Tuesday, August 24, 2010

Seronoknya Dapat Merapu Depan Orang & Seronoknya Berada Dalam Kelas Msian Studies


Salam. Huh. Penatnya hari ni. Tak tahu lah apa yang penat sangat. Dah la penat, mengantuk pulak tuh. Dengan sakit-sakit tulang belakang hari ni, membuat memberi cabaran betul buat aku yang berpuasa hari ni.


Paling tak boleh blah, aku rasa mengantuk yang gila kat kelas Malaysian Studies. Before ni, mengantuk macam mana pun, aku still awake dalam kelas. Hari ni pulak, ustaz pasang video. Bersandar sambil silang tangan. Dan, terlelap.


Tak lama pun terlelap. Terlelap 50 saat je kot. Sebab tiba-tiba macam kena kejutan elektrik. Bukak mata, nampak ustaz tengah pandang. Ceit. Kantoi. Habis tercalar lah reputasi aku. Ahah. Bulan puasa ni, aku macam lemah sikit lah. Kurang glycogen to be broken down to glucose kot.


Dah tu hari ni, ada medic forum plak. Turn group aku. Aku first presenter, mula-mula, shaking gak la tangan tu, lama-lama syok pulak merapu dan merepek pasal ethical issues of organ donation after death. Memang best ar medic forum sebab ada Q&A session.


Bila orang tanya soalan, rasa macam tengah diinterview plak. So, memang bagus la ada medic forum. Means that macam kita boleh bajet lah what kinds of questions yang maybe interviewer nak tanya. And aku rasa, bercakap di hadapan orang boleh buat kita more confident!


And hari ni, aku mendapati, sebenarnya seronok dapat bercakap depan orang ramai. Rasa macam dunia aku punya. Haha. So, bila lagi ek dapat bercakap depan orang? Oh, waktu presentation Malaysian Studies nanti.


Oh, entry hari ni ada gambar. Hehe. Ye lah, dah dua entry, aku biar kosong tanpa sebarang pitca. Hari ni ada ok.


Kelas Malaysian Studies. From right, Najwa, Mas and Ummu.


Walaupun mengasah bakat melukis, tapi kami still respek ustaz kat depan yang tengah mengajar. At least takde lah fall asleep terus kan. Pergh. Berbudi bahasa betul lah remaja ky ni, termasuk aku. Ahah.


So, that's all from me today. Nak pergi study Malaysian Studies. Sekian, salam.

2 comments:

Ummu Safiyah said...

hehe.. esok nntikan.. triple 6 oh!! haha.. aku nak beli sketch book ah utk mlysian studies.

norain ishak said...

ummu, lol.aku dah siap nak bawak buku sudoku dah ni.=p