Saturday, April 30, 2011

Inginku Terbang

Assalamualaikum.


Kepada silent readers, 


Ceh, ada silent readers ke blog ni masalahnya. Takpe lah, aku assume ada. Hoho. Esok dah masuk 1 Mei. And means that, kalau korang pergi kelik dekat A-LEVEL EXAM punya bar kat atas tu, korang akan tahu, exam aku lagi 9 hari.


So, aku dengan berat hatinya, mengambil keputusan untuk stop jadi blogger tegar. Berat hati. Sebab menulis memang hobi aku, memang jiwa aku. Ceh! Tapi terperangkap dalam jiwa yang nak jadi student medic jugak. Alahai.


Tapi kena utamakan apa yang utama. Utamanya aku nak 3A-stars Ogos ini, insyaAllah. 


Masa yang tinggal untuk preparation semakin sikit. And akan bertambah sikit if aku tetap giat berblogging dan berfacebooking. 


Jadi di kesempatan ini aku nak cakap,


  • Minta maaf lah kepada semua, kot-kot ada yang terasa dengan kata-kata hamba yang kurang bijaksana di dalam blog mahupun di luar blog.
  • Goodluck. Goodluck. Goodluck semua.
  • All the best for all Kyuemians, Kmbians, Kmsians.
  • Let's work hard and pray hard.
  • For Kyuemians Batch 12, jom buktikan kat Mr Neil, Mr Azman yang kita bukan batch underperfomances, tapi kita batch straight A stars!InsyaAllah.

Before menutup kata, jom hayati syair dedikasi dari senior ky.




Sekian, wassalam.

Pelajar Ego


Assalamualaikum.


Kelas Maths.


Aku baru nak lelap mata tadi sebab qada sejam tidur tak cukup malam tadi. Muhasabah diri lima enam saat, and tiba-tiba pop up perkataan ego.


Ego. Kita selalu kaitkan ego ni dengan lelaki. Contoh yang aku paling faham, katakan seorang husband ni dia dah buat salah dengan wife dia, salah apa tu aku tak tahulah. Dia tahu dia salah, tapi taknak mintak maaf. So, itu lah ego yang aku faham. Ego taknak mengaku kesalahan diri sendiri.


Jadi sekarang ni, kita lihat dari konteks seorang pelajar. Kalau pelajar ego, macam mana pulak?


Pelajar ego adalah pelajar yang tahu dia lemah dalam sesuatu topik pelajaran, tapi ego, taknak ulangkaji betul-betul topik tu. Last-last dalam exam trial, keluar topik tu, terus blur tak reti nak jawab. 


Ya, aku admit aku memang pelajar yang ego. Tapi, manusia belajar dari kesalahan. Kalau anda pun pelajar yang ego, mari sama-sama kita buangkan ke-ego-an kita. Serius, aku taknak jadi pelajar ego. Taknak. Aku taknak jadi blur masa jawab exam. Aku nak jawab dengan gembira.


So, aku doakan kita semua, dipermudahkan memahami pelajaran, mengingati fakta, jauh dari kelalaian dan kebuntuan ketika menjawab soalan, dan dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh results cemerlang. Ameen.


Sekian, selamat study. Wassalam.

Friday, April 29, 2011

Motivator Penyayang


Assalamualaikum.


Hari ni ky ada visitors! Students from MRSM Balik Pulau datang melawat ky. Lol. Kalau budak MRSM Taiping datang, perh, mesti lagi syok. Tapi apa-apa pun aku still rasa teruja lah nak jumpa diorang.


Ingat tak dapat nak beramah mesra dengan diorang sebab diorang kena dengar ceramah kat Lecture Theatre( LT ). Tup-tup, masa aku lepak-lepak kat Resource Centre, Puan Kas masuk and mintak tolong kitorang untuk pergi LT untuk jumpa dengan students balik pulau. Wallaweyh, teruja teruja.


Masuk-masuk je dalam LT, nampak diorang semua berpakaian korporat. Takde lah korporat mana, tapi smart laa baju kemeja diorang. Satu side ada budak perempuan, satu side lagi ada budak laki. And everytime aku nampak budak sekolah lelaki, mesti akan rasa, oh mereka lagi muda dari aku. Down. Tak boleh nak flirt. Ceit, macam lah tahu nak flirt.


Next sesi sembang-sembang. Means that students balik pulau ni pun approach lah akak-akak and brader-brader ky. Ceh, ingat takde orang nak approach aku. Rugi okey. Aku dah lah suka share experiences. Hoho.


Ada lah tiga students perempuan approach. Nasib baik perempuan, kalau students laki, gagap pulak akak. Haha. Yang perempuan tu namanya Nurul Nabilah, Hanis and Kasturi. Friendly je students balik pulau ni. Macam-macam soalan diorang tanya. Pasal life kat taiping, pasal life kat ky.


And aku pun dengan terujanya pun cerita bla bla bla and bla bla lagi. Tup-tup sesi fotografi. Alahai, tak puas lagi nak bagi kata-kata motivasi kat adik-adik yang tanya aku tuh. So, ambik gambar, cheeseeeee!


Before blah dari LT, sempat lagi adik-adik tu salam aku. Terharunyaa. Aku kalau jadi diorang pun, belum tentu jenis rajin nak salam-salam orang. Hoho. And then sebab aku ni seorang yang penyayang, aku tinggalkan diorang dengan email address and no telefon and url blog lagi. HAHA.


Today, aku realise, yang aku bukan nak jadi doktor je, aku nak jadi motivator jugak. Sebab aku suka bercakap, aku suka nak motivate orang, aku suka nak share experience, tapi bukan share suami ye, okey it's lame! Honestly, aku rasa tak puas bersembang dengan diorang.


Kalau aku jadi part-time motivator, erna kata nak jadi part-time penceramah agama. So, nanti boleh lah bersatu, bergabung buat program motivasi. Perh, mesti syok. Oh, aku harap ianya bakal jadi suatu realiti, insyaAllah.


Sekian, aku nak jadi doktor dan motivator penyayang! Wassalam.


p/s- Gembira ada makna hari ni. ;)

Thursday, April 28, 2011

A Day Before Prince William Marry Kate Middleton

Assalamualaikum.





Jam 4.15pm. Afwa ajak beli aiskrim untuk makan dekat gazebo baru kat atas bukit sebelah rumah Mr Neil tu. Okey fine, pergi beli aiskrim and makanan lain. Hari yang indah. Cuaca yang nyaman. Kami bertiga pun memilih untuk lepak dekat gazebo paling atas dan paling jauh sekali. Nak menikmati pemandangan laa kononnya.


Baru je mengunyak makanan 5-6 minit, hujan rahmat turun. Bukan hujan renyai, hujan lebat. Lebat gila. Bayangkan lah, please bayangkan, gazebo tu hampir basah keseluruhannya and kitorang duduk kat situ and kitorang pun turut sama kuyup sekali.


Dan tak tahan dah nak stay kat situ. Last-last kitorang decide untuk balik chalet. Merentasi hujan yang lebat dari satu gazebo ke satu gazebo lain. Sejuk gila rasa macam kena sumbat dalam peti ais. Mata sakit, mata kabur sebab spec dah penuh dengan titisan air hujan.





Tiba-tiba, datang hero. Cewwah. Takde lah. Datang van guard. Driver tu hon hon, then menuju lah ke arah van dan naik van lah kitorang. Habis basah van tu dengan hujan asid yang kitorang bawak.


Dia pun hantar lah kat depan chalet. Lega. Lega. Kalau takde van tu, tak tahu lah nak lalu macam mana dekat blok akad, dekat depan surau dengan baju basah kuyup. Kuyup sangat. So, macam pakai baju ketat jadinya. Nasib baik tak lalu. Plus, nasib baik tak kilat. Kalau tak ada berita pelajar ky disambar kilat masuk paper pulak.





Kesimpulannya, aku takkan lupa kejadian hari ini dimana tiga sechaletmates, aku-najwa-afwa merentasi hujan asid yang lebat. 28 April, hari sebelum Royal Wedding Prince William dengan Kate Middleton.


Exchange Alleles Story (untuk yang faham bio sahaja)


Oh ya, hari ni ada cerita sampingan. Masa dalam kelas bio. Cikgu bio mr vroege pun cakap bla bla bla bla, and then pasal love. And expression muka dia memang, memang happy gila, ceria gila. Bak kata Najwa, matanya turut tersenyum sama. 


And nak quote satu ayat dia cakap, aku tak dengar clear sangat, but lebih kurang macam ni lah, 


" Hey baby, would you like to exchange allele for our next generation? "


Ya, sounds lame. Tapi memang itu lah realiti orang yang dah kawen, realiti biologi dalam kehidupan. Yang tak kawen, jangan memandai-mandai nak jadi biological successive pulak. 


Sekian, wassalam.

Wednesday, April 27, 2011

Menyampah Dengan Syarikat Telekomunikasi


Assalamualaikum.


Tension. Maxis buat hal lagi. Dah berapa hari dah takde line ni. Tak tahu ar ada sesiapa report ke tak. Petang tadi, cuma report kat maxis punya website je. Memang gila. Handphone aku 24 jam di sekitar ky tunjuk emergency calls only. 


Aku dah laa paling minima call mak aku dua kali sehari. Ni dah dua hari tak call. Nak tanya khabar guna facebook, ym, skype, mana lah mak aku ada. Plus, dekat rumah pun takde tenet.


Takde tenet pasalnya si telekom tu taknak pasang line wayar telefon dekat rumah aku. Dah lama gila dah mintak tahun 2010, dorang postpone postpone, akhirnya, dah batal pun permohonan tu. Menyampah. Lagi menyampah kat Jelebu takde office telekom pun. Nak report-report kena pergi Seremban pulak. 


Mentang-mentang lah rumah aku kawasan countryside, taknak pasang sebab tak beri keuntungan kat dorang. Menyampah sekali lagi. Fuhhh!


Come on lah, ikutlah seruan kerajaan, rakyat diutamakan. Berapa sen sangat lah pasang tiang telefon tu compare dengan keuntungan bersih yang dorang dapat. Haa, ni mula aku nak condemn syarikat telekomunikasi kat Malaysia ni.


Takkan lah nak masuk tv, baru nak pasang tiang telefon tu? Sengal lah. Tapi tu lah, masa MB datang rumah aku hari tu, kalau aku ada hari tu, mesti aku dah mintak dia suh telekom pasang tepon kat umah.


Tunggu lah, aku settle A-level ni, aku nak contact balik orang telekom tu. Time tu kalau dia cakap tak boleh pasang, then aku nak cakap, 


"Kata RAKYAT DIUTAMAKAN, camni report kat PM lah,".


Takpun komen kat blog PM cakap telekom taknak pasang telefon kat rumah aku. Boleh ke camtu?


Dah ar. Menyampah ah dengan maxis telekom semua. Daaa. Wassalam.

Tuesday, April 26, 2011

Cita-cita Asal Nak Jadi Kerani


Assalamualaikum.


Buat past papers untuk pure maths. And then kena mark sendiri. Puas menanda cari jawapan sendiri. Rupanya susah jugak jadi examiner, jadi cikgu ni.


Ni nak bukak kisah lama, dulu masa kecik-kecik, aku rasa umur tujuh lapan tahun macam tu kot, aku susun-susun kertas kat ruang belakang rumah lama masa aku duduk kat quarters Kampung Awal dalam UM dulu. Time kemas-kemas tu, sempat lagi berlakon.


Biasa lah budak-budak, main berlakon seorang-seorang. Main sorang-sorang je sebab aku kan bongsu, kakak aku yang paling muda pun tua 6 tahun dari aku (she's currently mengandung anak ketiga dah pun). Dia pun sibuk kat sekolah dengan cinta monyet dia kot. Mana ada masa nak layan adik dia ni.


Suatu hari tu aku tanya, aku tak ingat tanya kakak yang mana, maklumlah ada tiga orang kakak. Aku tanya, " Apa nama kerja susun kertas macam ni?", and kakak aku jawab, " Kerani,". Aku diam. And sambung balik, " Nanti nak kerja kerani lah,".


Gila cita-cita rendah masa kecik-kecik dulu. Bukan nak kata kerja kerani tu tak bagus, tapi supposenya kena lah aim kerjaya yang lebih bagus kan. Hoho.


And bila dah matang sikit, tapi tak matang sangat lah, tukar pulak cita-cita. Rasa nak jadi cikgu. Sebab ada satu hari tu kat sekolah, cikgu suruh tanda kertas kawan. Rasa macam syok je tanda right, tanda salah. Sengal je rasanya bila fikir balik.


And sampai lah dah dewasa sikit, aku up sikit nak jadi lecturer. Masa hari kerjaya kat maktab dulu pun, aku pergi port academician. Minye pun ada kalau tak salah aku time tu. And budak classmates aku yang lain, ramai pergi kat port surgery doktor semua tu. Masa tu takde fikir langsung pun nak jadi doktor ke apa.


Sampai lah ayah aku masuk hospital tahun 2009, aku rasa macam nak kerja kat hospital. Rasa macam seronok je tengok doktor-doktor kat ward. Especially tengok doktor housemen. HAHA. Abaikan. Sebab tu dapat je result spm yang okey, apply MARA medic.


And ni aku nak cerita satu cerita lagi. One of the reason aku apply medic sebab aku taknak kerja office. Kalau nak kerja office kena attend interview macam ketiga-tiga kakak aku yang semua kerja kat office tuh.


Tup-tup benda yang paling aku nak elakkan, aku jumpa lagi, yakni interview masuk medical school. Ceit, kalau lah aku tahu nak masuk medical school kena diinterview lagi, confirm-confirm aku tak apply medic.


But, Allah tahu apa yang terbaik. Dia bagi aku tak tahu, sebab Dia tahu aku mampu menghadapi interview medical school. Bak kata Erna, Allah tu kan sweet. Ya. But aku je kadang-kadang tak berlaku sweet kat Allah. Hoho.


Masa berlalu, and aku cuba untuk grow up lagi, cuba untuk lebih matang, and cuba tanam dalam hati, nak jadi doktor bukan sebab kot putih, bukan sebab nak orang panggil aku doc, tapi nak membantu manusia yang lain.


Sekian, moga urusan hidup terus dipermudahkan. Wassalam.

Monday, April 25, 2011

Baju Yang Tak Dapat Dibeli Akak Itu

Assalamualaikum.

Aku harap masa akan slow down sikit so aku rasa banyak masa lagi nak revise. But at the same time, aku harap masa cepat berlalu, sebab aku just tak sabar nak keluar ky.

Ky best. But ada something yang macam tak best. Susah nak cerita direct. Jadi aku nak buat cerita. And aku harap people yang baca entry ni dapat tangkap laa.


"....Ada seorang akak ni, dia kerja cuci-cuci cermin-cermin kat kedai-kedai di sebuah shopping complex terkenal di Lembah Beringin. Salah satu kedai tu, kedai baju muslimah. Perh, akak ni memang aim nak dapatkan baju tu yang dah menawan hati wanita akak tu..."

" Tapi kamon, akak tu kerja cuci-cuci cermin je, berapa banyak lah gaji akak tu. Plus, akak tu sedar diri tau, bila masanya dia pakai baju cun, padahal dia kerja cuci-cuci cermin 24jam. So, akak tu pun give up laa untuk beli baju tu. Nak makan pun kais malam makan malam. Siang hari puasa..."


Ada paham tak? Kalau korang jadi akak tu, apa rasanya? Kalau aku, perh, mesti rasa pilu, sayu, sebak and sedih. Ya lah, korang nak sesuatu, tapi korang tahu it is just approximately impossible for you to have it. Impossible!

Lagi bertambah kesiannya tu, macam akak tu, kena menghadap baju tu almost hari-hari sebab kerja dia memang kena cuci-cuci cermin kedai baju tu. So, dengan akak tu quit dari kerja dia dari cuci-cuci cermin tu, akak tu akan dapat lupakan pasal baju tu.

Yeah, itulah analogi yang cuba aku nak sampaikan tentang situasi yang aku rasa sekarang. Sebelum korang interpret, aku nak habiskan cerita pasal akak tu dulu.


" At the end, akak tu quit jugak dari kerja dia. Akak tu sambung belajar jadi doktor. And jadi doktor lah akak tu. And tak tahu laa pulak akak tu berjaya ke tak beli baju yang dia admire gila tu. Tapi akak tu cerita, dia ada jugak jumpa baju yang sama menariknya, masa dia pergi jalan-jalan waktu off-day dia kerja as doc...."


Semoga akak tu jumpa baju yang smart, yang sopan. Sekian, wassalam.

Sunday, April 24, 2011

Awesome BookFair At PWTC, Annoying 'Twins' In MidValley & Kyuem EarthDay

Assalamualaikum.

Yeah, dapat jugak pergi pesta buku tahun ni. Aku tak ingat bila last time aku pergi. Tapi yang semestinya, aku memang excited bebenor laa nak pergi pesta buku. Maklumlah ulat buku kot. Hoho.

Hari ni memang gila ramai orang. Dengan rombongan budak sekolah asrama lagi. Banyak gila student sekolah menengah. One of the schools was Royal Military College. Ceh, sekolah gempak aje. Ya lah, dah students dia pakai baju ada tulis nama sekolah diorang, aku tahu laa.



Kumpulan Rabbani. Perh, aku memang minat gila. Kebetulan diorang nyanyi lagu favourite aku, Intifada.



Tujuan aku cuma satu jer, nak cari novel Hlovate yang baru release tu. Ala, contengan jalanan. Tak baca lagi. Janji ain janji, baca lepas habis jawab paper 1 Biology, ok korang jadi saksi yer. Puas lah mencarinya, akhirnya jumpa jugak. Oyeah!



 Eric Leong pun ada. Memang langkah kanan laa hari ni jumpa selebriti yang aku minat. Hari ni hari pelancaran buku Eric 101 dekat Karangkraf punya dewan.


 Contengan Jalanan. Hoh Minye and Hanis! Aku dah memilikinya juga!



Pastu tak boleh blah beli buku Doraemon yang 3 sepuluh ringgit tu. And jumpa booth MOY Ujang Apo tu. Lagi lah aku suka! Beli paper bag diorang yang ada majalah dua dengan harga lima ringgit.

Dah dapat semua tu, bermula lah eksplorasi aku and Najwa. Aku memang tak familiar langsung laa dengan PWTC semua tu. Keluar-keluar je, terhangak-hangak cari The Mall sebab the Mall dekat dengan stesen KTM Putra tuh.



And untuk pengetahuan korang, sebab takut sesat punya pasal, aku and Najwa siap bukak google map lagi malam tadi. Tetiba rasa macam dah sampai Ireland pulak tak tahu arah jalan. Hehe. Takpe, doktor kena berdikari kan.

And dah sampai KTM, gi KTM Mid. Sebab bas ambik budak ky kat Mid. Kat Mid, takde merayap mana pun. Beli-beli barang sikit-sikit. Tapi aku nak komen laa. Aku serius menyampah doa tengok couple bermesra depan aku kat escalator. Oh come on, kalau escalator tu ada banyak, aku naik escalator lain ok.

Lagi satu hal yang laki perempuan jalan rapat-rapat. Apahal? Twin ke apa? Weyh, real twins pun tak jalan rapat cam depa kot. Pastu pegang-pegang tangan lagi. Ewww. Yang dah kahwin lain cerita laa, ni yang gaya huha-huha. Merosakkan pemandangan aku okey.



 Kyuem Earth Day : Pokok Mata Kucing tutor group aku.


Najwa di one of the booths.


Yang perempuan kat Mid, takmo komen panjang laa. Aku pun bukannya baik mana pun. Cuma tak salahkan kalau aku nak suruh perempuan-perempuan pergi bukak KLIK LAA SINI ni. Sama-sama naa kita ambik pelajaran. 


Picture of the Day : Aku tahu gambar ni hodoh. But aku suka. Sebab masa ni tengah hujan. By the way, aku ambik gambar ni dekat jejantas between the garden and mid. Ada tak rupa ala-ala gambar kat obersi? HAHA. Oh kalau lah ada camera yang lebih sharp, mesti lagi syok.


Sekian, wassalam.

Saturday, April 23, 2011

Blog Untuk Dibaca Bila Penat Study Untuk Future Doctors

Assalamualaikum.

Cewwah. Tutup blog for two days. Gila lah blogger tegar buat macam tuh. Saja je. Ini berikutan markah chemistry aku tak seperti yang aku harapkan. Tapi takpe, future doc never give up kot. Hoho.

So, bila dah tutup blog, dah tutup facebook jugak, bila online, tak tahu nak bukak apa. So, petang tadi, aku google-google around kejap, and jumpa satu blog doktor India. And aku baru baca sikit-sikit articles. 

Dah bookmark sekali. Sebabnya banyak sangat aku rasa benda dan isu menarik dalam blog doktor tu. So, lepas ni, aku akan cuba baca sikit-sikit masa aku online. Kiranya, bila dah penat study, lawat blog beliau je laa.

Blog ni sesuai sangat lah untuk budak nak ambik medic. Sebab blog ni most of the articles mengutarakan isu pasal doktor houseman, hospital and lain-lain yang aku rasa akan exaggerate minat bakal doktor untuk membacanya.


http://pagalavan.com/


Sekian, selamat study semua. Wassalam.

Wednesday, April 20, 2011

Hidup Ini Indah


Assalamualaikum.

Hari ni aku terasa nak cakap pasal novel, pasal cerpen. Ya, aku pasti ramai di kalangan remaja, yang tak remaja pun minat gak baca novel ni. Selalunya novel cinta lah jadi pilihan. Oh come on, zaman dulu-dulu je ada novel pasal kekeluargaan pasal persahabatan. Sekarang ni, semua nak cari novel yang at least mesti ada element cinta.

Kebanyakan yang minat baca benda alah ni selalunya perempuan lah. Kenapa perempuan? Erm, mungkin mencari-cari takdir cinta dia macam mana, itu kalau perempuan tu tak kahwin lagi lah. Kalau yang dah kahwin tu, tak tahu pulak, sebab aku tak kahwin lagi. Hoho. 

Baca novel and baca cerpen ni seronok sebenarnya. Rasa macam melayang-layang, rasa macam kita pulak jadi watak heroin. Pastu baca punya baca, pastu gelak sensorang, sengih sensorang. Padahal itu cerita je, bukan realiti pun. 

Okey, itu orang yang baca. Orang yang tukang buat cerpen and novel tu pulak macam mana?

Aku sebagai tukang buat cerpen yang tak bertauliah, buat cerpen ni sebenarnya macam nak melepaskan sesuatu yang berat di kotak minda.

Aku memang kuat berimaginasi and juga kuat berangan. Amaran! Tak elok berangan weyh! So, banyak lah idea-idea yang terlintas. Idea-idea yang sekadar di kepala. Actually harap jadi betul-betul depan mata laa, tapi tak jadi pun, tu pasal lah idea tersebut digabung-gabungkan lalu menjadilah sebuah cerpen!

Kita manusia memang boleh reka cerita. Aku tukang tulis cerpen pun pandai mereka cerita. Tapi, pandai mana pun aku mereka cerpen, hakikatnya, aku tak boleh nak mereka cerita tentang kehidupan aku sendiri. 

Ya lah, kalau aku reka cerita pasal kehidupan aku, dah jadi tak surprise lah kan. Biar Allah yang reka cerita tentang aku, biar Allah tentukan segalanya dan aku terima dengan redha, tak gitu Min?

Hidup ini jadi tak indah, kalau kita dah tahu cerita kita sendiri. Oleh itu, ayuh, senyum seindah suria dengan kehidupan indah kita setiap hari kurniaan Ilahi. Sekian, wassalam.

Tuesday, April 19, 2011

Tiada Sebab Tipah


Assalamualaikum.

Hari tu masa tunggu train dekat stesen KTM Tanjung Malim, sahabat saya, Tipah sedang dalam dilema. Dilema sama ada beliau mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland ataupun di Cardiff.

Beliau tanya saya, kenapa saya nak Ireland? Puas jugak saya fikir, sebab saya memang suka Ireland sejak dua tahun yang lalu. Masa nak isi form MARA punya application, saya usha fail PDF nama-nama negara untuk study medic, dan saya nampak perkataan Ireland. Dan saya terus jatuh hati dengan namanya walaupun saya tak pernah pergi Ireland pun.

Saya pun tak tahu kenapa macam tu. Saya just memang suka Ireland. Jadi bila sahabat saya mengemukakan soalannya, agak speechless di situ. Kalau orang tanya kenapa bukan United Kingdom, mungkin saya speechless jugak. Sebab saya tak pernah pergi sana. Dan saya takde sebab untuk tak suka UK jugak.

Untuk sahabat saya Tipah, saya harap awak membuat pilihan yang tepat. Of course lah kalau awak tanya pendapat saya, sudah tentu lah saya akan suruh awak pilih Ireland. Tapi, ini adalah masa depan awak. Pilihlah dengan sebaik-baiknya dan sewarasnya-warasnya.

Kalau nak pergi UK, saya akan terus menyokong, tapi kalau pergi Ireland, sokongan saya bertambah dua kali ganda. Kalau awak nak pergi UK, walaupun Cardiff ranking ke-30 dalam list MARA, saya tetap sokong dengan mengatakan ranking tak penting, apa yang penting awak belajar menjadi doktor yang berjaya.

And saya rasa awak akan pilih Ireland. Haha. Family awak kan suruh pergi Ireland, pergi je lah. Hoho. Awak kata awak ada tengok video, brothers Ireland ramai yang menarik minat awak kan, apa lagi Tipah? I will be there to listen to your love stories.

Apa-apa pun, ini keputusan awak. Saya tak boleh buat apa-apa. Terpulanglah. Terpulanglah Tipah, walaupun kalau saya dapat tahu awak nak pergi UK jugak, saya akan rasa sedih. Sekejap je laa kot rasa sedih sebab lepas saya dah berkahwin akhir first year(HAHAHA.BAJET GILA), saya tak sedih dah.

Orite, selamat study Tipah. Sekian, wassalam.

Monday, April 18, 2011

I Tahu You All Akan Berubah

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak musim kelas, aku paling tak suka pergi kelas lepas exam. Sebabnya, hati rasa dedebar jer. Yang confident gila dia boleh jawab time exam tu lain laa kot. Kalau aku, err not so-so confident sebab preparation aku pun ala kadar jer.

Dah dapat dua paper, Maths and Biology. Untuk Maths, erm paper stats dah okey, tapi paper pure lah yang macam tak berapa okey. But aku rasa overall grade for Maths aku B. Strategi baca maths aku hasilnya dapat B, so aku percaya, insyaAllah, kalau aku sertakan dengan latihan bertubi-tubi, insyaAllah boleh dapat A for the real exam. Ameen. Berusaha!

Biology pulak. Atiqah, kau sibuk nak tahu markah AS aku kan? Overall grade aku for AS ialah A. Tapi still kena work hard for AS Biology jugak. For A2, overall grade B. So, overall grade AS plus A2 is B. Takpe Ain, kalau usaha lebih lagi, insyaAllah boleh dapat A. Ameen. Berusaha!

Sekarang boleh kata ada dua B. Kalau chemistry aku dapat grade selain A, memang confirm laa pergi jumpa Mr Azman, sebab at least kena dapat ABB. Fuhhh. Chemistry aku dapat A? Aku harap sangat. Tapi bila fikir balik cara aku jawab paper 4 and paper 5, rasa macam punah je harapan nak dapat overall A.

Laaa, kalau jumpa Mr Azman pun apa masalahnya? Bila lagi nak jumpa kan? Plus, nak dapatkan kata-kata inspirasi beliau. Kata-kata inspirasi beliau yang aku dengar awal tahun ni dekat Mara Scholars,

"...I tahu you all akan berubah..I percaya you all akan buat yang terbaik..."-Mr Azman

InsyaAllah, sekarang masa untuk terus berusaha dan terus tekun untuk mempersiapkan diri dengan A-level.

Just now aku call mak aku. Mak aku tanya, apasal tak dapat A, aku jawab, ye lah, mak doa tak cukup untuk Ain. Hehe. Doa parents tu kan penting. So, call call lah ibu bapa selalu. Plus lagi satu, doakan lah kejayaan kawan-kawan kita jugak, insyaAllah Allah makbulkan permintaan kita jugak.

Okey, selamat study! Sekian, wassalam.


Update 6.37pm : Weyh, Ashraf Muslim nak bertunang dahhh! And bakal tunang dia tu doktor. Haaa, ni bertambah kecewa ni. Down down gila ar!

Sunday, April 17, 2011

Why Do SOME Chinese Talk So Loud?

Assalamualaikum.

Hoho. I hate people talk very loudly. I hate their voices. Please, keep your voice low, dear chinese friends. Please please!

I already put up TWO notices in the chalet to ask people who came to my chalet to keep their voice low. But, i just could not understand, why this people, keep on speak loudly. What's wrong with you people? What's wrong? Don't cha read my notice? I hate you people.





I thought, I am the one who think this way. I mean, why Chinese talk very loudly. Then, when I googled, there is also some people who query about the same thing. So, why eh? Why?

I hate to hate people. But, this time, I could not stop myself to hate them. Their voices really annoyed me. Those people who are just talk like this way are people with no manner. Do this people think that I want to hear their voice? What the fish mehh?

And the answer given by a forum is,


"..For them, a high pitch may convey strength, sincerity or warmth-- values that people cherish. In comparison, a soft voice may imply weaknesses or indecisiveness..."

Fuhhh! I really got mad right now. And sorry if some people think my entry today is a little bit emotional and racism. And now, because they can't read my notice in English, i just cannot do anything. What can I do is, bear with their voices and love their voices.

Oh come on ain, you will only hear their annoying voice for about err another 2 months? Oh Allah, help me studying while listening to their voice. If their voice will let me to study more diligent, let it be.

Till then, wassalam.

Saturday, April 16, 2011

Konfius, Pemilih, Pemalu

Assalamualaikum.

Kenyang gila! Misi makan-makan di rumah cousin berjaya! Habislah bertambah lemak-lemak terkumpul. Dah lah exercise malas, apa punya future doctor entah. 

Waktu malam kelmarin kot, aku ter ter ter google different type of girls. And aku jumpa link ni. Seronok jugak laa baca. Ada jugak ar satu dua yang aku rasa, a'ah aku lar tuh. But firstly, aku nak bagitahu Min, dia jenis girl apa.

The Confused

She doesnt know what she wants. Uh-huh. She might want 5 guys at the same time. But too bad she can only make one choice and have one guy. And that's why she's single most of the time. She can't make decisions when it comes to love prolly cos she can be too cautious or perhaps she's just afraid to fall in love cos of its responsibilities and being in a commitment. Altho she's sure she likes a guy, she doesn't have courage or confidence in starting a relationship because she wonders what may happen with the relationship. Most of the time, she shrinks away - that explains how she's always single. What The Confused doesnt know is that great love and great achievements involve great risk.

Itu Min. Kan kan? Kalau aku, err err, maybe the choosy/future-seeker. Hoho.

The Choosy/Future-Seeker

She has her own expectations when it comes to guys and only looks for a guy who fulfills her list of traits. Looking for a guy is rather time consuming as it is hard to find him. She only allows herself to start a relationship with a guy who has most of what she is looking for. She doesnt fall in love easily but when she does, she cherishes him. She does not simply get on with a guy "for the fun of it" even if it means to try out the relationship with someone she might like. She totally makes sure she really likes a guy before getting on with him. She seeks long-term relationships whereby her boy friend could possibly end up her husband. That makes her single most of the time until she comes across someone worth considering.

Haha. But, aku rasa aku ni jenis dua type laa. 

The Shy

This girl might be a naturally shy girl who is not really exposed to the relationship area and does not know how to handle a situation when it comes to a guy. Or she could be the 'other' shy girl who is usually quiet, does not have many friends and is most of the time by herself. Oh, on second thoughts, that's more like a loner so forget about the second point. Anyway, this type of girl would usually be a quiet, sweet girl who just blushes most of the time when around the guy she likes. She has no experience whatsoever and is naive. She only opens up to people she trusts and can be quite bubbly once you get to know her well.

