Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Entry Pra-Merdeka 4 : Ciri Bonus Pasangan Pilihan


Assalamualaikum.


Baru bukak kedai dobi depan chalet. Ingat nak bukak kedai dobi after chem paper 1 esok, tapi sebab dah penat tengok notes chem, basuh baju lah pulak. So, esok, Najwa Afwa pulak laa mendobi. =]


Erm, hari tu masa kat rumah, aku belek laa majalah mingguan wanita. Sempat lagi tu padahal time tu tak khatam lagi buku bio cie tu. Ada satu page ni, pasal seorang lelaki bujang ni, decorate rumah dia. Perh, kagumnya aku! Teruja!


Jadi, kalau nak kira otak demand aku, selain nak husband yang pandai memasak (perempuan jugak berhak memilih, bukan lelaki je tahu nak isteri pandai masak), aku pun demand nak yang pandai deco rumah macam Eric Leong, tapi aku taknak laa Eric Leong, dia takde rambut. Hoho.


Oh berbalik pada lelaki dalam majalah tu, memang cun gila lah dia decorate ruang tamu, dapur, and bilik dia. Seronoknya laa hai. Imagine, korang(perempuan), balik rumah, and tengok husband korang hias-hias rumah cantik-cantik. 


Bestnye hai.


Dah lah rumah cantik, ditambah pula dengan rumahtangga yang bahagia, berganda-ganda kebahagiaan itu kan. Ahhhh nak kawen dengan interior designer ar macam ni. LOL!


So, actually benda alah ni yang initiate aku nak buat cerpen baru ni. Tengah pikir camne nak buat jalan cerita tak jadi cliche and apa kesudahan ceritanya.


Okeylah, tidur dulu der. Harap mimpi indah malam ni. Sekian, wassalam.


Friday, February 4, 2011

Sweetnya! Ceh.


Assalamualaikum.

Hey. Sweet tu apa haa? Aku lately ni, banyak sangat lah tengok drama korea. So, tahu-tahu je lah penulis drama korea macam mana en. Semua nak buat adegan sweet-sweet. but, bagi aku adegan sweet-sweet tu bukan adegan kiss-kiss okey, tapi more on the way a person treat another person.

Aku teringat episod 4 cerita Single Daddy In Love malam semalam. Perempuan tu kata, awak boleh pegang tangan saya kalau awak rasa sejuk. And Oh Jiho pun malu-malu genggam tangan perempuan tu and masuk dalam poket baju sejuk dia. And and, aku pun tutup muka tangan kiri, sebab taknak ayah aku tengok aku dah senyum gila-gila.

Oh ya, pelakon kegemaran aku sekarang Oh Jiho. Dia tak jambu, ada muka kelakian dan paling penting i can see the qualities of bapa penyayang dalam lakonan dia dalam drama tu. Sweet lagi! Okey, maafkanlah penyakit angau aku ni. Minye pun dah sedia faham penyakit yang takde ubat ni. Err, aku rasa kawan-kawan terdekat aku pun dah tahu penyakit aku ni. Hoho.

Kat fb siang tadi, aku kata,

There were some muda-mudi endon around me just now at ktm ukm. Suddenly aku rasa macam aku sedang jadi xtra dalam sinetron endon. Serius.

Aku tak tahu kenapa, aku berasa teruja gila time tu. Mereka waktu tu depan kaunter tiket ktm ukm, and aku pulak duduk depan tu. Sambil tu baca majalah solusi(eh, sweetnya gadis yang baca majalah tu,HAHA), and dengar lah diorang speaking endon sebijik dalam drama. Bukan apa, selalunya aku dengar slang endon yang lain, contohnya cam bibik-bibik,buruh-buruh.

Yang aku jumpa siang tadi, memang aku rasa student kot yang belajar abroad kat negara kita. Maybe lah. Terngiang-ngiang lah percakapan diorang tu. And one of dialog yang aku dengar, ada seorang guy ni yang maybe tiru skrip dalam sinetron Safa & Marwah dia kata, "aku ni gantang bukan?" dekat kawan perempuan dia.

LOL. Nasib baik endon. Kalau melayu, aku dah muntah time tu jugak. And nasib baik muka beliau ala-ala hero sinetron tu. HAHA. Orite lah, itu je ceritanya. Kejap-kejap, ada sesiapa mempunyai definisi mengenai 'sweet'? Aku selalu guna term tu tapi sendiri tak sure maksud dia. So, nak tahu gak la maknanya.

Okey, daaa! Wassalam.

p/s-lagha betul lah entry hari ni.

