Friday, September 7, 2012

Orang Awesome

Assalamualaikum.
 
 
 
 
 
Awesome ataupun dengan ejaan yang lebih brutal yakni ohsem ada maksud yang berbeza-beza bagi semua orang. Ianya perkataan yang kebanyakan dari kita ungkapkan bila kita kagum dengan sesuatu sama ada orang ke, tempat ke, peristiwa ke atau apa-apa jer.
 
 
Kalau kita fokuskan dengan orang, apa yang menyebabkan kita kata kat dia, "eh kau ni memang sumpah ohsem gila"?
 
 
Kita lihat kebanyakan parents hari ini dalam masyarakat kita, diorang lebih ambil berat soal akademik anak diorang daripada ambil kisah pasal anaknya solat ke tidak, anaknya tutup aurat ke tidak, anaknya mengaji Quran ke tidak. Akademik mesti didahulukan, solat/aurat/Quran biar diketepikan pun tak apa. Amboi!
 
 
Jadi disebabkan banyak ibu bapa yang tak berapa nak ambil kisah mengenai pendidikan agama (apa ingat cukup ke anak diorang belajar pendidikan Islam, maka itu dapat membentu mereka jadi hamba Allah yang sebenar ke?), maka kita lihat hari ni, kita mempunyai ramai rakan-rakan, seniors ke, juniors ke, yang akademiknya, masyaAllah sangat mantap tapi dari aspek kerohanian, agak "kureng". Jadin insan macam ni saya panggilkan sebagai awesome eventho akademik hebat? Tidak. Bijak akademik, kurang bijak agama, itu fenomena biasa.
 
 
Saya pula akademiknya biasa-biasa saje, pengetahuan agama juga biasa-biasa saje, jadi apabila mengenali orang yang akademiknya hebat, pengetahuan agama juga hebat DAN mengamalkannya, perhh, anda memang awesome! Bertambah awesome jika pengetahuan agama hebat meskipun bukan datang dari sekolah aliran agama, itu super duper awesome okey, dan saya mencemburuinya! Tambahan pula, orang awesome seperti ini sangat bijak berkata-kata (bukan pandai bermain kata-kata) dan dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
 
 
And i wonder, macamana diorang boleh ada pengetahuan agama yang tinggi? Ini mesti sebab mereka rajin mencari dan menimba ilmu di luar bidang akademik mereka. Dan ini bukanlah mengambil masa sehari dua, barangkali sejak mereka kanak-kanak ataupun paling lopek masa masuk form 1 ker. Kalau tanya saya salah satu ciri matang, mereka inilah yang matang! Kerana sedar setiap manusia perlu ilmu duniawi dan ukhrawi dan di usia muda sudah berusaha menimba keduanya.
 
 
Dan saya pulak, sejak sampai Cork tahun lepas baru la terhegeh-hegeh nak menimba ilmu di luar bidang akademik. Sungguh lambat betul matang. Masa tu saya fikir, saya bukan budak sekolah agama, buat apa nak baca bahan-bahan keagamaan ni pun. Duhh. Jadi sesungguhnya saya dalam kerugian di zaman persekolahan dan perkolejan saya. Astargfirullahaladzim.
 
 
Tapi kebanyakan insan macam saya, selalu beri alasan, takde masa lah nak baca buku-buku ilmiah ni, busy okey busy. Manusia memang sentiasa busy, kitalah yang kena sedaya upaya cari masa hatta 5 minit sekalipun untuk baca benda yang menambahkan pengetahuan agama. Nak seribu daya, kalau taknak, banyaklah dalihnya.
 
 
Jadi azam #5 saya bukak sekolah nanti, termasuklah mewajibkan diri baca bahan yang dapat menambah iman paling koman pun spend la 10 minit ya Ain. Usahalah lebih sikit. Nak jadi awesome, bukan tetiba je terlahir jadi awesome, kena usaha la.
 
 
Kesimpulannya, definisi orang awesome bagi saya merangkumi 3 perkara ini :
i) daya intelektual yang tinggi
ii) pengetahuan dan pemahaman agama Islam yang tinggi DAN mengamalkannya
iii) mampu memberi inspirasi kepada orang lain
 
 
Tapi jika anda ada niat nak jadi orang awesome dan bertekad serta berusaha ke arahnya, anda juga boleh saya kira sebagai insan awesome juga. Awesome-in-the-making!
 
 
So, itu sahaja lah. Mood kagum sangat sebenarnya. Hehs. Semoga dapat jadi awesome serta dikurniakan pasangan awesome dan zuriat awesome yang menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, insyaAllah.
 
 

No comments: