Salam. Lagu raya, please! Ceh, baru puasa 2 minggu, dah kecoh nak raya kan. Almaklumlah, aku berjiwa kanak-kanak. Excited bab raya-raya ni. Raya setahun sekali je kot.Err, but puasa pun setahun sekali jugak kan. Suppose, kena fokus amalan bulan ramadhan kan? Eheh.
Oh ya, siapa yang tercari-cari nak download lagu raya, sila ke blog ohmalaysia.com
Okey-okey. Berbalik pasal kisah lagu raya. Korang suka lagu apa? Aku suka almost semua lagu raya. Tak kisah lah yang sedih ke, yang syahdu ke, yang hepi-hepi ke. Semua aku layan. Tapi, lagu raya yang paling aku suka, adalah, Dendang Perantau by P. Ramlee.
Paling tak boleh blah, aku siap guna lagu Dendang Perantau as alarm bangun pagi. Aku baru je tukar bunyi alarm semalam. Yang kelakar tu, bila alarm bunyi, aku terjaga, and terkebil-kebil, eh, hari ni dah raya ke? Hari ni dah bulan syawal ke?
Nasib baik lah neurone kat otak cepat menghantarkan impulse. Aku bangun dan sedar, bahawa aku masih lagi di bulan Ramadhan. And jangan gatal-gatal nak minum and nak makan. Belum raya lagi ya, cik ain.
Cerita pasal lagu raya, aku nak cerita pasal baju raya plak. Apa cer baju raya korang? Berapa puluh pasang? Aku takde lah sampai berpuluh-puluh, tapi kurang dari sepuluh la. Warna hijau, pink, purple and white. Tiga cotton and satu kain licin. Dua baju kurung biasa, satu baju kurung pahang, satu baju kain kembang payung. So, ada empat.
Tahun ni, tiba-tiba more than one plak baju raya. Cepatlah raya, so aku boleh gunakan baju raya as baju pergi kelas. Kalau pakai sekarang, dah tak raya lah baju tu en. Kasut raya? Tudung raya? Tak carik lagi. Cuti nanti kot.
Ramadhan di ky. Tahun ni selamba sikit. Lepas je tarawikh, minum-minum air yang ada, terus balik chalet dengan telekung. Malas nak pakai tudung dan malas nak freehair. Saja pakai telekung, sebab nak tunjuk imej kampung-kampung. Pergh. Rindu rumah aku di kampung.
Oh, esok aku pergi rumah tipah sebab on the next day, kena buat job attachment. Tak sabar. Sebab tak sabar nak cerita dalam PS. PS aku ni asyik tergendala je. La ni pun aku tengah buat part pasal aktiviti koku. Esok, mesti Mrs B tanya, so, kena buat lah to show how determine I am to apply for medical school.
InsyaAllah, sabtu petang, balik rumah kejap. Yippie. Nak berbuka kat rumah! Hari tu balik rumah, tak dapat peluang nak berbuka sebab tet. Okeylah, itu je cerita hari ni. Sekian, salam.
No comments:
Post a Comment