Saturday, September 18, 2010

Payahnya Mencari Cinta Sejati


" Saya bukan mencari perempuan, tapi saya mencari cinta.."-kasyah


Salam. Aku baru je selesai menonton filem lagenda budak setan. Meleleh air mata. Sedih doe. Tak sure lah apa yang sedih sangat. Maybe background music kot yang bagi impak emosi sedih tu. And aku pasti, semua orang tahu tema cerita itu adalah mengenai cinta sejati kan.


Well, cinta sejati itu memang susah nak dicari. Bagi contoh macam Kasyah dalam LBS. Dia still cintakan Ayu eventho rupa Ayu bukan Ayu yang dia angaukan dulu. Means that, dia sayangkan Ayu, bukan sebab rupa Ayu itu, tapi sebab 'Ayu' tu sendiri. But, berapa ramai orang seperti Kasyah?


Susah nak carik orang yang betul-betul sayangkan partner mereka bukan kerana rupa. Most of us mesti nak carik yang cun, comel, jelita, cantik, hensem, kacak, jambu, cute dan sebagainya. Looks always comes first. And then baru take into account perangai, sikap and bla bla bla. Kononnya love at first sight lah.


Semalam aku balik kampung Perak untuk ziarah opah aku yang quite uzur and atuk tiri aku. Atuk tiri aku lar yang jaga opah aku. Jaga makan minum, berak kencing, mandi, pakai baju and bla bla. Kiranya atuk aku yang buat semua. Sekarang aku nak tanya, korang sanggup tak buat macam tu bila korang dah tua nanti?


If korang kata korang tak sanggup, maknanya cinta korang tu memang tak sejati langsung. Cinta poyo semata-mata. Aku percaya, yang atuk aku buat semua tu sebab kasih and sayangnya dia pada opah aku. Kalau lelaki entah apa-apa, mesti dia biarkan je isteri dia sakit sorang-sorang kan.


Kalau korang maybe ada berfikiran yang atuk aku buat semua tu for the sake of harta, pun takde maknanya sebab opah aku bukan orang berada.


Okey, masuk cerita lain. Sometimes kita mesti terpikirkan, "oh macam mana lah suami aku nanti eh?". But, ada tak yang terpikir, "oh macam mana lah family suami aku nanti eh?". Orang selalu cakap, " I bukan kawen dengan u je, but dengan family u sekali,". Ini sekali lagi menguji perasaan cinta itu.


Aku dah ada tiga abang ipar, and aku harap aku ni disenangi oleh mereka. Sebab sometimes aku terpikir adakah sikap aku ni okey atau tidak pada mereka. Aku rasa okey je, sebab aku jenis sempoi je. But, like i said just now, macam mana pulak dengan family suami?


Ah. Mesti korang cakap aku dah buang tebiat cakap pasal kawen-kawen ni. Tapi, inilah benda yang kita kena hadapi one day. Mak mertua, bapak mertua, biras, adik ipar, abang ipar, kakak ipar and lain-lain. Susah nak cari family mertua yang sehati sejiwa macam kita jugak.


Macam kakak aku yang second, aku memang kenal betul lah dengan family husband dia sebab sekampung. Ada satu ketika tu aku cakap, "angah, aku nak share mertua dengan ko,". Sebabnya family husband dia memang baik. But then dia cakap, "ah takde takde, tak berkembang keluarga".


Payah betul bila memikirkan benda-benda macam ni. So, baik tak payah fikir. Dan fokus pada study en? Dah dah ain, pergi buat ukcat! Salam.

13 comments:

Nur Areefah said...

huhuhu tulaa kann..tak tahu kenapa cerita tu boleh buat ramai meleleh..mgkn tu lahh sebab music latar belakang tuhh..sayu abes kott~

btw, bestnyaa dah ada ramai ipar...
xsabar nak kawen..ekekeke..

Ateey said...

eh eh...hormone kahwin dan muncul

Anis. said...

hehe nice kot entry nih^^

Hanis Amanina said...

haha.
aku pun selalu fikir penerimaan family bakal suami tuh.

dan memikirkannya rasa sangat scary hee

Norain Ishak said...

nur, kawen tak best.kena jaga anak, jaga suami.haha.

atiqah, a'ah, memang tengah datang hormon kawen pun.

aku junsu, bedtime story je.hehe.

hanis, ya.dapat mak mertua cerewet, abg ipar gatal miang, kakak ipar mulut laser.huh!

Yasmin Yahaya said...

aha.. aku x terfikir lg sume tuh... sgt cmplicated~

atie rahaman said...

nice entry :)

Norain Ishak said...

minye, ala min.obes tak boleh pikir benda2 camtuh.nanti bertambah obes.ahaha.

atie, thankks.

Hanis Amanina said...

haha..lagi2 kalau tak reti masak.. habis ahhhhh

Norain Ishak said...

hanis, err tak reti masakkk.btw, kakak aku tu tak reti sgt masak.sebab tu nk share mertua dgn beliau.ahaha!

Hanis Amanina said...

hahhaa.. habis ar makcik tu dapat 2 menantu camtu gayanyeeee.. takpe2.. nnti ko kat uk, sure hebat la masak.. :D

meera92 said...

herm..kadang2 bila aku pikir balik betul ape yang ko cakap..tapi an macam ko cakap tadi, study dulu..masalahnya..camne kalau dah couple??huhuhu

Norain Ishak said...

siti, kalo dah couple?no komen sebab tak tahu couple tu macam mana.haha.cuma aku nak tanya kat orang couple, sure ke dia nak kawen dengan bf/gf dia in the future?kalo just for fun,lu pikirlah sendiri bak kata nabil.