Friday, May 15, 2009

all about KYUEM

salam..
hari ni nak share sumting about KYUEM..
untuk rujukan aku and teman2 yang lain..
untuk makluman,artikel ini dicopy from iluvislam..

Kolej Yayasan UEM

http://edu.iluvislam.com

oleh Akmal Amri


Pernahkah anda menggunakan lebuhraya PLUS KL-Ipoh?

Pernahkah anda perasan, lebuhraya tersebut mempunyai susur keluar ke Lembah Beringin?

sign lb

Jika anda menjawab ‘Ya’ bagi kedua-dua soalan di atas, belum bermakna anda akan jawab ‘Ya’ untuk soalan ketiga iaitu:

Anda kenal ke KYUEM?

kyuem


Lokasi

KYUEM atau nama penuhnya Kolej Yayasan UEM merupakan sebuah kolej pra university yang menawarkan kursus A Level. Kolej ini terletak di Lembah Beringin, Selangor iaitu lebih kurang 60km dari ibu kota Kuala Lumpur.

map

Sejarah ringkas

Sesuai dengan namanya, kolej ini dimiliki dan diuruskan oleh United Engineering Malaysia (UEM) melalui Yayasan UEM. Tetapi pada tahun 1998, kolej ini diuruskan oleh Yayasan Saad di bawah Syarikat Renong yang diketuai oleh Tan Sri Halim Saad, maka kolej ini dinamakan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (KMYS). Pada tahun 2002 (kalau tak silap) Renong mengalami masalah kewangan sehingga memberi kesan kepada pengurusan KMYS. Nama KMYS ditukar kepada Kolej Matrikulasi Yayasan Satu (mungkin untuk mengekalkan akronim KMYS) dan nama ini tidak bertahan lama kerana apabila UEM mengambil alih pengurusan kolej tersebut, namanya ditukar kepada UEM World College. Nama ini juga tidak bertahan lama (kalau tak silap, 2 minggu sahaja) sebelum ditukar kepada Kolej Yayasan UEM yang bertahan sehingga kini.


Maklumat Akademik

cie

Seperti yang dinyatakan di atas, KYUEM merupakan kolej persediaan yang hanya menawarkan A Level. Pelajar-pelajar yang mendaftar merupakan lepasan SPM dan hampir semuanya merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara seperti UK, Ireland dan Australia. Hampir 80% pelajar KYUEM merupakan lepasan SPM yang ditaja oleh pelbagai badan kerajaan dan syarikat persendirian seperti JPA, MARA, Petronas, Bank Negara Malaysia dan Permodalan Nasional Berhad.

jpa mara pet bnm pnb

Keadaan di KYUEM yang tidak ramai pelajar tajaan sendiri mungkin disebabkan oleh kos pengajiannya yang agak mahal jika mahu dibandingkan dengan kolej lain. Program 24 bulan menelan belanja RM60,000 manakala program 18 bulan kosnya ialah RM45,000. Yuran pengajian ini termasuklah bayaran pembelajaran, penginapan, makanan dan peperiksaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan yang anda tidak perlu membelanjakan sesen pun untuk hidup di kolej ini kerana semuanya telah termasuk di bawah yuran pengajian.

buku

Di KYUEM, pelbagai subjek A Level ditawarkan dan pelajar diberi pilihan untuk memilih sendiri subjek masing-masing, sesuai dengan jurusan yang akan diambil di peringkat university. Sebagai contoh, pelajar pra perubatan akan cenderung untuk memilih subjek Chemistry, Biology dan Mathematics manakala pelajar pra perakaunan pula akan cenderung untuk mengambil Accounting, Economics dan Mathematics. Walaupun pemilihan subjek agak bergantung kepada permintaan university, namun pelajar masih bebas untuk memilih subjek kegemaran. Saya yang merupakan pelajar pra perakaunan memilih untuk mengambil Physics kerana telah menggemari subjek tersebut sejak di bangku sekolah. Kebiasaannya, pelajar akan mengambil 3 atau 4 subjek A Level, namun tidak dinafikan ada sesetengah pelajar yang berani untuk mencabar diri dengan mengambil 5 subjek, dan mereka biasanya masih Berjaya mendapat semua A.

kelas

Rutin akademik pelajar KYUEM bermula dengan kelas seawal 8.15 pagi sehingga pukul 5 petang, dan rehat untuk makan tengahari dan solat zuhur dari pukul 12.30-2.00 petang. Secara purata, kelas hanya memakan masa selama 4-5 jam sehari, bergantung kepada bilangan subjek yang anda ambil. Tenaga pengajar di KYUEM agak berbeza daripada kolej-kolej lain kerana hampir separuh daripada mereka merupakan warga asing, kebanyakannya British. Namun tidak dinafikan bahawa kualiti pengajaran mereka tidak dapat dibezakan berdasarkan tempat asal mereka. Ramai cikgu dari Malaysia yang sangat cemerlang teknik pengajaran mereka dan ramai juga cikgu warga asing ini yang juga cemerlang.


Kehidupan di KYUEM

stud

Pelajar KYUEM akan dibahagikan kepada 4 house iaitu Topaz, Garnet, Sapphire dan Diamond. Fungsi house adalah sangat signifikan di KYUEM kerana hampir kesemua aktiviti dan pertandingan di kolej akan diadakan berdasarkan house. Penempatan tempat tinggal juga dibahagikan mengikut house. Tidak perlulah saya banding-bandingkan house yang ada kerana setiap orang berbeza pendapat.

chalet

Para pelajar KYUEM tinggal di dalam chalet. Setiap chalet mempunyai 4 bilik untuk 4 orang dan 2 bilik air. Ruang tamu adalah tempat kegemaran untuk lepak kerana dilengkapi dengan pendingin hawa (air-cond) dan juga computer dengan internet. Namun yang memiliki laptop sendiri boleh juga melayari internet kerana rangkaian internet tanpa wayar turut disediakan.

chalet_in

dh

Makanan pula disediakan 3 kali sehari kepada semua pelajar. Bagi yang pernah tinggal di sekolah berasrama, saya boleh katakan makanan di Dewan Makan KYUEM jauh lebih baik daripada Dewan Makan sekolah saya (baca: STAR). Antara hari yang menjadi kegemaran para pelajar ialah hari Rabu dan Jumaat. Makanan Barat seperti Burger, Chicken Chop dan Spagetti Bolognese akan dihidangkan pada hari Rabu manakala nasi lemak ditawarkan pada pagi Jumaat.

pool basket

Kemudahan rekreasi di KYUEM pula tersangat bagus. Kolam renang bersaiz olimpik, padang bola bertaraf dunia yang dijaga rapi setiap hari, gelanggang tenis dan bola tampar yang lapang, Multi Purpose Hall (MPH) yang luas dan menempatkan 3 gelanggang badminton, 4 meja ping pong, 2 gelanggang squash dan sebuah gymnasium ; kesemuanya disediakan untuk digunakan oleh para pelajar tanpa caj. Malahan, peralatan untuk bersukan seperti raket badminton, squash dan tenis serta bat ping pong dan bola-bola seperti bola sepak, bola tampar dan bola keranjang turut disediakan kepada para pelajar. Mungkin atas sebab itulah pelajar KYUEM ramai yang sihat-sihat belaka. (sihat yang bagaimana tu ye?)

mph

Para pelajar di KYUEM secara umumnya diwakili oleh dua badan besar iaitu Student Council (SC) dan juga Musolla Committee (MUSCOM). SC mewakili pelajar secara keseluruhannya selain menganjurkan aktiviti-aktiviti di KYUEM sekurang-kurangnya sebulan sekali manakala MUSCOM menjadi suara pelajar Muslim di samping menyusun program-program dakwah dan tarbiyah di KYUEM. Surau As Saad sentiasa makmur dengan program-program MUSCOM yang tidak putus-putus.

surau

Antara aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh SC untuk pelajar KYUEM ialah Health Awareness Week, Cultural Night, Bangsawan, College Birthday dan Students’ Dinner. Aktiviti-aktiviti tersebut telah Berjaya untuk merapatkan hubungan sesame pelajar maka atas sebab itulah biasanya seorang pelajar KYUEM akan mengenali hampir kesemua pelajar yang lain yang berjumlah lebih daripada 400 orang.

ican

drama

HAW

Kenapa KYUEM?

