Showing posts with label DOKTOR. Show all posts
Showing posts with label DOKTOR. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Unconditional Offer Letter

Assalamualaikum.

Kenapa nak jadi doktor?( A simple question but yet took many days and hours to prepare a creative and unique answer.)

Interview IUMC is just around the corner. So, lately ni, banyak cakap dengan dinding, dengan cermin. Nak mock dengan kengkawan, rasa nak gelak pulak. Plus, jawapan untuk soalan-soalan tertentu mesti lah kena private and confidential en.

Semakin hari semakin cuak. Bukannya cuak pasal interview, tapi cuak sebab universiti UK masih lagi membisu dari aku. Aberdeen tu asyik-asyik bagi email selamat merry christmast lah, selamat tahun baru lah. Taknak dihantarnya aku interview offer letter. Si Glasgow tu pulak tak habis-habis promot suruh jumpa wakil dia kat Malaysia. Aiseyh.

Petikan dari formspring aku :

Can you answer this ? If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors?

Sumpah tak paham.

Sometimes tu, cemburu jugak lah dengan budak-budak course lain. Dapat tiga empat offer. Syok gila kalau semua universiti offer en. Tapi, sabar je lah. Itu kan rezeki masing-masing. Berdoa dan bertawakal. Allah knows the best for us kan. Semuanya ada hikmah.

Orite. Doa aku untuk member sekalian, semoga kome and aku dapat tempat di med school pilihan. Ameen.

Sekian, wassalam.

p/s- unconditional offer letter?dalam mimpi je lah kak oiii!

Sunday, August 8, 2010

Kenapa Tulisan Doktor Macam Ayam



Salam. Lega. Sebab dah berjaya siapkan PS untuk bagi Mrs B komen. Sejak jumpa dengan En. Mabecs pada Jumaat dua minggu lepas, baru hari ni aku dah buat yang penuh. So, good job untuk diri aku sendiri walaupun aku tahu, lepas kena komen, kena repair lagi. Takpe, takpe, aku cool kot. HAHA.


Okey, hari ni aku nak bercerita kenapa tulisan doktor buruk. Korang rasa kenapa? Sebab doktor ni tak reti menulis elok-elok ke, atau sebab doktor ni pemalas tahap gaban? Lalu aku google-google around, dan jumpa jawapannya.


Siapa dapat baca tulisan aku ni, aku belanja kat dining hall. Serius.


Sebab utamanya adalah kerana doktor ni kerjanya bukannya for the sake of tulisan cantik ke tak cantik. Tapi sebab nak merawat orang. Bayangkan lah, dalam satu hari, shift kerja lapan jam, doktor ada banyak benda dia nak kena tulis untuk report pesakit, nak kena sign. Jadi, mana larat nak tulis cantik-cantik.


Dah tu, doktor tulis guna tulisan cakar ayam tu sebab dia tulis bukannya untuk bagi public paham. Sekadar dia and nurse-nurse dia je paham. Entah-entah, doktor tu sendiri kot tak paham. Kalau camtu, tak tahu lah makcik nak kata apa. Tapi suspek ar kat nurse, macam mana lah diorang boleh paham tulisan doktor tu. Ada kursus baca tulisan cakar ayam ke?


Jadi, hari ni, mari kita belajar cara-cara nak menulis macam doktor ya :

  • singkatan : katakanlah patient tengah sesak nafas ataupun dalam hasa omputihnya, short of breath, takyah ar tulis panjang-panjang, tulis SOB je.
  • tulis kecik-kecik : jangan tulis besar-besar.buang masa dan buang kertas je.tulis kecik laju sikit.save time you know!
  • skip vowels: tkyh ltk vwl. manusia boleh baca tanpa anda vowel.safe ink doh!

So, ready nak tulis macam doktor? Amaran, don't try this during your exams! Salam.



Tuesday, July 27, 2010

Mencari Alasan Nak Jadi Doktor


Boyfren dari umur 2001 hingga kini.


Aku baru melawat website Honda CRV sebab ada link tu kat facebook. So, aku ambiklah kesempatan untuk usha boyfren aku dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Nama dia Honda CRV. Waktu dia kanak-kanak, dia kecik je. Tak hensem pun. Waktu dia meningkat remaja, adalah sikit smart. And sekarang ni aku tengok, dia hot gila.


Sebab dia hot, aku nak beli dia. Tapi nak beli, kena lah ada duit. Erm, ada siapa-siapa nak bagi aku duit tak? Semua jawab takde. So, terpaksalah aku belajar sungguh-sungguh nak jadi doktor. Jadi, kalau dalam personal statement aku untuk UCAS application, could I state that, I want to be a doctor because I want to buy a Honda CRV ?


Buku pengalaman seorang doktor houseman. Best.


Alasan entah apa-apa. Aku sekarang tengah menyelami hati sendiri, kenapa nak jadi doktor. Soalan itu mudah, tapi nak jawab dengan jujur bukan main payahnya. Hari tu aku ada tanya seorang junior waktu sesi nak mintak sign, aku tanya lah soalan kenapa nak jadi doktor, and dia pun speechless tak tahu nak cakap apa. See, soalan ni susah gila kan.


Sekarang, mari kita list-list kan sebab nak jadi doktor :


1. Duit
Kerjaya doktor sering dikaitkan dengan pendapatan yang lumayan. Betul ke? Entah, aku tak pernah tengok slip gaji doktor. So, kalau betul lumayan, dapatlah beli CRV aku tu.


2. Sains
I always have passion for science. Ini alasan cliche dalam personal statement. Apa yang passionnya pun aku tak paham. Aku rasa sains tetap sains, nak passion apa bendanya entah. So, nak letak alasan ni dalam personal statement pun aku ragu-ragu.


3. Tolong orang
Ini lagi satu alasan common dalam PS. And people will ask you back, kalau nak tolong orang, kenapa tak jadi nurse ke, cleaner ke, apa ke. Kenapa mesti jadi doktor. So, part ni kena pandai putar alam sikit aku rasa.


4. Meramaikan jumlah doktor dalam negara
Haha. Ini no komen. Serius, ini alasan untuk mereka yang berjiwa patriotik. And buat masa ni, aku taklah sepatriotik itu ya. Aku sekadar berjiwa duitan.


So, ada sebab lain tak untuk seseorang itu menjadi doktor? Kalau ada, bagitahu ar. Kot-kot dapat ilham nak letak dalam PS. Haha. Papepun, aku percaya, PS yang mantop lahir dari hati yang luhur. Oh luhurkah hati aku ni?Okeylah, blah dulu. Nak menikmati free block 6 terakhir semester ini. Salam.


p/s-Ada orang pernah cakap,dia nak jadi doktor sebab nak mengorat doktor. Siapakah?