Showing posts with label PERSONAL STATEMENT. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL STATEMENT. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Perjuangan Belum Selesai


Salam.Hari Sabtu.Takde internet connection kat kawasan chalet aku ni. Sengal betul. Inipun guna maxis broadband by phone modem sebab nak check ucas. Terbang RM8. So, dah terbang tu, wajib update blog. HAHA.


Alhamdulillah. Semakin hari rasa beban yang dipikul untuk semester ke-3 ini makin berkurangan. Awal semester dulu, benda-benda kat bawah ni lah buat jiwa resah otak berserabut.

  • PERSONAL STATEMENT
  • MEDIC FORUM
  • JOB ATTACHMENT
  • UKCAT
  • UCAS APPLICATION ( UNIVERSITY CHOICES)

About the university choices, aku tekad memilih, ABCG. HAHA. Mesti tak paham tu. Aberdeen, Bristol, Cardiff and Glasgow. Aku harap admission tutor diorang sudi panggil aku attend interview. Sudilah, please please.


Personal statement. Kalau dengan Allah bagi rezeki dapat gred baik, offer interview, conditional offer for a place kat med school, nanti boleh lah aku post PS aku yang, yang, err, no komen. Dah lepas, baru boleh komen. Hehe.


Sekarang ni yang tinggal adalah :

  • IELTS (oct '10/feb '11)
  • INTERVIEW (doakan aku dapat offer interview)
  • AS-LEVEL (re-sit) and A2-LEVEL EXAMINATION (may june 2011)

So, sekarang ni fokus adalah belajar. Walaupun aktiviti kat ky masih banyak, just relax sudah. Takyah gopoh gapah buat aktiviti house sebab housecap pun jenis relax, kan?


Cakap pasal belajar, sama-sama lah kita yang bergelar pelajar ini sedar, bahawa, belajar pun ibadah jugak. Dapat pahala. Jangan belajar just for the sake of exam. Nanti jadi macam aku, dah lupa dah apa yang belajar waktu AS dulu. Hehe.


Masa pantas berlalu meninggalkan aku yang terkedek-kedek ni. Rasa macam baru ju masuk sem 3, tak sangka dah pertengahan sem and nak sem exam daah pun. Dah banyak perkara dah dilalui hari demi hari.


Okeylah, itu je cerita hari ni. Sekian, salam.

Thursday, August 5, 2010

Rain Kool


Bukan Mat Kool ya, but Ran Kool.


Salam... Srrrrpppp..Sedapnya megi yang aku masak. Ceh, poyo gila. Tuang air panas dengan letak perencah je. Tapi still dikira aku masak lah. So, tuan-tuan dan puan-puan, siapa kata aku tak reti masak, reti tahu. Especially masak megi dengan telur.


Hormon aku macam tak stabil sikit minggu ni. Nafsu makan pun semakin melonjak sedangkan tadi dinner kat dining hall dah makan nasi dengan ikan keli sambal. Ah, tetiba rindu ikan keli cili api mak aku.


Sebab hormon yang tak seimbang ini turut memberi kesan emosi kat diri aku sendiri. Pelbagai perkara yang harus dilaksanakan bulan ini. Aku cuba taknak jadi stress sebab aku dah warning kat diri sendiri yang aku nak cool sepanjang sem ini.


Tapi macam payah je nak cool. Tambahan pulak aku nak sambung medic. Dan sekrang ni soalan common yang ditanyakan kepada budak-budak nak ambik medic adalah seperti :


" Eh ain, dah siap dah personal statement? "
Aku jawab : Draft dah ada, tapi tak buat yang penuh lagi.
Dalam hati : Ah, liat betul nak dah buat ps yang penuh.


" Kau pilih universiti apa for ucas form? "
Aku jawab : Bristol, Cardiff, Southampton dengan Leicester kot.
Dalam hati : Aku tak kisah mana-mana pun, asalkan dapat terbang.


" Test UKCAT kau dah buat practise dia dah? "
Aku jawab : Belum lagi.
Dalam hati : Dari bulan lepas nak download practise test, sampai hari ni tak download.


Jadi, by end of this week, aku nak selesaikan personal statement aku. Tomorrow early in the morning, nak download test ukcat tu. Harap-harap planning aku ni jadi.


PENGUMUMAN :


Aku baru dapat berita seorang batch aku MARESMART 07/08 meninggal dunia hari ni. Namanya Liya Nordin. Sama-sama lah sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah walaupun korang tak kenal. Allahyarhamah satu dorm dengan aku dulu. Tak rapat. Tapi still rasa sedih. At the same time rasa takut. Sebab kita tak pernah tahu bila ajal kita. Awal atau lambat. Kita tetap perlu bersedia. Persoalannya, bersediakah aku?


Sekian, salam.

Tuesday, July 27, 2010

Mencari Alasan Nak Jadi Doktor


Boyfren dari umur 2001 hingga kini.


Aku baru melawat website Honda CRV sebab ada link tu kat facebook. So, aku ambiklah kesempatan untuk usha boyfren aku dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Nama dia Honda CRV. Waktu dia kanak-kanak, dia kecik je. Tak hensem pun. Waktu dia meningkat remaja, adalah sikit smart. And sekarang ni aku tengok, dia hot gila.


Sebab dia hot, aku nak beli dia. Tapi nak beli, kena lah ada duit. Erm, ada siapa-siapa nak bagi aku duit tak? Semua jawab takde. So, terpaksalah aku belajar sungguh-sungguh nak jadi doktor. Jadi, kalau dalam personal statement aku untuk UCAS application, could I state that, I want to be a doctor because I want to buy a Honda CRV ?


Buku pengalaman seorang doktor houseman. Best.


Alasan entah apa-apa. Aku sekarang tengah menyelami hati sendiri, kenapa nak jadi doktor. Soalan itu mudah, tapi nak jawab dengan jujur bukan main payahnya. Hari tu aku ada tanya seorang junior waktu sesi nak mintak sign, aku tanya lah soalan kenapa nak jadi doktor, and dia pun speechless tak tahu nak cakap apa. See, soalan ni susah gila kan.


Sekarang, mari kita list-list kan sebab nak jadi doktor :


1. Duit
Kerjaya doktor sering dikaitkan dengan pendapatan yang lumayan. Betul ke? Entah, aku tak pernah tengok slip gaji doktor. So, kalau betul lumayan, dapatlah beli CRV aku tu.


2. Sains
I always have passion for science. Ini alasan cliche dalam personal statement. Apa yang passionnya pun aku tak paham. Aku rasa sains tetap sains, nak passion apa bendanya entah. So, nak letak alasan ni dalam personal statement pun aku ragu-ragu.


3. Tolong orang
Ini lagi satu alasan common dalam PS. And people will ask you back, kalau nak tolong orang, kenapa tak jadi nurse ke, cleaner ke, apa ke. Kenapa mesti jadi doktor. So, part ni kena pandai putar alam sikit aku rasa.


4. Meramaikan jumlah doktor dalam negara
Haha. Ini no komen. Serius, ini alasan untuk mereka yang berjiwa patriotik. And buat masa ni, aku taklah sepatriotik itu ya. Aku sekadar berjiwa duitan.


So, ada sebab lain tak untuk seseorang itu menjadi doktor? Kalau ada, bagitahu ar. Kot-kot dapat ilham nak letak dalam PS. Haha. Papepun, aku percaya, PS yang mantop lahir dari hati yang luhur. Oh luhurkah hati aku ni?Okeylah, blah dulu. Nak menikmati free block 6 terakhir semester ini. Salam.


p/s-Ada orang pernah cakap,dia nak jadi doktor sebab nak mengorat doktor. Siapakah?