Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kembali

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan tahun ini. Harapan saya dalam Ramadhan tahun ini, agar dapat menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah, insyaAllah. 


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu beroleh taqwa." -Surah Al-Baqarah ayat 183 


Kalau nak recap kenangan Ramadhan tahun lepas, result A-level keluar masa bulan puasa. Sepanjang hari hari puasa sebelum 11 Ogos (tarikh result keluar), saya melalui bulan Ramadhan dengan penuh nervous tapi bukan bulimia nervosa ya. Berkat bulan Ramadhan, berkat doa ibu bapa dan doa anda juga, dapat results yang cemerlang. 


Namun, penghayatan Ramadhan saya agak terganggu kerana terpaksa melaksanakan beberapa perkara sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mungkin salah saya sendiri, mudah hilang fokus. 


Bulan Syawal pula, tidaklah saya menghayati kerana pada 1 Syawal, kami sekeluarga bergegas pulang ke Lenggong, Perak kerana opah saya telah kembali ke Rahmatullah. Al- Fatihah untuk opah. Dan selepas itu, masih ada lagi hal-hal nak fly yang harus disettlekan. 


Setiap perkara berlaku pasti ada hikmah. Seminggu sebelum saya fly, ayah saya pula jatuh sakit kerana internal bleeding. Kira-kira 4 hari di hospital. Selepas ayah discaj dari hospital, dua tiga hari selepas itu pun saya terbang ke bumi Shamrock. Hectic sungguh masa itu. 


Dah tahun ini, saya bersyukur sebab dapat menjalani bulan Ramadhan dengan cool. Harap dapat menambah iman yang kian menyusut dek kerana lagha dengan aktiviti kurang berfaedah di rumah. Syawal juga dapat saya sambut di Malaysia lebih kurang 3 minggu, insyaAllah. 


Antara perkara lain yang menarik, cousin saya akan berkahwin jadi tak sabor saya nak merasakan kemeriahnnya. Pastu kakak saya, Asiah Ishak pula sudah sarat 8 bulan lebih. InsyaAllah due date nya pada raya pertama. Pastu ada kenduri aqiqah Firas dan sudah tentu tenaga saya bakal dikerahkan, sobs sobs. Semoga dipermudahkann. 


Untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang terpaksa pulang awal ke bumi Cork untuk mengambil exam autumn, saya doakan yang terbaik untuk anda. Memang betul-betul raya di perantauan. 
 

Sekian, itu je yang hendak diceritakannn.

1 comment:

AreHadi82 said...

Oit, bila masa lak aku nak buat kenduri Aqiqah firas... Untuk adik Firas la... Huhuhu... Seperti biasa, mung akan menjadi ketua kendara... :-)