Korang Pulak Apa?

So, korang apa pulak kan? Ceh, aku memandai je label diri sendiri. Tapi memang we know ourselves better kot kan. Boleh lah check it out kat link tu.

Sekian, takde idea hari ni. Esok balik ky balik, and kena serius study balik. Daaaaaaaaaa! Wassalam.

Thursday, April 14, 2011

No More Trial Exams

Assalamualaikum.

Oyeah! Oyeah! Esok nak balik rumah! Nak balik rumah! Setelah tiga minggu bertapa di kyuem. Rasanya macam dah tiga bulan pulak! Lebih-lebih lagi esok habis exam, kalau aku stay kat ky ni, huh, mahu naik sengal kepala aku.

Busy Selepas Exam

Esok jugak ada housetrip pergi Pulau Perhentian. Tapi aku tak ikut pun. Entahlah, takde feeling pun nak pergi housetrip. Memang dah set awal-awal, lepas trial exam, nak melepak dengan family. Ceh ceh, melepak dengan family tu, memang aku type family-type-girl betul. Hoho.

Melepak dengan kawan tu ada jugak. But after habis A-level lah. Habis A-level, schedule aku penuh kot. Nak pergi swimming, pergi main basikal, pergi sunway lagi, reunion taiping lagi, renew lesen, renew IC masa darjah enam tu, perh, memang busy ar. Tu tak masuk lagi nak belajar buat dadih dengan masak sup ayam. Haha!

Holidays Sweet Holidays

Esok balik naik KTM sampai Seremban. Pastu mak ayah aku jemput. Then balik Jelebu, sampai rumah, aku nak enjoy my sweet time with makan, makan, makan, TV, TV, TV, TV, game, game, game. Esok tu pergi rumah cousin ada makan-makan. Yehahahaha! Makan lagi! 

Ala, pastu Ahad, ayah hantar balik ky semula. Hoho. Bermula lah persediaan perang! Tiga minggu lepas tu A-level! Yeayeay! And after this Sunday, aku kena serius. Serius study dengan fokes. Please lah ain, study tu biar fokes okeyy! Lagi 3 minggu je nak real exam!!

No More Trial Exams

And and baru je sedar, lepas ni dah takde trial exam dah! Chup chup, kat uni nanti, ade ke trial exam? Takde en. So, exam trial ni exam trial yang last lah eh kan. Sebab tu lah letak gambar jadual kat dalam entry hari ni. Buat kenang-kenangan. Hehe. 


First Week. Rileks je


Second Week. Padat bukan kemain lagi. 


Housetrip Diamond Tioman April 2010


Okeylah, nak berkemas barang dan berkemas bilik yang tak berapa kemas. Chowwww! Oh ya, budak-budak pergi housetrip, especially si Erna, Afwa, Lela Chan, and diamonders yang lain, weyh, enjoy masa korang dalam bas and kat pulau nanti. Pesanan aku, jangan tidur dalam bas! Kalau nak tidur, baik tidur chalet je. Haha!

Sekian, wassalam.

Wednesday, April 13, 2011

Batch 12 Kyuem & Hikmah Sebelum Dapat Results Trial


Assalamualaikum.

" Ya Allah, permudahkanlah batch 12 Kyuem dapat straight A stars dalam peperiksaan A-level kami..."

Batch 12 Kyuem Batch Termantap

Ameen. Tahun ni, budak batch 12 Kyuem memang semuanya semangat waja dan sangat komited terhadap akademik kami. Sebagai budak sains, memang nampak lah ramai gila yang re-sit. Kami re-sit bukan sebab kami tak pandai, tapi kami re-sit sebab kami dah dapat komponen semua A, so that boleh dapat A-star!


Masa nak gi jawab exam chem pukul 2 tadi, hujan lebat gila, basah kuyup lah dalam exam hall.


Last year, boleh kira dengan jari lah berapa banyak senior yang re-sit bio dengan chemistry. Tahun ni, 48 orang re-sit chemistry dan 43 orang re-sit biologi. Ini menunjukkan bahawa betapa ramainya pelajar Kyuem yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan keputusan straight A stars pada Ogos 2011.

Oleh kerana ke-komited-an kami, pihak kolej sampai pospone aktivti kolej paling grand yakni Bangsawan. Supposenya kami yang senior ni kena handle, tapi pihak kolej kagum melihat kesungguhan kami ambil banyak papers, so, pihak kolej pun memberi ruang untuk kami mengulangkaji pelajaran dengan lebih tekun.

Hikmah Sebelum Result Trial Keluar

Orang selalu kata lepas dah dapat tahu markah exam, kita kena ambil pengajaran. Tapi, saya, dan chaletmates saya bersatu hati untuk mengambil pengajaran sebelum dapat markah trial. Contohnya,

Sebelum menjawab exam statistics : Lepas trial ni aku memang kena buat latihan stats2 banyak-banyak.

Selepas chemistry paper 4 : Knowlege aku masih on surface jer ni. Kena paham konsep betul-betul and buat latihan lagi.


Lab chem, salah satu tempat penulis banyak berangan.


Yup. Trial is for trial. Whatever marks you get for your papers, just bear in minds that the marks that you will get will boost your semangat untuk ulangkaji dengan lebih tekun! Bukannya ulangkaji sambil online! Haha. Memang padan lah dengan aku tuh.

Sekian, all de best semua. Sama-sama doa kita peroleh kejayaan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Not So Many Synapses Between The Neurons

Assalamualaikum.

Rancangnya petang ni nak study application chemistry untuk paper 4 esok. But bila bukak je handout application tu, huh, malasnya nak baca! But aku rasa kan, bukan aku yang malas. Aku rasa memang otak aku penat.

Apa taknya, tadi dari pukul 2 sampai 4.30 petang jawab paper chemistry paper 2 and biology paper 1. Jawab bukan pakai air liur, pakai otak ni haa. Kesian lah dia kan kan. So, aku pun decide untuk merehatkan otak petang ni. Taknak bukak buku. Hoho.




Jangan lah risau, malam nanti aku bukak. Malam nanti lagi banyak nak kena review. Bukan takat application chemistry je, tu haa inorganic, organic, physical chem lagi. Tetiba teringat kat Minye. Camne lah budak ni boleh decide ambik pure chem. Memang kimia habis!

Dah tu esok awal-awal pagi buta pukul 8, ada biologi practical jugak. Tu pun kena review jugak tu. Alahai, banyak betul aktiviti aku. Dah busy macam isteri berkerjaya pulak. Hoho.

Dah ar. Aku tadi kata nak relax kan otak. Ni haa tengok tulisan aku taip ni, mata aku dah berpinar dah. Chow, wassalam.

P/s- Counting days back to home, 3 hari lagi!! Oh perlu recharge diri di rumah dengan kadar segera!!

Monday, April 11, 2011

Tiga Soalan Sahaja Untuk Paper Stats2

Assalamualaikum.

~~STATISTICS 2~~

Wallaweyh. Aku rasa nak gelak gila-gila je dalam Great Hall tadi. Erm, tadi aku ada paper statistics(S2), and budak yang ambik mechanics(M1) pun ada jugak lah. So, masing-masing, berbekalkan ilmu di dada pun duduk kat tempat masing-masing. And teachers pun edarkan question papers.


Pastu Mr B cakap, " You can start now! You have one hour and fifteen minutes". Okey, semua bukak question papers. And then kami budak stats pun angkat tangan beramai-ramai. Pasaipa? Pasal ada question 4, 5 and 6. Mana pi question 1, 2 and 3 pun kami tak tahu. 

Yang kelakar tu, almost all of statisticians angkat tangan. So, macam apa je. Budak M1 mesti pelik. Budak stats jugak yang special sebab kitorang dapat angkat tangan, budak M1 menghadap je lah paper mereka itu.

So, itu lah cerita kelakarnya. Tak kelakar? Itu maknanya sense of humour korang memang lemah lar tuh. Hehe. And tak lama lepas insiden tu, teachers edar lagi tiga soalan tu. So, jadi enam soalan lah der. Hoho.

