Sunday, August 8, 2010

CP Batch 12 VS CP Batch 13


Attention : Aku nak flashback zaman-zaman CP batch aku dulu sebelum membebel.


Aku tengah pegang bakul tuh.


Jai Ho..!


Penari tarian cina.Diorang sangat comel kan.


Kemuncak performance.


The pirates. Nampak macam real, right?


Penari zapin yang ayu-ayu belaka lagi lemah gemalai.


Judo sebagai pokok. Prop terbaek dari ladang.


Salam. Baru je pulang dari menyaksikan Cultural Performance (CP) Batch 13 berjudul ' Till The Ends'. Sebelum nak memberi komen dan mengkritik, aku ucapkan terima kasih kepada juniors sebab bersusah payah dalam menjayakan event ni. Aku pernah rasa penatnya untuk prepare for Cultural Performance batch aku yang bertemakan 'Malacca, The Beginning'.


Kalau nak jujur dari hati, bagi aku CP tahun ni biasa-biasa aje. Takde apa yang menarik pun. Takde apa yang bila kita tengok, kita rasa, boooomm! Takde klimaks. Boring. Bosan. Plot cerita yang tak menarik. Plot cerita yang tak smooth. Macam tersekat-sekat je nak paham jalan ceritanya. Kalau nak bagi rating, aku bagi 5/10.


Dari aspek lakonan, aku tak nafikan semuanya berbakat. Semuanya boleh berlakon. Cuma ada beberapa adegan aku tak gemar. Adegan nak betul-betulkan kolar baju. Nak tunjal-tunjal bahu orang. Tak segan ke dik oi. Lagi satu hal, lakonan dah mantap. Tapi tak mencerminkan gaya orang zaman dulu.


Latar belakang cerita adalah pada zaman sebelum Jepun menyerang, tapi cara bersalaman tu dah macam cara orang tahun 2000 ni bersalaman. Di mana culturalnya lakonan itu. Banyak benda yang boleh diperbaiki aku rasa, tapi aku faham lah junior hanya ada dua minggu je untuk prepare for CP. Mungkin board of directors terlepas pandang benda-benda macam ni. Takpe lah.


Cuma ada satu benda je yang best yakni waktu tarian bollywood. Serius aku cakap leader perempuan dia memang gila terror menari macam dalam movie bollywood tu. Tapi tarian bollywood biasa lah, macam menggoda sikit kan. Haih. Kesian lah budak-budak laki ky. But the boys yang menari bollywood, aku cuma nak cakap satu, korang menari cute gila doh!


So, itu je lah komen aku. Ke-tak-best-an CP juniors tak bermakna juniors ni tak best. Diorang ni ok je, mungkin kurang tunjuk ajar kot, so macam nampak tak berapa kemas sangat preparation CP diorang. Papepun, thanks juniors! Hope semangat mereka ni berkekalan sehinggalah MCB dan juga Bangsawan.


Sekian, usik-usik manja dari akak Ain ya. Haha. Salam.


Pictures : Credit to Arina Khambari

5 comments:

ijad said...

cantik blog

Ummu safiyah said...

haha.. apa pun ,trnyata ramai diamonders di atas stage itu. so,kita ada perintis!!

eju said...

klu ada gambar pelamin, msti rasa lagi bangga. haha xp

eju said...

klu ada gambar pelamin, msti rasa lagi bangga. haha xp

norain ishak said...

ijad, trimas.

ummu, stok utk bangsawan.

eju, pelamin terbaek ah!