Monday, August 13, 2012

Pesanan Ringkas Ber-HariRaya

Assalamualaikum.

Tak sangka kita ni dah di penghujung Ramadhan kan? Ermm rasanya di penghujung Ramadhan ni cabaran dia lain macam. Lagi mencabar dari awal Ramadhan. Sepuluh malam terakhir lah adanya malam Lailatul Qadar, jadi yang lemah, tak dapat lah mencari malam ini, dan yang kuat, terus istiqamah melakukan qiyamulail. Kita ni termasuk dalam golongan mana? Ke dah syahid nak berhari raya?

Tepuk dada, tak perlu tanya selera, tanyalah iman, bagaimanakah ia hari ini? Moga saki-baki Ramadhan yang ada, kita tidak putus-putus memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang sengaja dan tidak sengaja kita lakukan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun.

Tapi janganlah dah beriya-iya minta ampun, masuk je Syawal kita bersuka ria melakukan dosa pula! Antara kesalahan yang berpotensi kita lakukan adalah seperti :

1. Ada sesetengah orang, tidak biasa menutup aurat bila di dalam rumah sendiri. Ingat ya, aurat kita bukan sahaja di luar rumah, tapi kalau orang bukan muhrim kita datang ke rumah, wajib lah kita menutup aurat!

2. Maklumlah dah tak berpuasa, kita balun segala makanan yang ada. Hindarilah sifat tamak, kang perut kita sendiri juga yang sengkak. Bila dah sengkak, tidur membuta bukan main lama lagi sampai terlepas untuk solat.

3. Ada yang bermusafir masa musim perayaan. Dari negeri sembilan, ke melaka, lepas tu ke johor, lepas tu ke pahang and etc. Jadi, janganlah kerana excited benor nak beraya rumah sanak saudara, sampai terlupa menunaikan kewajipan solat.

4. Pakaian hari raya pun kena jaga. Jangan ketat, jangan jarang dan jangan bermakeup over dan jangan berhias melampo-lampo. Yang perempuan, nak tegur bab tudung, sila lah cover dada masing-masing ya.

5. Dan seperti biasa, tv kita akan dibanjiri dengan pelbagai rancangan hiburan dan drama drama raya. Awas! Bukan nak kata tak boleh tengok, boleh tapi berpada padalah. Kalau baca Quran lima minit, tapi tengok drama 5 jam, apa cerita beb? Akak fikirlah sendiri.

6. Lastly, di hari raya, andai ada sengketa antara kita, minta maaf lah. Jangan pulak nak mengeruhkan lagi sengketa dengan berdendam. Dendam itu kan menggelapkan hati. Sucikanlah hati dengan memberi kemaafan.

Yang paling penting sekali, janganlah di bulan Ramadhan sahaja kita ber-qiyamulail, membaca dan mentadabbur al Quran, berzikir, bersedekah dan amalan soleh yang lain. Cuba praktikkannya di sebelas bulan yang lain. Bak kata Hilal Asyraf, moga Allah redha.

Sekian, saya dah tulis, eh nampaknya saya kena buat juga ni, hoho. Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

'...jgn tanya selera!' pfftt...
camat hr raya!
maaf zhr n batin..! :)

-werewolf