Monday, July 30, 2012

Sobs


Assalamualaikum.


Ayat cliché. Hidup kita ni penuh dengan pilihan, dan kita lah yang memilihnya!  


Doa common yang kita selalu baca lepas solat,

Ya Allah hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman, masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman..


Well, malas nak tulis panjang lebar, cukuplah untuk jadi self-reflection untuk diri sendiri dan diri orang lain yang turut sama rasa ter-reflect.


Nak hidup dalam iman, tapi apa yang dilakukan sebelum dan selepas solat, banyaknya tak menggambarkan gaya hidup orang yang beriman kepada Allah. Guane?


Nak mati dalam iman, tapi banyak buang masa. Buatnya mati masa buat benda lagha, buat maksiat, mati dalam keadaan itu ke cari?


Kadang serupa macam orang yang kurang pandai. Maaf cakap. Tahu kita akan mati, tapi tak mempersiapkan bekalan kematian. Macam confirm je hidup 1000tahun lagi bila main games tak ingat dunia, ya tak?


Baru-baru ni, tengok semanis kurma, ada seorang caller call bertanya soalan tentang kononnya ada suara dari langit pada 15 Ramadhan, ke dia maksudkan hari Kiamat. 


Suka jawapan Ustaz Haslin bagi. Kalau orang itu dia beriman dengan Allah, dia tak kisah bila-bila pun hari Kiamat, sebab dia memang ada bekalan untuk akhirat. Yang takutnya, kalau orang tak cukup bekalan, tu yang dia risau benar nak tahu Kiamat bila. 


Jadi take home message untuk kita semua, buat benda yang Allah suka, tinggalkan benda yang Allah tak suka. Simple! But beware, syaitan akan selalu cuba buat kita suka buat benda yang Allah tak suka. 


Oleh itu, gunakan kesempatan Ramadhan Kareem ini untuk kita latih diri kita, sebab syaitan kan dirantai, cuma nafsu yang ada. Uruskan nafsu dengan baik, ya.


Sekian, selamat beramal.

No comments: