Thursday, July 26, 2012

I Have Been MOC-ed!!


Assalamualaikum.





Hihi. Tiru tagline pre-departure WOW yakni “I Have Been WOW-ed!”. Well, pengalaman MOC tahun ni dengan tahun lepas ada banyak perbezaan. Kalau tahun lepas saya datang sebagai peserta, tahun ini datang dengan menggalas tanggungjawab lain pula. Jadi hari ini, saya bukanlah nak cerita from A to Z mengenai MOC, cuma nak share pengalaman dan perasaan saje.


Facilitator

Inilah buat pertama kalinya dalam hidup jadi faci. Haha. Untunglah bergandingan dengan Sally sebab Sally dah ada pengalaman jadi faci tahun lepas. So, saya banyak belajar macamana nak jadi faci dari beliau. Bagi saya, faci tak perlu jadi terlalu serius, perlu ada sense of humour dengan ahli kumpulan, kena jadi caring juga in certain ways.

Bila faci perlu jadi naqibah dalam usrah, cabarannya lain pula. Sebab untuk menyentuh hati mad’u, kita kena bercakap dari hati, bukan sekadar keluar dari mulut sahaja. Ah, payah sebenarnya bila faci sendiri tak menghayati apa yang dia ingin sampaikan kepada ahli kumpulan. Rasanya, bahagian ini yang perlu ditambahbaik dalam diri saya.


Wakil Uni

Tetiba rasa macam duta Uni College Cork pula bila gather sesama Irish and bakal Irish. Hehe. So, saya dan tipah sebagai duta cork, sangat semangat untuk “menjual” UCC dan member tips tips berharga buat bakal-bakal Irish. Suka nak bagi sharing, and bagi reminders so that diorang tak buat mistakes seperti boros berbelanja guna debit card dan study last minutes.

Bertambah happy lagi apabila ada video “Welcome to Cork” yang dibintangi oleh budak-budak Cork. Sadly, takde muka saya. Hihi.


Ceramah

Untung sangat peserta (dan juga faci) sebab dapat mendengar talks dari penceramah hebat. Macam tahun lepas, rajin jugak lah aku salin A to Z , but tahun ni, kurang menyalin sikit. So, aku just nak bagi apabenda yang terkesan di hati je lah.

Ustaz Hasrizal : Pastikan vision  yang kita letak itu valid semasa umur kita 70 tahun.
Ustaz Zamri : Hidup kita ni sentiasa diberi pilihan. Jadi ingat, “saya pilih!” apabila kita nak buat sesuatu.
Brother Shah Kirit : Berhemah bila menceritakan tentang Islam dengan mereka.
Ustaz Syed Abdul Kader Al-Joofre :  Semua orang Islam adalah bersaudara tak kira di negara mana pun.


Usher

Ini pun first time experience kot. Tapi gatal tangan juga sanggup ambik tanggungjawab untuk layan VIP semalam. Nasib baik ada Tipah yang rajin melayan VIP. And now, saya dah tahu apa function bilik VIP yang ada sebelum masuk ke dewan. Hihi. Apa yang aku belajar, usher tak boleh jadi pemalu dan juga tak boleh jadi pendiam dan harus jadi peramah!


No Boundaries

This song masa saya dengar before ke MOC, macam bosan je. Tapi bila dah nyanyi ramai-ramai masa MOC, jadi sedap pula. Lagu ni bertambah terkesan di hati bila nyanyi part,

“ Seconds, hours, so many days. You know what you want, but how long can you wait?”

Ada benda, kita kena plan dan berfikiran futuristic, tapi adakalanya kita just follow the flow bak kata Ustaz Hasrizal. Jadi untuk hal ini, i will just follow the flow.


Akhir kata, saya mendoakan agar adik-adik yang datang ke MOC tahun ini, yang menyumbangkan effort mereka untuk menimba ilmu di MOC mendapat keputusan A-Level yang cemerlang! Dan terima kasih secara terbuka kepada semua yang terlibat menjayakan MOC, tak kiralah peserta ke, ajk teknikal ke, team modul ke, team faci kea tau sesiapa sahaja, termasuk brader-brader catering yang begitu gigih menghidangkan makanan untuk kami!

Sekian, wassalam.

No comments: