Wednesday, August 4, 2010

Serius, Aku Jumpa Ju-On Kat Ky..!


Rumah berhantu. Awas!


Salam. Garnetron! Terima kasih sebab dah menceriakan dan menyeramkan malam Rabu hari ini. Sumpah aku cakap, malam ni aku takkan lupa. Memang a night to be remember lah gua cakap lu. Okey, aku sekarang tengah excited nak bercerita ni. Tanpa membuang masa, teruslah membaca cerita aku yang seram ni ya. HAHA.


Pada sebuah malam, aku, Ummu, Najwa, Pika dan Mas telah menghadiri majlis The Murder of Catherine Rosseti di Great Hall. Mula-mula duduk tengok sketsa Catherine Rosetti tu nampak macam biasa je. And aku dengan perasaan bajet tak takut sempat cakap, " Ek eleh, takde apa yang seram pun, ". Pastu tiba-tiba......


Ada hantu tinggi macam tiang elektrik tunjuk muka seram dia antara aku dengan Ummu. Sumpah terkejut. Aku terus tutup muka dan tunduk. Aku rasa muka aku dah blushing dah waktu tu. HAHA. Suppose kena pucat lah kan, tapi sebab malu dengan diri sendiri dah cakap besar tadi, serius malu doh!


Lepas dah tengok sketsa, jalan-jalan kat booth. And sekali lagi aku kena sampuk dengan hantu tiang eletrik tu. And sekali lagi tutup muka sambil terduduk kat lantai! HAHA. Dan sekarang ni aku sedar satu benda pasal diri aku sendiri yakni ; bila aku jumpa hantu, aku akan tutup muka dan speechless. Macam kat rumah la kot. Tengok cerita hantu, muka dah tutup dengan kusyen. Takut punya pasal!


Part yang paling best adalah waktu masuk Haunted Mansion. Mula-mula tengok hantu cikai-cikai je kat luar, pastu ada part kena ambil clue kat coffin. Haa, ni yang lemah bab-bab keranda ni. Dah la tukang jaga and tukang duduk situ, serius muka macam hantu. Tahniah hantu-hantu kat port tu, sebab berjaya buat aku rasa takut nak mampus and rasa nak keluar terus!


Tapi, aku berjiwa tough kot. Mana boleh give-up ni. Tak cool lah kan. So, setelah jerit-jerit macam orang kena rasuk, aku dan Ummu bersama dua orang lagi pengecut, Farah Izyan dengan Hetty pun lalu jugak kat tempat coffin. Ewah, aku pulak jadi ketua. Jalan-jalan, ada bantal busuk berdarah sapa entah tergantung. LOL. Itu memang tak heran langsung ah.


Next, jumpa sapa entah yang buat-buat mabuk tidur atas meja. Ni lantak kau lah. Jalan-jalan lagi sampai satu ruangan ada seorang mamat seorang tengok video Ju-On. Aku pun yang dah kepenatan terpekik-terlolong, rileks lah kejap tengok Ju-On punya video. Tiba-tiba...... Ju-On muncul dari tepi. Sumpah, aku cuak gila doh!


Ju-On garnteron lagi seram daripada yang ni. Serius, aku tak tipu!


Si Farah Izyan dengan Hetty dah menyorok-nyorok belakang aku. Aku pulak menyorok belakang Ummu. Serius aku cakap, hantu Ju-On ni paling buat aku seram gila. Dah lah dengan aura seram dia, ada ke patut dia jalan menghampiri kitorang, apa dia tak tahu ke kami dah takut tahap gajah? Bila dia dah mula nak berundur, aku and Ummu sempat berduet nyanyi lagu Twinkle-twinkle little star! HAHA. Nak mood ceria lah konon!


And lastly, kena merangkap bawah kerusi. Merangkak-merangkak, jumpa hantu berselimut. Ngengade betul hantu ni. Pastu jumpa Malin si hantu yang gelak, si Atikah si hantu yang cute, and last hantu, an Indian boy, sumpah tak seram langsung hantu ni. Oh ya, tak dilupakan hantu paling cun, si Farhana. HAHA. Kepada hantu-hantu Garnetron lain yang tak disebutkan nama, korang hantu terbaek pernah aku jumpa!


Sekarang ni, tekak aku dah rasa lain macam sebab dah jerit sana-sini. Sumpah, aku bukan jenis jerit-jerit sebab takut, cuma kali ni je aku berjaya express kan ketakutan itu. Seram, cuak, takut, lemah lutut, lemah jantung, semuanya aku rasa. Dan ini event yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Penghargaan khas buat Ummu Safiyah sebab kita berjaya mengharungi segala hantu-hantu Garnetron yang 'comel'. HAHA.


Kenapa pontianak Edward Cullen takde? Kalau tak aku duk situ sampai pagi.


Last but not least, aku sedar sekarang yang sebenarnya aku seorang yang penakut! HEHE. Sebab before ni aku bajet aku tak takut. And malam ni, membuktikan fakta tersebut. But, aku kalau jumpa yang betul, jangan nyanyi lagu TWinkle-twinkle little star ar, baca ayat Kursi ya anak-anak. Sekian, malam yang sangat best dalam tahun 2010. Salam!


7 comments:

Ummu Safiyah said...

hoho.. best ahh.. ingt nak masuk skali lg td..

norain ishak said...

ummu, ceh, dah tahu rupe hantu camne, baru nak masuk lagi.ala, tapi aku rase cam diperbodohkan oleh ju-on tu ar.nyesal2.

Ummu Safiyah said...

aah. btul2 pdahal mula2 kita cm cool. odahl orang ja pun. ak rasa die mmg sja nyakat kita do. sbb tgok kita bajet cool. hantu btul. aku jd cuak bila dia dekat, dtmbah dgn org jerit2. tiba2 ada rasa takut pulak.

norain ishak said...

ummu, kite can cool je.kan aku sempat sembang ngan die, 'you are garnetron right?" haha.bile die x respon,trus dtg aura juon die!

nur said...

best giler...

hantu tu cumel sngat ke..
rugi ak ta tengok dow..
;D

norain ishak said...

nur, LOL.rugi tak tengok.weyh,nur mane ni ha?

.::N.A.S::. said...

Lawak lah cite nih. ha2 :D