Wednesday, September 5, 2012

Azam Bukak Sekolah

Assalamualaikum. 


Entri hari ni nak bercerita mengenai azam baru. Yer, sekarang bulan September okey. Apahal nak azam-azam pulak? Whatever lah. InsyaAllah, 18 Septermber nanti saya akan balik ke Cork semula. Dan saya akan memulakan sesi persekolahan tahun ke-2 perubatan pada 24 September. Jadi rasanya agak perlu mempunyai azam baru! 


#1 Tingkatkan fokus dalam lectures 

Eh sebelum ni tak fokus, ker? Eh. Agaklah. Fokus 20 minit pertama je, lepas tu melayang-layang je rasanya pemikiran ini. Jadi harapan saya nak start sekolah ni, nak cuba kekalkan daya fokus untuk tempoh yang lebih lama. Moga Allah permudahkan. 


#2 Tingkatkan kualiti pembelajaran (study & revision) 

Oh selama ni study cincai ke kak oi? Eh. Actually maksud tingkatkan kualiti ni merangkumi banyak aspek. Nak make sure tulisan di atas nota lebih kemas. Nak study tanpa gangguan muzik, fesbuk dan twitter. Nak susun nota elok-elok. Nak buat preparation before ke kelas tutorial dengan lebih baik. Senang cerita, nak elak buat amalan cincai dan ala kadar. Moga Allah permudahkan. 


#3 Proaktif dalam tutorial 

Pendiam ye kak before ni? Haha. Mungkin daya keyakinan nak bercakap dalam tutorial BH dan CP kurang. Jadi nak start sekolah ni, nak jadi proaktif sikit dalam kelas tutorial. Harus banyakkan berspeaking sebagai persediaan nak masuk clinical years masa 3rd year. Moga Allah permudahkan. 


#4 Berhemah semasa berbelanja 

Boros ye kak? Hehe. Last year masa mula-mula sampai cork, agak rajin la nak buat kira-kira. Lepas tu terkubur macam tu je sebab dah banyak sangat berbelanja. So, harapnya nak kosisten buat kira-kira belanja dan nak lebih berjimat cermat. Kata nak kumpul duit untuk majlis kawen, haha. Termasuklah nak kumpul duit untuk Tabung Haji, downpayment kereta bila dah balik Malaysia nanti. Moga Allah permudahkan. 



So itulah main azams untuk masuk 2nd year ni. Dan macam setiap students, mestilah nak keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam exam kan. Semoga berjaya! 


Isnin yang lepas, saya ada pergi ke Bangunan Mara sebab nak jumpa adik-adik aucms yang nak ke Cork dan Galway. Busy diorang settlekan agreements. But don’t worry lah, nanti dah sampai Cork ke Galway ke, korang akan lega bila dah settle registration semua. Apa pun, welcome to Cork yer! 


Dan sebagai warga kyuem, saya dan kak Tipah sangat seronok dengan kehadiran 4 pelajar KYUEM , err ke ada lagi yang mahu jadi generasi KYUEM di Cork? Setahu saya mereka adalah, Syaza Zuhairah, Nurshaffiqka Elaine, Hijaz Adenan dan Adib Salleh. Jangan risau, Cork lagi best dari Lembah Beringin, saya jamin!


Selamat datang ke lapangan terbang Cork ye hadek-hadek, hehs.

No comments: