Thursday, August 9, 2012

Women In The Sun


Assalamualaikum.


Januari 2010. Hujan sebelah chalet L-17. Rindu.


Di kala insan lain sibuk melakukan aktiviti yang berfaedah, setiap Isnin hingga Khamis pukul 3 petang aku tengok drama Korea bertajuk Women In The Sun. Drama ni, nilai cinta dia tak berapa sangat, so kalau yang jenis nak layan angau, maaflah, ini bukan ceritanya. Sebab drama ni mengangkat nilai dendam dalam kekeluargaan terutamanya antara dua orang adik beradik perempuan.

Si kakak ni suatu hari sengaja menghilangkan adik dia di stesen kereta api. So, hilanglah adik tu. Lepas tu 20 tahun kemudian, si adik jumpa dengan si kakak. So, di situ lah konflik bermula apabila si adik seakan tak mampu untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan kakaknya itu. Perh, episod hari ni pulak, sedih sangat. Tak pernah tengok drama Korea nangis leleh macam ni. 

Anyway, diingatkan jangan tiru aksi tersebut ya. Buat apa nangis tengok drama! Nangis mengenangkan dosa sendiri dan takutkan azab Allah itu lebih baik tahu! Duhhh. Tapi sangat emosi lah, takleh tahan kesedihan.

Kalau kita tengok apa jenis drama sekalipun, kadang-kadang ada masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara mudah. Contohnya dalam drama ni, kalau adik dia maafkan kakak dia, kan senangggg! Takyah nak ada banyak konflik bagai. Tapi nama pun drama, marketing seyhhh, kalau camtu ada 3 episod je lah drama ni, ya tak?

So, taknaklah tulis kosong je, mari kita renung sepotong ayat Quran di bawah...

“ Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kerabat(nya), orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampuni kamu? Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang..”- Surah An-Nur ayat 21

Sweet sangat kan? Kita nak Allah ampunkan dosa kita, tapi kita liat nak maafkan kesalahan orang. Sedarlah wahai diri sendiri dan diri korang juga, kita ni manusia yang tak sempurna!

Para motivasi seperti dr Fadzilah Kamsah, prof Muhaya, kalau dalam ceramah mereka, always pesan kepada kita, setiap malam sebelum tidur, maafkan orang lain. Tapi berapa ramai orang yang buat? Aku? Kadang tu main tidur je. Astargfirullahaladzim.

Jadi sempena Ramadhan yang mulia ni, ataupun kita panggil bulan keampunan ni, di samping kita memohon keampunan dari Allah s.w.t, mungkin kita boleh train diri kita sebelum tidur untuk memaafkan orang lain. Dan tidur tu jangan main tidur je Ain, baca tiga Qul, baca ayat Qursi, mengucap dua kalimah syahadah sekali. 

 
Next, hargailah nikmat Islam. Haih. Dalam drama ni, sikit-sikit ada masalah, pastu nangis-nangis. Takde pun scene-scene mengadu dengan Tuhan ke apa. So, kalau kita ditimpa dugaan, jangan pulak tiru gaya dalam drama korea, kita kan ada Allah, mengadu lah pada Dia! Minta pertolongan dari-Nya! Bukan tersedu-sedan atas katil macam it is the end of the world. Sesungguhnya, untungnya orang Islam, kita percaya akan Allah dan Allah lah tempat kita bergantung sepenuhnya.

Okeylah, panjang pulak bebel. Sekian, selamat bersahur dan selamat berbuka!

No comments: