Assalamualaikum.
Hari tu masa tunggu train dekat stesen KTM Tanjung Malim, sahabat saya, Tipah sedang dalam dilema. Dilema sama ada beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland ataupun di Cardiff.
Beliau tanya saya, kenapa saya nak Ireland? Puas jugak saya fikir, sebab saya memang suka Ireland sejak dua tahun yang lalu. Masa nak isi form MARA punya application, saya usha fail PDF nama-nama negara untuk study medic, dan saya nampak perkataan Ireland. Dan saya terus jatuh hati dengan namanya walaupun saya tak pernah pergi Ireland pun.
Saya pun tak tahu kenapa macam tu. Saya just memang suka Ireland. Jadi bila sahabat saya mengemukakan soalannya, agak speechless di situ. Kalau orang tanya kenapa bukan United Kingdom, mungkin saya speechless jugak. Sebab saya tak pernah pergi sana. Dan saya takde sebab untuk tak suka UK jugak.
Untuk sahabat saya Tipah, saya harap awak membuat pilihan yang tepat. Of course lah kalau awak tanya pendapat saya, sudah tentu lah saya akan suruh awak pilih Ireland. Tapi, ini adalah masa depan awak. Pilihlah dengan sebaik-baiknya dan sewarasnya-warasnya.
Kalau nak pergi UK, saya akan terus menyokong, tapi kalau pergi Ireland, sokongan saya bertambah dua kali ganda. Kalau awak nak pergi UK, walaupun Cardiff ranking ke-30 dalam list MARA, saya tetap sokong dengan mengatakan ranking tak penting, apa yang penting awak belajar menjadi doktor yang berjaya.
And saya rasa awak akan pilih Ireland. Haha. Family awak kan suruh pergi Ireland, pergi je lah. Hoho. Awak kata awak ada tengok video, brothers Ireland ramai yang menarik minat awak kan, apa lagi Tipah? I will be there to listen to your love stories.
Apa-apa pun, ini keputusan awak. Saya tak boleh buat apa-apa. Terpulanglah. Terpulanglah Tipah, walaupun kalau saya dapat tahu awak nak pergi UK jugak, saya akan rasa sedih. Sekejap je laa kot rasa sedih sebab lepas saya dah berkahwin akhir first year(HAHAHA.BAJET GILA), saya tak sedih dah.
Orite, selamat study Tipah. Sekian, wassalam.

