Monday, September 3, 2012

Aku Lihat Dia Di Sana

Assalamualaikum. 


Bridal Mask. Jeles tengok rambut dia cantik. Apa rahsianya bang?


Atas permintaan ramai, maka saya dengan senang hati ingin menulis entry hari ini. Hihi. Siapa je ohh yang mintak hang update blog, ain oiii? Whatever lah. Sebenarnya bukan takde cerita untuk diblogkan, tapi sebab I don’t have proper internet at home, so cerita cerita itu terkubur lah begitu sahaja. 


"Aku lihat dia di sana, aku ingin mendekatinya, aku cuba menghampirinya, lalu aku menyapa dia.
Bila dia mendekati diriku, hatiku rasa sesuatu, bila dia senyum pada diriku, hatiku rasa tak menentu,"


Apahal ohhh tetiba letak lirik jiwang ni? Hehe. Just nak share sembang santai dengan my along. Along kata, zaman bercinta memang best, memang feeling macam lirik lagu Aku Suka Dia ni lah. Semuanya indah and sungguh indah zaman percintaan. Tapi bila dah get married, takde dah rasa feeling-feeling indah macam sebelum kahwin. Dah kahwin, tanggungjawab terhadap keluarga yang dibina lah yang mengikat dua insan. 


Ustaz ustaz ada cakap, tu lah jangan bercinta sakan sebelum kahwin, nanti dah kahwin dah hilang kemanisannya. So, that’s my reason why saya tak interested about coupling coupling remaja remaji hari ni. Saya nak rasa manisnya, so saya perlu tunggu bila masanya tiba. Tapi untuk kakak-kakak dan abang-abang kita yang telah berkahwin dan telah terjebak bercinta sakan sebelum kahwin dan merasa kehambaran dalam rumahtangga, bagaimana pula? Adakah mereka tak layak merasa manisnya? 


Saya rasa mudah je solutionnya. Bila kita letakkan alam rumahtangga sebagai wasilah atau jalan untuk mencapai redha Ilahi dan ke syurga-Nya, Allah akan kurniakan sakinah mawadah warahmah.  

Sakinah = rasa tenteram
Mawaddah = kasih
Rahmah = sayang


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."- Surah Ar Rum ayat 21



Persoalan yang harus ditanya kepada setiap diri yang telah berumahtangga dan mahu berumahtangga, “kenapa aku berumahtangga?”. Kalau jawapan anda kerana Allah taala, anda layak merasa kemanisan berumahtangga, insyaAllah. 


Memetik pandangan Hilal Asyraf, cinta itu bererti kita nak bawa orang itu ke syurga. Jadi sekarang, acer tengok, bagaimana cinta kita tuh? Kita menarik insan yang kita sayang itu ke syurga atau ke neraka? 


Baru-baru ni ada tengok Tanyalah Ustaz, membicarakan soal cinta juga. Cinta itu bukan sekadar kata-kata. Cinta itu hadir dengan tanggungjawab. Jadi dalam rumahtangga, cinta dan tanggungjawab harus ada. Dengannya adanya rasa cinta, kita tak merungut melaksanakan tanggungjawab kita dalam keluarga. Dan apabila kita kata rumahtangga dibina kerana Allah taala, kita sedar, peranan yang kita laksanakan adalah satu ibadah untuk menambal amal untuk di bawa ke alam sana. 


And then pesanan ustaz dalam Tanyalah Ustaz tu lagi, bawalah kebahagiaan dalam rumahtangga, bukannya mencari kebahagiaan dalam rumahtangga. Semoga yang membaca sukses dalam menjadikan alam rumahtangga mereka mencapai redha Ilahi, insyaAllah. 


Sorry lah korang. Dah lama tak update blog, terus bukak topik cinta and rumahtangga bagai. Hihi. Okeylah next entry saya akan tulis pasal azam nak masuk second year medic, nantikannn. Haha. Lame gila punya topik ohh. Sobs.

No comments: