Saturday, July 24, 2010

I Talk About You Because I Like You


Salam. Entry ni aku dedicate khas untuk kawan aku ni. Nama dia Nimsay. Dia seorang yang sengal. Haha. Sebab tu dia ambik course chemistry kat UKM. So, sebab dia sengal, dia nak belajar kimia seumur hidup dia kat UKM tu. Hehe. Nimsay, jangan marah. Nanti kena jual dekat budak comel tu. Hahah.


Dalam hati ada bunga ros.


Nak dijadikan cerita, tadi aku bersembang sengal dan merapu dengan beliau. Tentang life beliau. Dan yang paling penting pasal boy friend beliau. Haha. Beliau single okey. So, saja lah tanya, kot-kot beliau dah ada boyfriend kat UKM tu. And dia kata takde. But then she mention satu nama lelaki ni. Nama dia Abu. Google nama Abu tu kalau berminat. Abu comel, tahu.


Nimsay pun cerita lah pasal Abu ni. Pasal kebaikan Abu, ke-caring-an Abu and bla bla bla pasal Abu. Dalam hati ada taman tiba-tiba. Aku pun tuduh Nimsay tu suka kat Abu. Nimsay menafikan. Dan aku terus tuduh dan tuduh lagi. Haha. Padan muka dia. Dah lama tak buli Nimsay. Sorry, nim! Okey kejap-kejap, persoalannya kenapa aku tuduh macam tuh?


Mengikut pengalaman aku sebagai perempuan, kalau kita selalu bercakap pasal seseorang, ini bererti kita suka dekat orang itu. Contohnya macam Nimsay yang cerita pasal Abu dia tu. Kalau tak kenapa dia taknak cerita pasal Ali ke, Gopal ke, Snejider ke, or apa-apa aje. Lebih-lebih lagi kalau cerita pasal kebaikan, pasti ada sedikit rasa suka dalam hati tu. Betul.


Nak lagi contoh macam aku. Chaletmates aku muak dengar aku cerita pasal Messi dan David Villa dan Casillas sebab aku suka bercakap pasal diorang. Kenapa aku cakap pasal diorang, sebab aku suka diorang. So boys, boleh korek cerita dari kawan girls kalau nak tahu si polan ni suka anda ke tidak by asking them, "Does that girl talk about me?".


Tapi suka kat sini subjektif, Mungkin suka saja-saja. Mungkin suka sampai nak ke akad nikah. Haha. Bayangkan aku dengan David Villa bersanding. Mustahil gila. Jadi suka aku ini diklasifikasikan sebagai suka saja-saja. Takde makne lah sampai nak kawen-kawen ni. Dan Nimsay pulak, mungkin suka Abu as a friend or as a adik, kan nim?


Oh ya, kenapa eh aku cakap bila kita suka, kita akan cakap pasal dia? Sebab otak kita selalu fikir pasal dia kot. Huhu. Or mungkin sebab takde peluang untuk cakap, "eh, aku suka kau.". And so, dengan bercerita pasal dia, dapat mengurangkan beban dan niat kata-kata terpendam dalam hati yang ada cinta. Ceit. Cinta lah sangat. Cinta kat Allah pun tak berapa kuat. Haih. Kena baiki cinta pada Allah ni dulu, ya kawan-kawan.


So, itulah teori entah apa-apa aku. Tapi, bestfriends aku memang cukup paham, kalau aku dah terangau, nasib korang lah dengar aku cerita pasal orang itu setiap hari sampai hilang penyakit angau tu. Haha. Korang pulak macam mana, macam aku jugak ke? Sekian, salam.


p/s- Now, aku bercerita pasal Mat Jenin dalam diari private aku je, nanti kekecohan bakal berlaku kalau cerita dekat public.

3 comments:

mInYe said...

hahaha.. ain.. perlu ke?? kalo aku cite psl keburukan beliau, adalah mengaibkan dier..konpius2

Keretapi said...

betul lah tu. mesti nama orang tu gak timbul. mesti nak sebut nama die banyak2 kali. mesti nak cerita pasal die je. pasal kucing dia, pasal hamster dia, pasal abang kakak dia, selagi ada kaitan pun boleh jadi topik.

pastu nanti bila orang saspek pastu ejek2 mula la melenting. --"

norain ishak said...

minye,ah takde2..min tipu.haha.

keretapi, haha.cakap iku pengalaman eyh?hehe.