Friday, July 6, 2012

Not-So-Random Thoughts

Assalamualaikum!


Alhamdulillah. Ayah dah pun discaj or dalam bahasa yang lebih sedap, "checked-out" from hospital PPUM. Wallaweyh, nak cerita dari kisah di hospital Kota Bharu sampai kisah di hospital PPUM, tak larat lah nak cerita ya. Sobs.


So, gapo dio yang saya nak cerita ni pun? Just my random thoughts je lah sebenarnya.


Antara perkara-perkara yang menakutkan bila dah jadi doktor...


1. Pasal batas antara dokter lelaki and dokter perempuan. Aduhai. Macam selamba je diri sebelah menyebelah dalam jarak yang aku rasa 0 cm. Saya tak biasa dengan keadaan itu (ceh nak tunjuk budak baik lettew, HAHA) dan tak mahu biasa pun dengan keadaan itu. Kot ye pun nak discuss pasal medical condition of the patients, saya rasa, tak perlu rapat macam tu kot.


2. Terabai suami dan anak-anak akibat waktu kerja long hours. Duhh. Jadi, saya harap sangat dapat suami yang memahami (ohh dapat yang rajin tolong buat kerja rumah pun bagus juga, HAHA) dan juga memberi sokongan 100% terhadap kerjaya yang bakal saya ceburi ini, insyaAllah. Kalau tak memahami, alamatnya, perang bakal meletus dan itu bukanlah perkara yang baik dalam sesebuah institusi kekeluargaan.


3. Kekangan masa sampai saya tak berkesempatan spend masa untuk isi jiwa dengan makanan rohani dan melakukan kerja-kerja Islam. Allahu Allah. Takut sangat futur. Sekarang cuti pun mencabar je rasanya.


4. Banyak dokter perempuan saya lihat err tidak menutup auratnya dengan sempurna. Bertudung, tapi bersinsing lengan baju. Bertudung, tapi dengan pakaian ketatnya. Pointnya, saya takut saya akan jadi macam tu as in tak kisah pun nak sinsing lengan ke apa. Bak kata Shikin Hassan di laman twitternya (HAHA) pakailah handsock.


5. Dan lastly, saya takut saya busy sampai aku lupa tujuan sebenar jadi dokter ni.. Know how to be a good doctor, but don't forget the reason why you become a doctor.


Tarbiyah suasana kerja...


Sejak 2009 lagi, ayah saya tak pernah gagal memberikan tarbiyah tersebut. Hehe. (sat naa nak check entry dedulu)


18 Februari 2009. Oh mungkin itu pertama kalinya saya buat "job attachment" kat PPUM. Sobs. Disebabkan teman mak saya jaga ayah, saya rasa seronok melihat (ke mengusha ni, duhh) doktor ke sana dan ke mari dengan kot putihnya. Takpun dengan stetoskop yang di sangkut di leher. Smart sangattt.


Oleh itu, saya tak fikir panjang, sebab kakak saya si Maryam yang tolong fikirkan suruh ambik medik, so that in future, kalau ada family members yang sakit, senang nak tanya. Tanggungjawab itu diletakkan pada saya. Berat. And long long story, saya telah pun tamat tahun pertama perubatan di Ireland sana.


Lupa nak cakap, selepas itu, ada lagi siri siri "job attachment" saya di PPUM yang "dianjurkan" oleh ayah saya juga. Saya redha. Dan setiap kali "job attachment" ianya seakan memberikan saya semangat untuk terus mencapai cita-cita sebagai seorang dokter. Saya pun kurang pasti berapa kali ayah masuk hospital.


A week before saya fly last year, ayah ada masuk jugak sebab internal bleeding. Oh yang ni mungkin sebagai perangsang kepada saya untuk tahun pertama perubatan. Dan baru-baru ni pun atas sebab yang sama juga. Dan ini barangkali untuk menguatkan lagi sebab musabab kenapa saya mahu jadi dokter.



Nape nak jadi dokter? Nak tolong orang...?


Bagi saya, alasan ini tak valid lagi. Pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan. Jadi nurse pun boleh tolong orang, apaa? Okey no comment. Cuma saya nak comment bab nurse tu je. Susah sangat nak jumpa lelaki jadi nurse. Kebanyakan lelaki yang kerja kat hospital yang beruniform, kalau bukan dokter, dia adalah medical assisstant ataupun attendant (eh camni ke spelling dia? hoho). So, tetiba saya nak keluarkan statement, lelaki jadi nurse adalah agak cool.


Eh mereka gagah dan bukannya lembik macam sotong. So, tak tahu kenapa kerjaya sebagai nurse ini kurang mendapat sambutan dari kaum lelaki, padahal kerja ni mulia jugak.



Kita penat, mereka juga penat...


Semalam semasa membeli ubat di PharmUMMC, haihhh, ramai nya orang. Suasananya sibuk. Pembeli nak cepat. Mereka penat menunggu. Yang si pharmacist juga penat, terpaksa menghadapi banyak customernya yang datang bertali arus (eh betulke penggunaan bahse melayu saya ni?).


Jadi, dua-dua pihak, kena faham antara satu sama lain. Sebagai pembeli ubat, kena sabar, kena faham situasi. Kita penat, penjaga farmasi pun penat. Tapi jangan sampai kepenatan itu, membuatkan kita hilang budi bahasa. Senyum lah walaupun kita ada rasa annoyed dengan kelembabab sistem. Ucaplah terima kasih walaupun kita rasa macam nak marah je kenapa lambat sangat.


Well, soal faham memahami ni, memang kena apply di mana sahaja. Kalau kat wad,cara kita dengan dokter, cara kita dengan nurse, pun kena jaga juga. Paling penting, senyum lahhh dan ucaplahh terima kasih. Sebab senyum dan terima kasih itu adalah pain killer kepada kepenatan. Cewwahh, bukan kemain ayat den!



Amali itu tak semudah teori...



Ayat kat atas galak bermain di minda akhir-akhir ini. Anati di laman twitternya berkata, "Dengar talk pengisian seribu kali pun, tapi kalau perangai masih di takuk lama pun tak guna jugak.". Memang! Kita tahu kita perlu bersikap sekian sekian, tapi nak mengaplikasikannya, bukan as easy as ABC 123. Perlu mujahadah!


Rasanya, itu sahaja coretan saya yang tak seberapa.


Sekian, wassalam.

1 comment:

Doctor to be! said...

Suke.aingg

so why do u want to be a doctor ;)