Thursday, August 2, 2012

Ketuk Pintu

Assalamualaikum.


Macamana ramadhan? Masih bersemangat lagi, ke dah lesu? Harapnya tak lah. Hari ini, insyaAllah just nak cakap pasal apa yang Ustaz Abdul Kader Al-Joofre cakap dalam ceramahnya masa Muslim Overseas Camp (MOC) minggu lepas. Apa-apa hal dulu, saya mintak izin dari owner Fotografifi kerana akan menggunakan gambar yang ditangkap oleh beliau dalam blog saya hari ni. Hehe.




Take home messages yang saya dapat masa hari itu, gunakan medium seperti facebook ke, twitter ke, blog ke, untuk sampaikan benda yang bermanfaat. Bukannya, upload gambar makanan apa yang saya makan berbuka hari ni, atau update status hari ni saya makan magi jeww. Sebab situasi nya sama macam........


Contohnya Ali upload gambar chicken chop kat facebook, suasana sama seperti Ali ketuk pintu rumah orang and bagitahu apa yang dia makan. Pergi rumah sebelah, dia tok tok tok, hari ni saya makan chicken chopp. Pastu pergi rumah belakang, ketuk pintu rumah dia plak tok tok tok, hari ni saya makan chicken chopp and begitulah dia ketuk pintu rumah orang lain.


Kejap. Motifnya apa?


Duhh. Saya masa dengar tu pun terasa jugaklahh. HAHA. Sebab masa kat Cork, rajin jugak ah buat benda alah tu. Okey, insaf skang jugak!


Sama jugak dengan update status.


Abu : Hari ni saya makan magi.


And then kawan-kawan abu pun respon..


Ali: Kenapa? Takde duit ker?
Alo: Tu la kawen kan senang ada orang nak masak.
And bla bla bla komen yang menyusul semuanya tak tahu di mana penghujungnya.


Dulu zaman kat kyuem, memang saya rajin jugaklah update status luahan perasaan tapi as we grew up, ceh ceh, rasa macam malu pulak nak update status macam tu. Malu. Sebab macam entah pape. So, maafkan je lah kalau ada kawan-kawan facebook kita update status luahan perasaan yang takde faedah tu.


So, korang dapat tak apa yang saya cuba sampaikan ini? Nak 'ketuk pintu' rumah orang boleh, tapi bercakaplah benda yang bagus, yang dapat meningkatkan iman.


Oh ya, nak letak gambar MOC juga, hihi. Motif? Kalau ada orang google MOC 2012, inilah peserta dan team yang ke MOC tersebut. Haha.




Cahaya keimanan sangat muka. HAHA. Oh saya mahukan cahaya itu di padang masyar kelak!


Sekian, wassalam.

No comments: