Tuesday, July 27, 2010

Mencari Alasan Nak Jadi Doktor


Boyfren dari umur 2001 hingga kini.


Aku baru melawat website Honda CRV sebab ada link tu kat facebook. So, aku ambiklah kesempatan untuk usha boyfren aku dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Nama dia Honda CRV. Waktu dia kanak-kanak, dia kecik je. Tak hensem pun. Waktu dia meningkat remaja, adalah sikit smart. And sekarang ni aku tengok, dia hot gila.


Sebab dia hot, aku nak beli dia. Tapi nak beli, kena lah ada duit. Erm, ada siapa-siapa nak bagi aku duit tak? Semua jawab takde. So, terpaksalah aku belajar sungguh-sungguh nak jadi doktor. Jadi, kalau dalam personal statement aku untuk UCAS application, could I state that, I want to be a doctor because I want to buy a Honda CRV ?


Buku pengalaman seorang doktor houseman. Best.


Alasan entah apa-apa. Aku sekarang tengah menyelami hati sendiri, kenapa nak jadi doktor. Soalan itu mudah, tapi nak jawab dengan jujur bukan main payahnya. Hari tu aku ada tanya seorang junior waktu sesi nak mintak sign, aku tanya lah soalan kenapa nak jadi doktor, and dia pun speechless tak tahu nak cakap apa. See, soalan ni susah gila kan.


Sekarang, mari kita list-list kan sebab nak jadi doktor :


1. Duit
Kerjaya doktor sering dikaitkan dengan pendapatan yang lumayan. Betul ke? Entah, aku tak pernah tengok slip gaji doktor. So, kalau betul lumayan, dapatlah beli CRV aku tu.


2. Sains
I always have passion for science. Ini alasan cliche dalam personal statement. Apa yang passionnya pun aku tak paham. Aku rasa sains tetap sains, nak passion apa bendanya entah. So, nak letak alasan ni dalam personal statement pun aku ragu-ragu.


3. Tolong orang
Ini lagi satu alasan common dalam PS. And people will ask you back, kalau nak tolong orang, kenapa tak jadi nurse ke, cleaner ke, apa ke. Kenapa mesti jadi doktor. So, part ni kena pandai putar alam sikit aku rasa.


4. Meramaikan jumlah doktor dalam negara
Haha. Ini no komen. Serius, ini alasan untuk mereka yang berjiwa patriotik. And buat masa ni, aku taklah sepatriotik itu ya. Aku sekadar berjiwa duitan.


So, ada sebab lain tak untuk seseorang itu menjadi doktor? Kalau ada, bagitahu ar. Kot-kot dapat ilham nak letak dalam PS. Haha. Papepun, aku percaya, PS yang mantop lahir dari hati yang luhur. Oh luhurkah hati aku ni?Okeylah, blah dulu. Nak menikmati free block 6 terakhir semester ini. Salam.


p/s-Ada orang pernah cakap,dia nak jadi doktor sebab nak mengorat doktor. Siapakah?


7 comments:

diraja22 said...

klu jd doktor, kurang lah waktu rehat..

diraja22 said...

klu jd doktor, kurang lah waktu rehat..

norain ishak said...

diraja22, nak buat macamana,berkhidmat pada negara la kononnya.

Daniera said...

Akak, penah dengar. tp taktaw la betul ke tak kan. org kate, kalo dlm satu kg tu tader sorang pun jadik dr sedangkan, dr segi kepandaian nya mereka layak, maka berdosalah satu kg tu. tp akak tak jumpa bukti2 sahih lg tentang pendapat ni.

norain ishak said...

kak daniera, oh itu macam fardu kifayah lah kiranya kan..

yAnG said...

setahu aq bkn brdosa kalo xde yg jd Dr. tp brdosa kalo xde sape2 yg join bdg 2...nurse pun dh msuk bdg prubtan gak..=)

yAnG said...

^_^