GeNG SuRAu.
Salam. Yehaaa! Seronoknya dapat balik rumah hari Jumaat yang lalu. Tapi hari Jumaat tu, aku just berbuka dalam kereta je. Ceh, macam lah berbuka sangat. Eheh. Tapi semalam hari Sabtu, memang best gila lah berbuka! Macam-macam ada, keli bakar ada, ayam barbeque ada, dengan kuih kole, kuih karipap, kuih jala, bubur, keli cili api, gulai kuning ikan tenggiri, aaaaa apa lagi yang aku tak sebut ya? See, memang best doe!
Pagi tadi, selepas breakfast, tengok tv channel astro oasis. Tengok info, Geng Surau. Eh, cerita apa ni. So, aku pun bukaklah. Macam best je. Sebab drama ni latar belakangnya macam kat kawasan kampung-kampung, orang kampung-kampung. Memang itu drama taste aku lah.
Cerita ni takde lah islamik bebenor, tapi okey lah mesej yang cuba dia sampaikan. Cerita ni korang tak perlu tension-tension, tengok dengan rileks je sebab ceritanya cam kelakar sikit. Kebetulan hari ni, astro oasis ulang balik from episod 1 sampai episod 4, perghh, best gila lah aku duduk sensorang depan tv sambil menonton dengan khusyuknya.
Okey-okey, now nak cerita pasal pelakon Geng Surau pulak. Pelakon dia takde lah cun mana, jelita mana, hensem mana, jambu mana, smart mana, tapi aku rasa bolehlah. Takdelah korang akan menyampah kalau tengok pelakon Geng Surau ni berlakon. Tapi, dalam banyak-banyak pelakon, aku paling suka yang...
Yang berbaju hijau berlebai putih, Beto Kusyairy.
Selasa-Sabtu, 7.30malam di Astro Oasis.
Serius, aku suka gila tengok Beto Kusyairy berlakon. Walaupun dia tak famous macam Fahrin Ahmad ke, Adi Putra ke, Hans Isaac ke, Shaheizy Sam ke, tapi aku tetap suka gila lah tengok Beto Kusyairy ni berlakon. Muka macam gangster-gangster sikit, tapi berlakon jadi orang yang dulunya jahat sedang berubah menjadi baik.
Aku tahu, korang pun tak paham kenapa aku suka tengok dia berlakon, tapi cuma aku nak cakap comel doe dia berlakon. So, silalah pergi tengok drama Geng Surau ni untuk melihat kecomelan Beto Kusyairy ni berlakon ya. Okey, ini sinopsis Geng Surau dipetik dari HMetro.
"Geng Surau menceritakan mengenai seorang pemuda nakal, Razif lakonan Beto Khusyairi yang pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak. Ada saja kerjanya yang membuatkan orang kampung marah seperti mencuri duit tabung surau. Selepas dia keluar dari pusat itu, Razif insaf dan mahu membuktikan kepada orang kampung yang dia sudah berubah menjadi baik. "
"Selepas tiga tahun meninggalkan kampungnya, Razif juga cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan masyarakat di situ. Bagaimanapun, ada orang kampung yang tidak percayakan Razif terutama Pak Suradi (Mat Over), Pak Abu (Azhan Rani) dan Tok Imam Hisham (Razak Ahmad). Oleh itu Razif yang semakin matang dan beberapa rakan karibnya berusaha menambat hati orang kampung dengan mewujudkan pelbagai kegiatan di surau kampung itu."
"Antara kegiatan yang dilakukan di surau kampung mereka, mengutip derma untuk surau dan mengadakan ceramah agama. Mereka cuba jadikan surau sebagai pusat komuniti masyarakat dan bukan saja untuk mendirikan solat lima waktu. Sepatutnya semua aktiviti kemasyarakatan bermula di surau itu. "
"Sebagai remaja, Razif juga terjerat dalam percintaan namun cintanya tidak kesampaian. Apabila Razif keluar dari pusat pemulihan, gadis yang dicintai, Azreen (Anita Baharom) sudah bertunang dengan rakan baiknya, Lokman (Amran Ismail).Tanpa disedari Razif, seorang lagi gadis sekampungnya, Uddy (Intan Nor Saina) sangat menyintainya dan sanggup menunggu Razif. "
Okeylah, hari ni banyak benda nak kena buat. Siapa yang tengok cerita geng surau kat rumah tu, update-update kan lah aku untuk episod seterusnya. Hehe. Sekian, salam.
Pictures credit to : AJAMIHASHIM
6 comments:
haha.. ini kerja kau balik umah aa?
mcm best ja cite nie.
best ke cite ni...nmpk biasa je...(-_-)"
Saya Suka Cara Kamu Berfikir
wahhh... kantoi~
tak puasa awal ramadhan nie~
hahah
paperpun..
cambest je citer nie!
ummu, memang best weyh!btw, duk umah keje aku memang tgk tv lah.
syamsul, yang nampak biase ni lah slalunye best.
mofasad, perempuan kot.citer ni serius sempoi..!
salam ziarah...
terima kasih atas maklumat mgnai pelakon geng surau.. sy pun suka tgk cerita nie,tp selalu lupa nk tgk nama si MAYAT.. hehehe...
suka gak tgk si Beto Kusyairy nie, mmg byk cerita dia berlakon, tp lupa lak nama2 cerita dia tue.. jom layan geng surau... :)
shi ma, takde ape2 pun utk diterimakasehkan.haha.saye suke gile ar citer ni sebab ade beto, watak die dlm ni kerek+cute+selamba. layan geng surau bagi pihak saye ye.eheh.
Post a Comment