Salam. Hari ni aku nak bercerita. Tak tahu lah best ke tak sebab aku bukan pencerita yang baik. Aku cerita ni bukan bertujuan nak burukkan mana-mana orang, cuma sekadar nak luahkan ke-bengang-an di hati.
Itu dia Mr Prodigy yang merawat luka di hati.
Pada satu hari, di sebuah kelas IELTS yang terletak di Lembah Beringin. Kelas IELTS adalah antara pukul 8.15am hingga 8.55am. Kebiasaannya, kalau duration kelas hanya 40 minit, kelas akan bermula seperti biasa yakni pada pukul 8.15am. Tapi kalau duration kelas antara pukul 8.15am hingga 9.40am, cikgu IELTS aku bagi chance untuk start kelas lewat sikit yakni pada pukul 8.30am.
Nak dijadikan cerita, hari ni cikgu IELTS aku takde. Tapi Head of Department English yang ganti. Dia masuk kelas, and bebel sebab ada beberapa orang student datang 8.30am. Aku takde di tempat kejadian sebab aku tengah print somethings. For your information, aku datang pukul 8.15am sebab takut kelas start pukul 8.15am.
Head of Department tu baik tapi agak strict. So, dia macam tak suka lah student datang pukul 8.30am. Pastu maybe ada classmate aku cakap kat dia yang kelas hari ni patut start 8.30am. Wowo. Ni dah susah ni, sebab nanti cikgu IELTS aku pulak yang kena pasal students dia lambat.
Pastu ada lah seorang gadis bernama Han yang tak mahu cikgu IELTS aku dikondem, katanya nak tulis dekat kertas attendance hari ni, yang student yang salah sebab lambat, bukan salah cikgu IELTS aku. Pastu aku tak perasan apa Han cakap, and then aku kata, budak yang datang after 8.15 lah yang kena mengaku salah. Lebih kurang macam tu lah maksud aku.
Okey fine. Buat kerja-kerja. Pastu dah habis masa. Si Han bersuara, ni sapa nak hantar kertas attendance ni, bla bla bla. Pastu Han points kat orang datang awal macam aku. Kalau si Han nak perli-perli nak suruh aku hantar kertas attendance tu, aku tak kisah lagi. Sebab orang memang tahu si Han tu macam mana. Tapi bila kawan si Han, yang bernama Har cakap macam ni, eh Ain datang awal kan, hantar kanlah.
Ish. Bengkek gila aku rasa. Aku terus ambik kertas attendance tu and terus blah dari kelas IELTS. And then rushing pergi kelas Head of Department tu. Sumpah, aku menyampah doh! Classmates lain pun perasan aku tengah gila menyampah tadi. Tapi malas lah nak sumpah seranah. Sebab sumpah seranah bukan cara aku lah. Tambah dosa aku je sakitkan hati orang.
Kalau Han dan Har rasa terasa apa yang aku cakap yang berbunyi, "budak yang datang after 8.15 lah yang kena mengaku salah" , aku mintak maaf walaupun aku tak rasa aku salah. Aku just cakap apa yang betul. Aku datang 8.15, so kau dua orang nak aku turut serta mengaku salah sebab datang lambat kah? Aku just tak paham, kenapa sinis sangat dengan aku?
So, itu ceritanya. Cuma aku terpikir, kadang-kadang orang yang pakai kurang sopan pun boleh sopan waktu nak melontarkan ayat, tapi, orang yang aku respek, pakai sopan dari aku, lontarkan ayat-ayat menyakitkan hati dekat aku. Takpe. Ada hikmah. Hikmah bersabar pada hari pertama Ramadhan. Dapat pahala tu.
Apa yang lebih penting aku rasa hari, budak surau ke tak budak surau, kalau percakapan tak reti jaga, takde maknenya jugak.Perhatian, aku tak bermaksud nak mengamalkan konsep surausim ataupun chaletism ya. Cuma, respek lah sikit, bukannya banyak aku mintak eventho aku ni yang tak se-alim kau dua orang, tak se-genius kau dua orang, tak se-bagus kau dua orang, ataupun mrsm taiping sekolah aku tak se-hebat sekolah kau dua orang.
Pepatah ada berbunyi, lidah itu lebih tajam dari pisau, so, jagalah lidah jangan sampai ia menjadi pisau yang bisa menghiris hati orang lain. Sekian, salam.
p/s-selamat berpuasa.
8 comments:
lol.. kembali bersara..lol..
uishh..marah sguh ain..sabaq2..
ngahaha
posa tak mo marah2...
paperpun
ketuk je dak 2!
>>_________<<
wooowooo,,,mrsm tpg kot.sape kata xhebat.hahahaha :DD
ummu, ye bersare lol.
shikin, ye, tgh sabor lar ni cikin.
mofasad, LOL. tak baik ketuk anak orang.haha.
erna, saje je rendah diri.budak tepeng kot.
I would like to exchange links with your site dunianorain.blogspot.com
Is this possible?
anony, yeah,sure.
anony, yeah,sure.
Post a Comment