Saya secara peribadi memang mempunyai pelbagai kenangan di KYUEM yang manis-manis. Dan pahit-pahit juga.

Di KYUEMlah saya mula mengenali perwatakan kaum Hawa (sebab dulu saya dari sekolah lelaki sahaja dan tiada kawan di rumah kerana asyik berpindah randah).

Di KYUEMlah saya mula mengenali realiti kehidupan.

Realiti manusia.

Yang pelbagai latar belakangnya.

Yang warna-warni cara hidupnya.

Di KYUEMlah saya mula merasakan bahawa Islam itu adalah Deen.

Islam itu adalah cara hidup.

Dan betapa rendahnya ilmu dan amal saya.

way of life

Selain itu, ukhuwwah yang terbit daripada suasana kolej itu juga sangat-sangat berbekas sehingga ke hari ini. Masakan tidak, KYUEM terletak jauh daripada kehidupan manusia lain. Pekan terdekat ialah Tg Malim, yang terletak 12km dari kolej. Nak keluar pula perlu dengan kebenaran housemaster. Perlu tempah kereta lagi.

Maka pilihan yang biasanya dibuat oleh pelajar KYUEM ialah untuk tinggal sahaja di KYUEM bersama-sama kawan-kawan. Makan sahaja makanan di Dining Hall. Kalau tak cukup, beli sahaja di Cafeteria. Tak perlu keluar, sebab tidak berbaloi.

Suasana ini jugalah yang menyebabkan saya kurang terganggu dengan godaan-godaan dunia seperti panggung wayang dan shopping complex yang melata di tengah-tengah kota. Maka belajar menjadi priority yang agak mudah untuk diberikan perhatian.

kyuem1 kyuem2 kyuem3 kyuem4

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pencapaian akademik KYUEM adalah sangat-sangat membanggakan. Setiap tahun, mesti ada pelajar KYUEM yang akan mendapat anugerah Top In The World ataupun Top In Malaysia bagi sesetengah subjek CIE A Level. Contohnya pada tahun 2007, Muadz yang kini belajar di Royal College of Surgeon Ireland pernah dianugerahkan Top In The World bagi subjek Mathematics dan Mohd Faiz Ahmad Nazlan serta Samsul Juwait yang kini berada di Universiti of Warwick masing-masing telah dinobatkan sebagai Top In Malaysia dalam subjek Accounting dan Computing. Kemasukan pelajar KYUEM ke university-universiti terkemuka dunia seperti Oxford, Cambridge, LSE, UCL, Imperial dan Warwick juga adalah sangat tinggi.

top

Top In The World A Level 2008 - History & Accounting

Akhir kata, jika anda telah mendapat tawaran untuk belajar A Level di KYUEM, janganlah lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman hidup yang akan berbekas dalam diri anda. Dan bagi yang mempertimbangkan untuk datang ke KYUEM ataupun tidak, saya yakin RM60,000 yang dibelanjakan untuk pendidikan dan hidup di KYUEM adalah berbaloi. Sangat berbaloi.

Wallahu’alam.

5 comments:

amiruddin zaki said...

giler best...
haha
rugi kalo ko x gi...
waa...
jeles2...

TAE★MIN said...

kite msk sini

huhu
jauuuuuuuuuuuh gile ngan banda DD:

sedeh );

Nina Mazlan said...

HEHE..XSABARLA NORAIN..MESTI BEST..

Coretanku....... said...

Ini la tempat aku melanjutkan pelajaran masa matriks UPM tahun 1998...kitorang students matriks UPM kiranya tumpang je...ni sebenarnya Kolej A-Level..tp aku bersyukur sbb dpt study kat sini...Masa tu kolej ni baru di buka..kiranya kitorang ni pioneer...Masa tu namanya Kolej Matrikulasi Yayasan Saad...kitorang belajar kat situ setahun sblm sambung ke Degree di kampus UPM induk Serdang...KMYS miss u forever...

NUR AMEERA said...
This comment has been removed by the author.