Juadah Raya. Tak sabarnya nak hentam!
Salam. Hari ni nak cerita pasal erm, erm, pasal raya. Hehe. Baru je nak masuk seminggu Ramadhan, dah kelam kabut nak cerita pasal raya. Apa kes? Takde kes, saja mengada nak imbas kembali nostalgia raya. Tak sabar oh nak raya. Cuti raya Ky start 4 September nanti. Cepatlah masa berlalu....
Okey, jom lihat benda-benda yang best time-time nak raya.
1. Pelita
Kalau bab-bab pasang pelita, tak lain tak bukan, memang kerja aku kat rumah. Mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun memasang pelita. Jari aku pernah hampir dijilat api sebab jari-jemari aku bergelumang dengan minya diesel, bukan minyak tanah. Kakak aku punya pasal lah ni salah beli minyak time tu. Nasib baik aku masih hidup tanpa sebarang kesan kebakaran. Cuma yang tak bestnya pasal pelita, lepas isi minyak and pasang, kena bekerja keras cuci tangan dengan sabun yang berprestasi tinggi untuk menanggalkan minyak.
2. Bunga api & Mercun
Waktu zaman kanak-kanak dulu, kakak aku lah yang selalu belikan bunga api pasar malam untuk aku. Seronok! Tapi dah besar sekarang ni, aku still main kot. But this time, kakak aku beli untuk anak dia lah, tapi aku tolong mainkan. Oh, childishnya aku. Pastu main mercun naga, mercun paling tak mencabar selepas pop-pop. Mercun roket, aku sekadar tengok abang ipar aku main je sebab aku tak cukup konfiden untuk main mercun roket untuk lawan dengan kampung sebelah.
3. Duit raya
Waktu kecik-kecik, ayah aku gaji tak banyak, so duit raya pun tak dapat. Pastu bila kakak-kakak aku dah kurang guna duit ayah aku untuk study diorang, and gaji ayah aku dah banyak sikit, baru lah aku dapat duit raya. Seronok weyh! Pastu sekarang, ditambah pula dengan kakak-kakak aku yang dah berkerjaya, pergh, lagi best lah! Pau duit raya dari diorang. Bertambah lah pendapatan duit raya aku dari tahun ke tahun. Tak cukup dengan itu, duit raya from makcik dan pakcik sedare juga bertambah sebab bertambahnya usia aku. LOL. Umur 18 tahun, takkan bagi duit raya RM2, atleast RM5 kot. Takpun RM10. Eheh. Mata duitan betul.
4. Drama raya
Aku sangat suka drama raya ke, drama puasa. Syok gila kalau latar belakang kat kawasan kampung-kampung. Happy-go-lucky je aku rasa cerita tu. Tapi jarang ar dapat tengok drama raya, sebab sibuk pergi raya rumah orang. Pergi raya rumah orang ni, drama ni, pergi raya rumah orang tu, drama tu. So, macam mana nak buat tu?
5. Kuih raya
Waktu zaman tak puasa, aku dilantik jadi tukang rasa bertauliah bila mak aku nak buat kuih raya. Pergh. Jeles gila kakak aku waktu tu. Yehaa. But, bila dah remaja, kakak aku balas dendam dengan makan and minum depan aku yang puasa bila dia tak boleh puasa. Ceit, kakak siapa lah tuh. Berbalik kisah kuih raya, sekarang ni mak aku tak bergiat dah dalam upacara buat kuih raya. Sekarang ni beli kuih tunjuk je. Papepun, still kuih raya, sedap dimakan time-time dah muak makan lemang, rendang, nasi impit segala.
6. Ucapan raya
Zaman skema dulu, siap hantar kad raya kat member-member. Tapi sekarang ni, macam takde hati nak hantar kad raya. Hantar sms sudah. Tapi masalahnya, hantar sms pun malas. Macam last year pun, aku just hantar ucapan raya kat best buddies aku je kot. Sekarang kan zaman facebook, post ucapan raya kat status je lah!
7. Pergi beraya
Ini aktiviti yang paling aku suka. Walaupun dah besar panjang and confirm tak dapat duit raya, aku suka pergi beraya tak kisah lah rumah siapa-siapa sebab dapat makan. Oyeah. Makan tu kan aktiviti kegemaran. Lebih-lebih lagi makan kuih raya. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk rasa setiap kuih raya dalam balang-balang kuih raya yang ada. Pergh. Tak sabarnya nak pergi beraya!
8. PENGUMUMAN RAYA!!!
Haaaaa, ini yang paling best. Serius, aku rindu nak tengok pakcik penyimpan mohor-mohor besar tu. Setahun sekali dua je dapat jumpa dia. Tahun ni tak jumpa lagi. So, pakcik, saya nak jumpa pakcik thru tv ya nanti. Rindu nak dengar skrip pengumuman raya, "adalah dengan ini, tarikh raya puasa, jatuh pada ........".
So, itulah lapan benda yang best kalau nak cerita pasal raya. Pasal baju raya, takde lah excited mana pun. Sebab baju raya pun baju kurung je, apa yang istimewanya baju kurung? Lain lah duit raya ke, pelita raya ke, drama raya ke, benda-benda ni hanya terhad pada musim raya je kan. Okeylah, dah masuk bulan raya, jangan lupa buat puasa enam pulak, ya. Sekian, salam.
3 comments:
ainnnn, makanan tu ngugat keimanan ah.. :(
hanis, sbb tu la puasa untuk menahan nafsu.hehe.puasa ke hari ni?
puasa!!! :D hahaha
Post a Comment