Thursday, July 19, 2012

Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum.


Bukak ipad. Test wifi dah okey ke belum. Eh okey pulak. Tapi tu la, wifi skmm ni suka bagi harapann tauu. Mula mula okey, lepas tu tiba tiba tak okey. Sobs.


So, kebelakangan ini agak busy. No, bukan busy pun. Takde busy nya lah. Ada je masa aku tengok drama kat TV ni. Ceit. Kalau tak reti urus masa, memang lahh suka bagi alasan busy, ya?


Cuma ada lah sedikit kerja kerja administration yang hendak dibuat. Bukan admin faceboook. Tapi nak mentadbir dan menguruskan beberapa hal memandangkan saya terlibat dengan pre departure kyuem tahun ini. Rasa macam bekerja dari rumah pula, sebab kerja kerja banyak guna medium facebook, google dan juga skype.


Kalau dulu, aku happy je nak bukak facebook, tapi bila perlu "bekerja-dari-rumah", huwawawahuu, tengok notification tu rasa cuak je, haha. Firstly, takut dicop lembab buat kerja. Secondly, takut dicop tak reti buat kerja. Thirdly, takut dicop malas buat kerja. Sobs sobs.


Actually kerja administration yang kena buat tu, mudah je, tapi bila dalam bab kita nak sampaikan informasi and memastikan orang lain memahami informasi dan memberi kerjasama, itu lah yang sukar. Jadi kena banyak sabar dan jangan pushy sebab nanti orang annoying, kan? Eh orang pernah tegur, kata aku pushy, jadi aku cuba untuk mengurangkan ke-pushy-an aku dalam kerja kerja yang dipertanggungjawab buat masa ini.


So, pengajaran atau self reflection tentang "bekerja dari rumah" yang aku dapat adalah..

1. jangan jadi pushy, tapi tak bererti tak ambil kesah
2. faham situasi orang lain
3. offer helps sebelum orang yang kesusahan minta tolong
4. berhemah dalam komunikasi menggunakan perkataan
5. jaga momentum bila bekerja
6. ikhlaskan niat bila bekerja, prof muhaya selalu pesan, jangan bekerja utk mengharapkan penghargaan manusia


Orite.


Before that, aku nak ucapkan tahniah pada Ahfong ku, a.k.a Along a.k.a puan Maryam Ishak kerana telah merangkul Anugerah Khidmat Cemerlang bahagian pengurusan UMCCED. So, mungkin perlu menuntut ilmu pengurusan dari beliau.







Akhir kata, dalam setiap perkara kita lakukan, carilah hikmah, insyaAllah kita bahagia melakukan pekerjaan tersebut.


Sekian, wassalam.


- Posted using BlogPress from my iPenyayang

No comments: