Saturday, August 21, 2010

Pujuk Hati Sendiri


Salam. Hari ni dah 11 Ramadhan. Dan bulan ramadhan tahun ini, aku rasa dugaannya lebih berat. Bukannya dugaan sebab kena menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, tapi dugaan dan cabaran lain. Senang cerita, bulan yang ramadhan kali ini, banyak benar masalah yang menimpa.


Dah letih, dah penat luahkan masalah dekat orang. Dan luahan itu walaupun memberi sedikit ketenangan, tapi masalah itu akan tetap ada, dan takkan hilang begitu sahaja. Maknanya, kita memang tak boleh lari dari masalah, sebaliknya selesaikan masalah itu.


Kadang-kadang, kita persoalkan, kenapa masalah itu datang kepada kita. Kenapa dan kenapa. Sedangkan kita cuba sedaya upaya supaya masalah itu takkan datang, tapi ia tetap mahu muncul. Jadi, nak taknak ke hadapi juga masalah itu.


Nak settlekan masalah, bukannya sehari dua. Oleh itu, dalam proses nak selesaikan masalah, kita nak kena selalu pujuk hati sendiri. Ya, pujuk hati sendiri. Kenapa mesti diri sendiri yang pujuk? Sebab orang lain hanya mampu memujuk bila kita luahkan masalah. Jadi, takkan hari-hari nak ceritakan masalah kat orang.


Nak pujuk hati sendiri ni, maksudnya ingatkan diri kita, bahawa, setiap masalah yang menimpa, ada hikmahnya. Ada sebab Allah itu bagi kita cabaran dalam kehidupan. Antara sebabnya, nak suruh kita ni menjadi insan yang lebih kuat, lebih tabah dan lebih baik. Dan mungkin dengan diberi masalah, Allah mahu kita tidak lupa pada Dia.


Almaklumlah, manusia mudah lupa. Dan aku manusia. Insan yang tak lari dari melakukan kesilapan. Aku pernah terbaca kat mana entah, yang menyatakan, Allah bagi dugaan supaya kita sentiasa ingat dan berdoa pada Dia, sebabnya Allah rindu nak mendengar suara hamba-Nya.


Sekian, itu je catatan aku hari ni. Hari ni, terlalu banyak benda terjadi. Dan aku dah penat, dah letih untuk ceritakan benda yang sama. Sekian, salam.

9 comments:

Ummu safiyah said...

hwaiting ain.. haha.. tabahkan hati anda ye..

Nur Areefah said...

kuat ye ain!! if ada apa2, aku selalu disamping mu =)
btw, mgkn lagu rahmat ujian, dari mestika sedikit sebanyak boleh memberi motivation kat kita :)

MOFASAD said...

cool~

norain ishak said...

ummu, ye,tabahkan hati.pujuk hati sendiri.

nur, oh ye?nanti aku cari lagu.thanks nur.

mofasad, ye, cool2.haha.

Ummu safiyah said...

LOL.. aku ada lagu rahmat ujian tu. kau nak ke ain?

norain ishak said...

ummu, ye ker?nanti ar aku copy.weyh,aku nak g ireland.serius.

mInYe said...

sabar n doa je la yg mampu dibuat mase tgh sedih. aku pun mengalami tekanan yg melampau skrg ni.redha je laa..

SyAmSuL AnUaR said...

relex...tenangkan diri n perasaan..

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

norain ishak said...

minye, redha..

syamsul, ye, rileks..