Sunday, September 26, 2010

Pemikiran Lovey-Dovey


Salam. Morning. Kesian mata aku. Tak cukup rehat. Malam tadi merayau di alam maya. And also texting-texting. One of the person yang aku selalu texting, of course with obese girl.


Weh,ain!
Per?ade cer baru ke?


Haha.cer br? Busy gler! W0rst! K0?
ko busy per *****?busy bercinte ke hape?haha.takde cer.esok pagi nak kuar g tg malim nk makan kfc.haha.


Kalo nk taw ak busy pe,bukak bl0g ak.damn.byk gler keje n exam plak tu n kuliah at da same time.haha.l0st gler.
aha.dah bace suda.ceh.**** **** ***** blog ko yer.aha.jeles 3saat.takpelah *****.amek je lah die.die ****** la.hakhak.


Haha..btol,ain?ak bley amek dy? Haha. (Ntah2,kite due lngsg2 x dpt dy).ak p0n da lame sgt citer ****.br je dgr cite dy.
btol ***.ameklah die.haha.lately,aku xde hormon angau2 la.why why?even hari tu raye umah **** pun mcm feelingless je sdgkan b4 ni kalo jumpe,aku mesti angau.


Eceh..feelingless ha.ak? Undefined. Cnnt predict. Bainch.ak p0n xtaw.ske hanya minat.haha.to l0ve s0me0ne is hard b'c0z u hv 2 gain s0me trust.0h,damn. Susa nk ske org.
sng la suke org when dat some1 fulfill ur criteria.yg susa if to choose that some1 as ur whole-life partner.ceh.cam dr philosophy plak.urm,maybe aku da matang sket kot.takde pemikiran remaja lovey-dovey anymore.haha.


Pemikiran remaja lovey-dovey? Entah. Aku rasa, most of the teenagers outside there, memang suka dengan berkait dengan cintan-cinton ni, berpakwe dan bermakwe. For example yesterday, aku pergi makan kat cafe, and one of my friends cakap, oh sweetnya couple tuu. At that time, aku pikir, sweet? Biasa je.


Dulu, maybe aku ada that kind of thinking such as, oh sweetnya mereka, baiknya boyfren dia bagi hadiah, and others 'romantic thingy'. But now, aku rasa, yeww. Poyonya. Haha. Bukan bermakna aku jeles, tapi memang aku rasa ianya sangat poyo, okey.


Another things pasal coupling-coupling is about texting all the time and calling-calling. Perlu ke texting sepanjang masa to tell whatcha doing now? Dah makan ke belum? Dah mandi ke belum? Tengah buat apa tuh? Gudnite honey bunny. For me, that kind of texting is so lame. And their relationship are lame too.


Aku cakap camtu because, I believe that, a relationship tak bermakna you have to text or call your partner everyday and so many times in a day. Wowo. Suddenly aku terpikir, sesebuah relationship itu, apa tujuannya? For fun, to fill up your teenagers time? Carik pengalaman bercinta? Oh saja habiskan masa dan duit? Think.


"Ala ain, kau takde pakwe, memang lah pikir macam tu,"


Helo. This is not about ade pakwe or not. Ini cuma pemikiran waras aku yang berkata bahawa relationship based on texting, calling, meeting everyday tak ke mana. And also kinda of boring things, i guess.


" Nanti macam mana nak kawen if you dont hv any special relationship with anybody?"


Jodoh tak ke mana. But still kena usha, ops, i mean usaha. Hehe. I dont have any idea about this until aku dah gapai cita-cita nak jadi doktor. Just pray that Allah temukan dengan insan yang soleh. Amin. You you, aminkan cepat.


Alright, that's all. Thanks for reading. Salam.

Saturday, September 18, 2010

Payahnya Mencari Cinta Sejati


" Saya bukan mencari perempuan, tapi saya mencari cinta.."-kasyah


Salam. Aku baru je selesai menonton filem lagenda budak setan. Meleleh air mata. Sedih doe. Tak sure lah apa yang sedih sangat. Maybe background music kot yang bagi impak emosi sedih tu. And aku pasti, semua orang tahu tema cerita itu adalah mengenai cinta sejati kan.


Well, cinta sejati itu memang susah nak dicari. Bagi contoh macam Kasyah dalam LBS. Dia still cintakan Ayu eventho rupa Ayu bukan Ayu yang dia angaukan dulu. Means that, dia sayangkan Ayu, bukan sebab rupa Ayu itu, tapi sebab 'Ayu' tu sendiri. But, berapa ramai orang seperti Kasyah?


Susah nak carik orang yang betul-betul sayangkan partner mereka bukan kerana rupa. Most of us mesti nak carik yang cun, comel, jelita, cantik, hensem, kacak, jambu, cute dan sebagainya. Looks always comes first. And then baru take into account perangai, sikap and bla bla bla. Kononnya love at first sight lah.


Semalam aku balik kampung Perak untuk ziarah opah aku yang quite uzur and atuk tiri aku. Atuk tiri aku lar yang jaga opah aku. Jaga makan minum, berak kencing, mandi, pakai baju and bla bla. Kiranya atuk aku yang buat semua. Sekarang aku nak tanya, korang sanggup tak buat macam tu bila korang dah tua nanti?


If korang kata korang tak sanggup, maknanya cinta korang tu memang tak sejati langsung. Cinta poyo semata-mata. Aku percaya, yang atuk aku buat semua tu sebab kasih and sayangnya dia pada opah aku. Kalau lelaki entah apa-apa, mesti dia biarkan je isteri dia sakit sorang-sorang kan.


Kalau korang maybe ada berfikiran yang atuk aku buat semua tu for the sake of harta, pun takde maknanya sebab opah aku bukan orang berada.


Okey, masuk cerita lain. Sometimes kita mesti terpikirkan, "oh macam mana lah suami aku nanti eh?". But, ada tak yang terpikir, "oh macam mana lah family suami aku nanti eh?". Orang selalu cakap, " I bukan kawen dengan u je, but dengan family u sekali,". Ini sekali lagi menguji perasaan cinta itu.


Aku dah ada tiga abang ipar, and aku harap aku ni disenangi oleh mereka. Sebab sometimes aku terpikir adakah sikap aku ni okey atau tidak pada mereka. Aku rasa okey je, sebab aku jenis sempoi je. But, like i said just now, macam mana pulak dengan family suami?


Ah. Mesti korang cakap aku dah buang tebiat cakap pasal kawen-kawen ni. Tapi, inilah benda yang kita kena hadapi one day. Mak mertua, bapak mertua, biras, adik ipar, abang ipar, kakak ipar and lain-lain. Susah nak cari family mertua yang sehati sejiwa macam kita jugak.


Macam kakak aku yang second, aku memang kenal betul lah dengan family husband dia sebab sekampung. Ada satu ketika tu aku cakap, "angah, aku nak share mertua dengan ko,". Sebabnya family husband dia memang baik. But then dia cakap, "ah takde takde, tak berkembang keluarga".


Payah betul bila memikirkan benda-benda macam ni. So, baik tak payah fikir. Dan fokus pada study en? Dah dah ain, pergi buat ukcat! Salam.

Thursday, July 29, 2010

Je t'aime, Je t'adore..


You know you love me. I know you care. Justin Bieber again weyh.


Salam. Hari ni mari kita layan jiwang dengan bahasa Perancis. Haha. Ni semua gara-gara kat kolej aku ada cikgu chemistry yang ada French accents yang agak pekat. Mathematishion (mathematian), concetrashion (concentration), leobol (label) adalah words glamour yang dah jadi sebutan. Dah macam loghat negeri sembilan pun ada sebab ending dia ada O O bunyinya tu.


Dah tu, bajet macam orang takde kerja, bukak youtube sebab nak belajar cara French people pronouce numbers and alphabets. Seronoknya kalau dapat belajar bahasa asing especially French. Ye lah, bahasa Perancis ni kan famous sebagai love language. Jadi boleh lah dipraktikkan sebagai madah-madah cinta dalam gerbang perkahwinan. Haha.


So, mari kita belajar beberapa quote-quote French yang jiwang sikit ni. Haha.


Je t'aime..
I love You..

Je t'adore..
I adore You..

Tu es ma joie de vivre..
You are the joy of my life..

Tu es mon mon amour..
You are my love..

Mon amour pour toi est éternel..
My love for you is eternal..

Mon amour pour toi est si grand que le Mond..
My love for you is as grand as the world..

Tu es mon mon amour..
You are my love..

Tu es mon homme..!
You are my man..!

Tu es magnifique..!
You are amazing..!

C'est pour toi que je suis..
I am here for you..

Toi et moi- Ça ne changera pas..
You and me- It doesn't change..

Tu es ma meilleure amie..
You are my best friend..

Amour de ma vie..
Love of my life..

J'veux etre avec toi..
I want to be with You..

Ton amour est précieux comme l'or..
Your love is precious as gold...


Tapi dalam bab sebutan yang betul, aku tak tahu lah pulak. Kalau cikgu chem aku cikgu French tu, aku dah selamba dah pergi tanya macam mana nak sebut. Hehe. Nanti lah, bila segala urusan aku dah selesai, aku nak belajar jugak bahasa French ni. Especially cara dia pronouce. Terbelit lidah aku kot bila nask sebut macam dia sebut dalam youtube tuh.


Okeylah, itu je nak cerita hari ni. Tetiba teringat novel aA+bB. Teringat addin dengan benz guna bahasa apa entah waktu time diorang nak dancing. Sweet gila. Jadi, aku akhiri entry hari ini dengan ucapan salam dan...


"Aimer et être aimé sera la grande affaire de toute notre vie." ~ Rousseau.
"To love and be loved will be the greatest event in our lives."

Saturday, July 24, 2010

I Talk About You Because I Like You


Salam. Entry ni aku dedicate khas untuk kawan aku ni. Nama dia Nimsay. Dia seorang yang sengal. Haha. Sebab tu dia ambik course chemistry kat UKM. So, sebab dia sengal, dia nak belajar kimia seumur hidup dia kat UKM tu. Hehe. Nimsay, jangan marah. Nanti kena jual dekat budak comel tu. Hahah.


Dalam hati ada bunga ros.


Nak dijadikan cerita, tadi aku bersembang sengal dan merapu dengan beliau. Tentang life beliau. Dan yang paling penting pasal boy friend beliau. Haha. Beliau single okey. So, saja lah tanya, kot-kot beliau dah ada boyfriend kat UKM tu. And dia kata takde. But then she mention satu nama lelaki ni. Nama dia Abu. Google nama Abu tu kalau berminat. Abu comel, tahu.


Nimsay pun cerita lah pasal Abu ni. Pasal kebaikan Abu, ke-caring-an Abu and bla bla bla pasal Abu. Dalam hati ada taman tiba-tiba. Aku pun tuduh Nimsay tu suka kat Abu. Nimsay menafikan. Dan aku terus tuduh dan tuduh lagi. Haha. Padan muka dia. Dah lama tak buli Nimsay. Sorry, nim! Okey kejap-kejap, persoalannya kenapa aku tuduh macam tuh?


Mengikut pengalaman aku sebagai perempuan, kalau kita selalu bercakap pasal seseorang, ini bererti kita suka dekat orang itu. Contohnya macam Nimsay yang cerita pasal Abu dia tu. Kalau tak kenapa dia taknak cerita pasal Ali ke, Gopal ke, Snejider ke, or apa-apa aje. Lebih-lebih lagi kalau cerita pasal kebaikan, pasti ada sedikit rasa suka dalam hati tu. Betul.


Nak lagi contoh macam aku. Chaletmates aku muak dengar aku cerita pasal Messi dan David Villa dan Casillas sebab aku suka bercakap pasal diorang. Kenapa aku cakap pasal diorang, sebab aku suka diorang. So boys, boleh korek cerita dari kawan girls kalau nak tahu si polan ni suka anda ke tidak by asking them, "Does that girl talk about me?".


Tapi suka kat sini subjektif, Mungkin suka saja-saja. Mungkin suka sampai nak ke akad nikah. Haha. Bayangkan aku dengan David Villa bersanding. Mustahil gila. Jadi suka aku ini diklasifikasikan sebagai suka saja-saja. Takde makne lah sampai nak kawen-kawen ni. Dan Nimsay pulak, mungkin suka Abu as a friend or as a adik, kan nim?


Oh ya, kenapa eh aku cakap bila kita suka, kita akan cakap pasal dia? Sebab otak kita selalu fikir pasal dia kot. Huhu. Or mungkin sebab takde peluang untuk cakap, "eh, aku suka kau.". And so, dengan bercerita pasal dia, dapat mengurangkan beban dan niat kata-kata terpendam dalam hati yang ada cinta. Ceit. Cinta lah sangat. Cinta kat Allah pun tak berapa kuat. Haih. Kena baiki cinta pada Allah ni dulu, ya kawan-kawan.


So, itulah teori entah apa-apa aku. Tapi, bestfriends aku memang cukup paham, kalau aku dah terangau, nasib korang lah dengar aku cerita pasal orang itu setiap hari sampai hilang penyakit angau tu. Haha. Korang pulak macam mana, macam aku jugak ke? Sekian, salam.


p/s- Now, aku bercerita pasal Mat Jenin dalam diari private aku je, nanti kekecohan bakal berlaku kalau cerita dekat public.