Showing posts with label UCAS. Show all posts
Showing posts with label UCAS. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Harapan Palsu Yang Memecahkan Hati

Assalamualaikum.

Seperti yang aku pernah inform pasal UK university choices, Cardiff and Glasgow, kawan-kawan aku dah pun pergi interview, so, nampak sangat macam aku memang takde harapan nak study kat sana. And tinggal dua, Aberdeen and Bristol.

Aberdeen rupanya selama ini bagi harapan palsu dekat aku. Bagi ucapan Merry Christmast, Happy New Year, tapi taknak pun bagi ucapan, "Congrats! You're invited to attend our interview at bla bla bla...". Aku tak tahu lah aku frust atau tak, sebab kawan aku yang apply Aberdeen dah dapat offer pergi interview.

And macam biasa, kawan-kawan akan cakap, nanti-nanti kot dia bagi email offer interview. Ah, dusta belaka. Kalau Aberdeen bagi email serentak kat mereka bertiga, kenapa tak dekat aku and kawan aku lagi seorang kat sini yang apply Aberdeen jugak. Memang nampak harapan tinggal harapan.

" there’s a truth behind a cry
and there’s a cry behind a lie
there’s a hope on every fright
there’s a light on every night.."-letto

Bila lepas makan lunch, balik bilik and layan lagu Letto and at the same time layan jiwa sendiri, actually aku frust. And emo lah kejap. T__T Huhu. Aku cuma tertanya,

  • personal statement waktu apply teruk sangat ke sampai uk uni taknak aku?
  • cikgu aku bagi tak bagi predicted grades straight A ke?
  • referee yang tulis reference tak cukup bagus ke?

If sebab universiti taknak panggil aku interview sebab alasan di atas, aku redha. Sebab aku dah cuba jadi budak baik dalam kelas, cuba yang terbaik dalam exam aku, dan cuba yang terbaik untuk tulis personal statement aku. Sekali lagi, REDHA.

Barangkali Allah nak uji daya kesabaran aku bila lihat kawan-kawan aku yang dapat offer interview. Barangkali juga Allah nak aku latih diri supaya sentiasa redha ke atas setiap perkara yang terjadi.

Last but not least, good luck Atiqah for your first UK university interview from Aberdeen. Aku jeles tahu! Haha. Nanti buat mock interview dengan aku time aku free-free nanti.

Sekian, wassalam.

p/s-aku terpaksa langgar peraturan waktu yang ditetapkan untuk berblogging.

Thursday, August 5, 2010

Rain Kool


Bukan Mat Kool ya, but Ran Kool.


Salam... Srrrrpppp..Sedapnya megi yang aku masak. Ceh, poyo gila. Tuang air panas dengan letak perencah je. Tapi still dikira aku masak lah. So, tuan-tuan dan puan-puan, siapa kata aku tak reti masak, reti tahu. Especially masak megi dengan telur.


Hormon aku macam tak stabil sikit minggu ni. Nafsu makan pun semakin melonjak sedangkan tadi dinner kat dining hall dah makan nasi dengan ikan keli sambal. Ah, tetiba rindu ikan keli cili api mak aku.


Sebab hormon yang tak seimbang ini turut memberi kesan emosi kat diri aku sendiri. Pelbagai perkara yang harus dilaksanakan bulan ini. Aku cuba taknak jadi stress sebab aku dah warning kat diri sendiri yang aku nak cool sepanjang sem ini.


Tapi macam payah je nak cool. Tambahan pulak aku nak sambung medic. Dan sekrang ni soalan common yang ditanyakan kepada budak-budak nak ambik medic adalah seperti :


" Eh ain, dah siap dah personal statement? "
Aku jawab : Draft dah ada, tapi tak buat yang penuh lagi.
Dalam hati : Ah, liat betul nak dah buat ps yang penuh.


" Kau pilih universiti apa for ucas form? "
Aku jawab : Bristol, Cardiff, Southampton dengan Leicester kot.
Dalam hati : Aku tak kisah mana-mana pun, asalkan dapat terbang.


" Test UKCAT kau dah buat practise dia dah? "
Aku jawab : Belum lagi.
Dalam hati : Dari bulan lepas nak download practise test, sampai hari ni tak download.


Jadi, by end of this week, aku nak selesaikan personal statement aku. Tomorrow early in the morning, nak download test ukcat tu. Harap-harap planning aku ni jadi.


PENGUMUMAN :


Aku baru dapat berita seorang batch aku MARESMART 07/08 meninggal dunia hari ni. Namanya Liya Nordin. Sama-sama lah sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah walaupun korang tak kenal. Allahyarhamah satu dorm dengan aku dulu. Tak rapat. Tapi still rasa sedih. At the same time rasa takut. Sebab kita tak pernah tahu bila ajal kita. Awal atau lambat. Kita tetap perlu bersedia. Persoalannya, bersediakah aku?


Sekian, salam.

Tuesday, July 27, 2010

Mencari Alasan Nak Jadi Doktor


Boyfren dari umur 2001 hingga kini.


Aku baru melawat website Honda CRV sebab ada link tu kat facebook. So, aku ambiklah kesempatan untuk usha boyfren aku dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Nama dia Honda CRV. Waktu dia kanak-kanak, dia kecik je. Tak hensem pun. Waktu dia meningkat remaja, adalah sikit smart. And sekarang ni aku tengok, dia hot gila.


Sebab dia hot, aku nak beli dia. Tapi nak beli, kena lah ada duit. Erm, ada siapa-siapa nak bagi aku duit tak? Semua jawab takde. So, terpaksalah aku belajar sungguh-sungguh nak jadi doktor. Jadi, kalau dalam personal statement aku untuk UCAS application, could I state that, I want to be a doctor because I want to buy a Honda CRV ?


Buku pengalaman seorang doktor houseman. Best.


Alasan entah apa-apa. Aku sekarang tengah menyelami hati sendiri, kenapa nak jadi doktor. Soalan itu mudah, tapi nak jawab dengan jujur bukan main payahnya. Hari tu aku ada tanya seorang junior waktu sesi nak mintak sign, aku tanya lah soalan kenapa nak jadi doktor, and dia pun speechless tak tahu nak cakap apa. See, soalan ni susah gila kan.


Sekarang, mari kita list-list kan sebab nak jadi doktor :


1. Duit
Kerjaya doktor sering dikaitkan dengan pendapatan yang lumayan. Betul ke? Entah, aku tak pernah tengok slip gaji doktor. So, kalau betul lumayan, dapatlah beli CRV aku tu.


2. Sains
I always have passion for science. Ini alasan cliche dalam personal statement. Apa yang passionnya pun aku tak paham. Aku rasa sains tetap sains, nak passion apa bendanya entah. So, nak letak alasan ni dalam personal statement pun aku ragu-ragu.


3. Tolong orang
Ini lagi satu alasan common dalam PS. And people will ask you back, kalau nak tolong orang, kenapa tak jadi nurse ke, cleaner ke, apa ke. Kenapa mesti jadi doktor. So, part ni kena pandai putar alam sikit aku rasa.


4. Meramaikan jumlah doktor dalam negara
Haha. Ini no komen. Serius, ini alasan untuk mereka yang berjiwa patriotik. And buat masa ni, aku taklah sepatriotik itu ya. Aku sekadar berjiwa duitan.


So, ada sebab lain tak untuk seseorang itu menjadi doktor? Kalau ada, bagitahu ar. Kot-kot dapat ilham nak letak dalam PS. Haha. Papepun, aku percaya, PS yang mantop lahir dari hati yang luhur. Oh luhurkah hati aku ni?Okeylah, blah dulu. Nak menikmati free block 6 terakhir semester ini. Salam.


p/s-Ada orang pernah cakap,dia nak jadi doktor sebab nak mengorat doktor. Siapakah?