa sabar ni. Percaya ada hikmah berharga disebalik semua ke-jeles-an ini.


Akhir kata, itu je aku nak luahkan hari ni. Hari ni aku fed up dengan satu benda. Malas nak heboh. Dan yang pasti, aku malas nak ambik tahu pasal benda tu. Malanglah siapa yang dapat aku as he or she punya tut. Okey, korang pun tak paham apa yang aku fed up kan. Salam!