~~CHEMISTRY PRACTICAL~~

Selesai sudah chemistry practical yang aku nervouskan sangat tu. Padahal soalan dia takde lah putar alam sangat pun. And aku boleh kata, for the first time, ada masa extra untuk aku berangan after siap practical tu.

Erm, maybe aku rasa before ni aku terlampau cuak sangat kot, tu pasal selalu masa tak cukup. But this time, aku cuba tenangkan jiwa and cuba jadi lebih terurus. Kan ada 3 soalan, so, aku dah bagi amaran kat diri sendiri, bajet masa. Sebab paper tu 2hours, so for each question, make sure spend 40 minutes je.

And Alhamdulillah, siap juga practical seperti yang dirancang. Thanks to Allah sebab lancarkan tangaan aku buat kerja and tak berlaku apa-apa kecedaraan. And you you yang re-sit chemistry tu, pakai goggle okey. Penting tuh.

And aku simpan kata-kata Mr Amran, cikgu chem aku, "Enjoy your second last chemistry practical,". And aku rasa, kata-kata ni ada hikmatnya tau. Enjoy je lah semua exam yang kita hadapi, insyaAllah gembira. Tapi, bukan enjoy cenggitu jer, kena la buat preparation untuk enjoy tu kan?

~~DOBI~~

Okey, selamat berehat. Aku nak pergi mendobi. Jom, ada siapa nak tolong? Sekian, wassalam.

Sunday, April 10, 2011

Tolong Bagi Tips-tips Temuduga Biasiswa MARA

UPDATED 19/3/2015: Hi guys and girls. I know it is the time of the year again, where you people are now preparing for the scholarship interview. My interview might be different from you're going to have this year, but I am more than happy to help you people if you have any questions. You can reach me by my Facebook (Norain Ishak) and leave your message there..

UPDATED 22/3/2012 : I could not found my article in ohmalaysia.com so I have decided to share my experience in this entry.

Apa yang saya nak olahkan di sini lebih kepada nak berkongsi pengalaman temuduga untuk biasiswa MARA. Tahun lepas (2009) , semua calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga, akan diinterview di Ibu Pejabat Mara di Kuala Lumpur. Untuk calon dari Sabah Sarawak, itu saya kurang pasti.

Pada hari saya diinterview itu, semua yang hadir adalah calon-calon yang nak ambil course medicine sahaja. Seperti mana yang kita sedia maklum, course medicine ini merupakan course favourite pelajar-pelajar zaman ini. Jadi, jumlah calon-calon pada hari tersebut sangat ramai dan sedikit sebanyak rasa tercabar jugak. Pesanan saya, jangan rasa tercabar . Rileks kan diri dan anggaplah diri anda adalah calon yang terbaik!

Tahun lepas interview MARA diadakan secara individu. Tahun ini, saya tak pasti sama ada secara individu atau berkumpulan . Pada pendapat saya, temuduga secara individu lebih mudah sebab kita boleh mengolah idea tanpa perlu bersaing dengan calon-calon lain . Walaubagaimanapun, tak kisah lah sama ada berkumpulan ataupun individu, anda sebagai calon bertuah harus berusaha menonjolkan diri kepada panel penemuduga.

Pada hari interview tersebut, saya ditemuduga oleh dua orang panel . Oh ya, jangan lupa ketuk pintu dan beri ucapan selamat sebelum masuk untuk menunjukkan tanda hormat. Lagi satu, kalau panel tak arahkan untuk duduk, mintalah izin terlebih dahulu untuk duduk. Duduk tegap-tegap, jangan goyangkan kerusi, muka menghadap panel penemuduga. Paling penting, sentiasa senyum, cool dan jangan gementar! Anggaplah interview yang bakal berlangsung seperti conversation biasa.

Berikut adalah soalan-soalan mudah yang ditanya oleh panel kepada saya :-
1. Kenapa nak ambil course medicine?
2. Nak specialise dalam bidang apa?
3. Bidang kepakaran yang anda pilih itu adalah mengenai apa?
4. Kenapa nak jadi doktor?
5. Adakah wang itu penting?
6. Kenapa nak belajar oversea, kenapa bukan di Malaysia?
7. Kenapa apply MARA, kenapa bukan JPA?
8. Apakah perbezaan scholarship MARA dengan JPA?
9. Ada apa-apa soalan?
(Wajib tanya soalan untuk menunjukkan anda sangat-sangat berminat dengan scholarship MARA)
Soalan-soalan diatas telah dialih bahasa dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan yang lain, bagi course medicine agak jarang panel nak tanya mengenai isu semasa. Tapi, manalah tahu tahun ini mereka nak tanya pasal isu semasa pulak kan? Jadi, ambil tahu tentang isu semasa juga.

Apa yang boleh saya simpulkan di sini, calon-calon perlu ada satu misi dan visi yang jelas terhadap course yang anda pilih. Calon-calon mesti kena rajin buat research mengenai course yang diambil. Research mengenai bidang kepakaran juga penting sebab panel mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apa yang calon katakan. Tak dilupakan, buat research juga mengenai karier yang anda pilih dan sebab-musababnya.

Sekian, semoga secebis pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal calon temuduga MARA. All the best!




Assalamualaikum. Sekarang ni musim adik-adik lepasan spm kita sibuk nak pergi interview scholarship. And tak sangka, artikel yang owner Ohmalaysia mintak aku tulis tahun lepas tu, masih lagi dapat feedback yang positif dari pembacanya. Artikel apa? Printscreens kat bawah tu.

Kalau orang kata, kenapa rajin sangat jawab soalan adik-adik ni, jawapan aku, amal jariah dah lah tak banyak. Dapat tolong adik-adik ni sikit-sikit pun jadilah. So, siapa yang rajin-rajin online tu, especially budak scholar mara, rajin-rajin lah pergi website ni kot-kot ada adik-adik yang tanya soalan tapi takde orang jawab. Hoho.

[KLIK UNTUK TUMBESARAN]

Tu dia tips nak bagi kat hangpa. Hoho.


Oh doakanlah nanti dapat tukar jadi Ex-Kyuem and kini di NUIG dalam bidang perubatan. Please please.


Quite busy. Busy update sekali dik. Hoho.

Aku tak ingat baca kat mana, tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah, bila orang mintak tolong dari kita, anggaplah ia satu peluang untuk kita tambah pahala, bukannya mengharap balasan dari orang yang kita bantu tu.

Kesimpulannya, aku memang suka tolong jawab pertanyaan adik-adik ni sebab insyaAllah aku ada jawapannya lah. Plus, bak kata senior aku, helping people is a duty of doctor kan. So, kena pupuk dari sekarang.

Sekian, aku tak habis study stats lagi and what the hal aku update blog ni. Chow, wassalam.

Song In The Brain : Cuba Lagi & My Baby Boo


Assalamualaikum.

Song in the brain lagi. Untuk tiga hari lepas, aku terdengar lagu Cuba Lagi. Actually, tak ingat pun tajuk dia. But aku ingat lah lirik awal-awal dia tu, satu dua tiga dan empat, cuba berkali masih tak dapat and then google, jumpa. Terus download mp3 and terus ubah tajuk blog aku lagi.

Sesiapa yang rasa down, boleh lah pergi dengar. Lagu ni bukan lagu lagha semata okey, tapi ada jugak kata-kata yang boleh naikkan semangat. Contohnya,




" Lupakan sakit segan dan penat, nanti di puncak pasti terubat "
Kalau ikut penat, ikut malas, memang malas je kan nak bukak buku. Tapi sebab nak rasa kemanisan kejayaan tu, kita lupakan lah kepenatan tuh




" Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk, papa jangan kerut dahi, tukar niat baca Bismillah mesti jadi "
Kadang tu kita ni sebab excited sangat nak revise, terus bukak buku sampai takde pun niat, okey, aku revise ni kerana Allah. So, lepas ni remind diri sendiri, baca doa study, baca bismillah dulu okeyy.




" Ma kata ku pandai, Pa kata ku kuat "
Tak kisah lah orang nak kata kita bengong ke bengap apa pun, just ingat pesanan mak ayah kita, yang kita ni kuat,"

Aku google-google perkataan cuba lagi, and jumpa ni kat google image. And source sebenar gambar ini adalah dari http://hanristudio.blogspot.com/ .Boleh lah pergi check it out kalau korang minat lukisan. By the way, kartun ni sweet benor.


And petang semalam pulak, muncul lagi satu lagu. Lagu korea. Mula-mula tak tahu jugak siapa yang nyanyi and apa tajuk dia. Google-google Kpop Korean, jumpa. Tajuk dia Tok Tok, nyanyian Mighty Mouth ft. Lee Joo Bin. Oh Lee Joo Bin tu sangat comel dengan gaya tangannya dalam video klip lagu tuh.




Lagu ni lirik dia takde faedah pun. Just dengar cenggitu je lah. But, lagu ni ada aura gembira lah kot. Sebab bila aku dengar, aku rasa nak senyum jer. Haha. So, kalau siapa yang dah lama tak senyum tu, haa, boleh lah pergi dengar. Nanti senyum meleret je.

Sekian, exam minggu ni beratus kali lagi padat dari minggu lepas. Everyday ada exam 2 papers. Fuhh! Esok papers stats and chem practical. Macam takde perasaan je nak buat practical. Okey lah, bye, wassalam.


Saturday, April 9, 2011

CERPEN AKU : Bukan Adam & Zue


Assalamualaikum. Oyeah, malam semalam tetiba je dapat ilham nak buat cerpen. Sebabnya semalam kat depan dining hall, hampir nak tergelincir. So, tiba-tiba je idea datang meleret. So, taip terus lah. Hmmm, tak tahu la best ke tak. Ayat pun aku rasa cam hampeh je bila baca. Haha. Tapi, kalau bosan, boleh baca. Hehewwww. Jalan cerita, insyaAllah tak cliche. Sekian, jangan copy and claim karya tak best ni as yours yer? Hehewww. Enjoy reading!

***Satu***

" Kau kat mana?" suara bernada tinggi Min memecah gegendang telinga rakan sebiliknya, Zue. Zue ketika itu baru je dibasahi hujan yang tiba-tiba turun mencurah dengan lebatnya di petang yang mendung itu.

" Aku baru sampai kat dewan makan bawah kolej kita. Kau apahal?"jawab Zue acuh tak acuh. Masa tu jugak lah nak call aku, kata hati Zue.

" Elok benar lah tu. Weyh nak kirim beli air coconut milkshake satu? Bo..."

Gedebuk. Zue terjatuh terduduk akibat tergelincir. Lantai kantin itu memang dah sedia licin terkena tempias hujan, tambah pulak Zue pakai sandal yang tapaknya dah haus. Memang padan lah.

" Zue! Boleh tak?" ujar Min lagi. Min stress. Zue tak bagi respon apa-apa. Apahal pulak ni?

Zue cuba bangun dari jatuhnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang muncul dari mana menghampiri Zue.

" Awak okey? Meh, saya tolong," kata jejaka itu. Zue kaget seketika. Adam? Adamku, Zue berkata dalam hati.

Adam, merupakan jejaka idaman Zue sejak tahun pertama Zue di universiti. Zue hanya memerhatikan dia dari kejauhan jer. Nak tegur tak berani, nak kacau guna telefon bimbit, rasa macam tak manis pula. Akhirnya, hingga ke tahun akhir, Zue pendamkan jer perasaannya itu.

Adam menghulurkan tangannya. Zue dah rasa tak selesa dan sempat memberi pandangan slack dekat Adam. Adam masih tersenyum bajet senyumannya dapat mencairkan hati Zue. Zue nak senyum sama, tapi cepat ditarik senyumannya itu.

Apahal pulak nak hulur-hulur tangan ni? Kita bukannya ada ikatan nikah lagi. Zue buat tak endah. Lalu dia bangun sendiri dari jatuhnya. Dan tiba-tiba, muncul seorang gadis ayu. Junior perubatan juga.

" Akak Zue, maaflah. Abang saya ni memang macam ni. Suka hulurkan tangan ringankan beban, "kata Fathin pula.

Abang dia? Abang as teman lelaki dia ke, atau abang kandung dia? Dah konfius dah ni, kata Zue dalam hati.

" Oh Zue rupanya nama dia. Saya Adam. Abang betul, abang kandung Fathin. Bukan abang angkat-angkat tau. Single and available," ujar Adam selamba. Alamak aihh, ayat terakhir tu sangat tak boleh diterima benak Zue. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam pemikiran Zue ketika itu.

" Laaa, akak tak tahu pun Fathin ada abang. Ingat Fathin anak sulung, nampak matured je. Okeylah, akak nak naik atas dulu, tak solat Asar lagi ni," kata Zue nak mengundur diri. Dia memang betul-betul tak selesa dengan situasi tersebut.

" Zue, next time bergayut, fokus. Next time jalan dalam hujan lagi fokus. Next time jangan pakai sandal tapak haus, nanti jatuh lagi, macam mana? Kalau Adam takde tadi, kesian Zue kan," kata Adam lagi dengan senyuman tak lekang.

Ini apahal dia ni, banyak pulak ceramah mengalahkan mak aku ni, kata Zue dalam hati. Harap muka je cantik, tapi sempat nak sindir-sindir orang.

" Akak Zue, sorry eh pasal abang Fathin. Hati-hati tau," ujar Fathin pula. Zue menggeleng kecil lalu berlalu pergi meninggalkan mereka dua-beradik.

***Dua***

" Oho, pasal tu laa tak beli coconut milkshake aku? Takpe lah. Aku faham," ujar Min selepas bersembang setelah mereka berdua berjemaah menunaikan solat Maghrib.

" Apalagi Zue. This is your chance lah to get to know him deeper. First step, dia dah tahu nama kau, Zue. Lepas ni, mesti dia akan tegur-tegur kau lagi kan," kata Min lagi. Zue sekadar menjeling ke arah Min.

" Takde maknanya, Min. Dia bercakap dengan aku macam apa jer. Tak gentleman langsung, tahu?" balas Zue sampai teringat peristiwa petang itu.

" Kau ni, Zue. Buta. Kan dia pesan fokus time jalan, fokus time bergayut, jangan pakai sandal tapak haus kau yang dah berzaman tu. Itu nasihat. Itu lah gentleman namanya. So sweet, " ujar Min sambil dikuti nada sedikit manja.

" Apa-apa je lah Min. Dah aku nak pergi skype dengan mak aku," kata Zue malas nak melayan kata-kata tak berasas Min. Min mencebik bibir. Eleh, suka cakap je la suka, buat-buat tak suka pula, kata Min dalam hati.

Lagu Mesti Mau nyanyian kumpulan pesawat bergema. Handphone Zue berbunyi dan bergetar.

" Withheld calling..."

Ceh, siapa pulak telefon guna private number pulak ni, kata Zue. Mengada betul.

" Hello," ucap Zue.

" Akak Zue, ni Fathin ni. Sorry kacau malam-malam macam ni. Sorry tau pasal petang tadi," Fathin rupanya. Nasib baik. Ingat siapa tadi.

" Fathin ker? Lah apsal tak keluar nama Fathin dalam handphone akak ni? Oh pasal petang tadi, akak okey jer. Don't worry lah," ucap Zue sopan. Min di sebelah Zue dah macam nak termual dengar kelembutan Zue, dengan roomate sendiri, punyalah brutal.

" Oh, ni handset abang Adam,"kata Fathin.

Apa? Abang Adam? Aduhai, Zue allergic seketika mendengar nama itu bermain di corong telinganya lagi.

" Akak Zue, kejap eh,"kata Fathin lagi.

" Fathin nak pergi mann..."kata Zue dipotong terus oleh Adam.

" Fathin pergi beli makanan kejap. Zue, kaki okey? Kalau tak okey, Adam boleh hantar pergi klinik," ujar Adam.

Jantung Zue dah bedegup laju. Ya, memang tak suka, tapi dalam hati, Zue dah gementar gila mendengar ayat-ayat prihatin Adam. Oh, tolong lah Adam, jangan buat aku cair, ucap Zue dalam hati.

" Okey-okey. Okey lah Adam, erm erm.." Zue berfikir sejenak, nak guna kata ganti diri nama apa eh?

" Erm erm, aaa aaa aku banyak kerja ni, Okey, bye, assalamualaikum," ucap Zue lalu terus mematikan talian dan tak sempat nak mendengar kata-kata prihatin Adam yang seterusnya.

Fuhhh! Adam memang bahaya lah. Silap-silap, boleh buat aku kena penyakit angau ni kalau tak cegah sekarang, bisik hati Zue. Astargfirullahalazim.

***Tiga***

Ah, tak masuk langsung apa yang aku belajar, getus hati Thaqif. Buku dihadapannya ditutup. Lalu merebahkan badannya ke atas katil. Baru je nak lelap mata, Adam baru balik bilik.

" Thaqif! Baru pukul 11 pagi, dah nak tidur balik. Pagi tadi dah ler subuh gajah," kata Adam sambil menepuk bahu Thaqif yang baru nak ke alam fantasi mimpi.

" Aduhai kau ni. Kacau daun betul. Kau je lah tolong studykan untuk aku," balas Thaqif sambil meletakkan bantal strawberi yang dibeli dari Cameron Highlands menutupi mukanya.

" Aku dah ada nombor Zue," ujar Adam. Thaqif buat endah tak endah. Suka hati kau lah Adam nak ada nombor siapa pun.

" Zue dah tahu nama aku,"

" Zue bergayut dengan aku malam tadi,"

" Zue sambut tangan aku semasa dia jatuh semalam,"

Pappp. Thaqif terus bangun dari baringnya sambil membalingkan bantal strawberi ke arah Adam.

" Kau ni kenapa nak cakap pasal Zue Zue dengan aku ni. Kalau kau nak sangat Zue, pergi zoo lah," ujar Thaqif bengkek. Oh tolonglah jangan cerita pasal Zue. Tak berminat. Dia rebahkan kembali badannya di atas katil.

" Der, ayat kau tu tak lawak okey. Aku nak suruh kau bangun lah. Malam tadi dah tidur lama. Jom, aku ajar topik yang kau tak faham tu. Jom jom," kata Adam sambil menarik lengan Thaqif.

Thaqif jadi lembut hati. Memang Adam pandai ambil hati. Bukan ambil hati perempuan je, tapi hati kawan-kawan lelaki dia. Memang sebab itu lah ramai budak perempuan tergila-gilakan dia, termasuk lah sebilangan lelaki gay universiti. Oops.

" Ya lah. Aku bangun," kata Thaqif ringkas.

" Macam ni lah doktor harapan negara. Kena rajin belajar," tambah Adam lagi.

" Chup! Betul ke Zue sambut tangan kau?" tanya Thaqif tak puas hati.

Adam senyum ke telinga. Dalam hatinya, tak tahan nak gelak. Jeles ke bang?

***Empat***

Lama betul Zue di hospital hari tu. Pensyarahnya sangat rajin lah pula hari tu nak terangkan pasal pesakit itu, pesakit ini. Berusaha sungguh-sungguh betul Zue tahan menguap. Si Thaqif yang satu group dengan Zue pulak selamba je menguap. Apa punya bakal doktor entah.

" Okey, you guys may leave," kata pensyarah tersebut. Fuhhh! Itu lah kata-kata keramat yang ditunggu-tunggu.

Pelajar-pelajar perubatan pun pergi membawa haluan masing-masing. Zue berjalan laju untuk mendapatkan Thaqif yang jauh di hadapan.

" Qif! Tunggu jap," panggil Zue. Thaqif memberhentikan langkahnya. Menunggu sampai ke arahnya.

" Apa dia?" soal Thaqif serius sambil membetulkan specnya.

" Amboi, garang betul. Ni, aku musykil lah. Fathin junior kita ada abang ke? Adam ke nama abang dia?" tanya Zue blur.

" A'ah. Adam lah abang dia. Kenapa? Kau syok kat dia eh?" tanya Thaqif.

" Takde maknanya aku syok okey. Aku just musykil je. Sebab after all this while, tak pernah pulak Fathin sebut, dia ada abang sama uni dengan dia. Sama course pulak tu," kata Zue masih meragui kesahihan Adam itu abang Fathin.

" Laa, perlu ke pun Fathin nak bagitahu kau pun, Zue? Dah lah, kang cakap banyak, gaduh pulak. Bye," ujar Thaqif lalu pergi dari situ.

Memang Zue dengan Thaqif tak sekepala. Dalam perbincangan kumpulan, memang idea masing-masing selalu je berbalah. Sampaikan ahli kumpulan lain pun dah naik muak tengok mereka bertekak hari-hari.

Thaqif ni pun satu. Kalau dengan geng lelaki dia, gelak bukan kemain. Dengan budak perempuan, punyalah serius, bajet orang nak mengorat dia, bisik hati Zue.

Zue menoleh ke belakang. Fathin dan abang Adam? Oops. Fathin dan Adam. Zue membetulkan sebutannya sendiri di dalam hati. Kenapa tiba-tiba muncul ni?

" Zue, I bought you a pair of sandal. Hope you like it!" ucap Adam tanpa salam tiba-tiba sambil menghulurkan beg kertas berisi sandal lah kot.

" Akak Zue, ambillah. Ni tadi kitorang yang sama-sama pilih. Kalau nak harap abang Adam pilih, taste dia memang tak boleh pakai lah, " kata Fathin pulak berharap Zue menerima pemberian itu.

" Zue, ambillah ni. Dah lenguh tangan Adam ni," kata Adam yang sempat buat lawak petang-petang hari.

Zue serba salah. Lalu dia ambil juga beg kertas warna coklat itu.

" Terima kasih lah. Susah-susah je korang pergi belikan. Berapa ringgit nak bayar ni?" tanya Zue malu-malu.

" Takyah bayar lah Zue. Adam belanja," jawab Adam pula. Fathin di sebelahnya sekadar tersenyum.

Dan Zue turut tersenyum. Senyum ada makna tu.

***Lima***

Zue mengeluarkan buku dari rak bukunya di sudut bilik satu persatu. Mana pulak pergi buku notanya tu. Dah lah berbagai-bagai macam nota dia dalam tu. Kalau hilang, memang rugi habis je dakwat pen dengan tenaga.

" Kau cari apa tu Zue?" tanya Min sambil menghirup air nescafe panas pagi yang hening itu.

" Notes aku lah. Entah mana entah perginya,"jawab Zue.

" Kau malam tadi bukan study kat library ke? Entah-entah tinggal kat sana. Kau tu, boleh tahan jugak pelupa tu Zue, " balas Min sempat lagi memerli Zue.

" Ya tak ya jugak kata kau tu Min. Tapi takkan aku lupa kot?" ujar Zue lagi.

" Tak lupa pemenda? Kau tu aku tahu teringat kat Adam lah tu. Kau jangan Zue. Adam tu baik dengan semua girls tau. Aku warning je jangan sampai kau falling in love dengan dia, sudah," ucap Min pula sekadar mengingatkan.

" Ah Min. Adam Adam Adam. Takde maknanya aku nak teringat dia," balas Zue pula dengan senyuman meleret.

" Haaa, yang tu senyum-senyum tu apahal? Zue, aku kenal kau dah lama Zue. Kau bukannya fesyen senyum-senyum seorang-seorang ni. Kalau kawan kita si Norain Ishak zaman maktab dulu tu, itu memang suka senyum seorang-seorang. Memang kalau dia angau, tak daya aku nak layan jiwang dia, "kata Min sempat teringat rakan zaman sekolah mereka.

" Ala kau ni Min. Obes betul. Bila aku serius salah, bila aku senyum salah. So, apa yang betulnya? Dah laa, aku nak turun nak pergi library," ujar Zue lalu bersiap untuk ke library.

Min sekadar mengangkat bahu.

Sesampainya Zue di bawah asrama kediaman, kelihatan Adam dan Fathin berjalan menuju ke arahnya. Adam lagi?

" Hai Zue, nak pergi mana?" tanya Adam bersahaja.

" Orang nak pergi library. Eh itu notes...."

" Yup, Zue punya notes. Tinggal kat library kan? Zue ni, lain kali jaga notes elok-elok," kata Adam dengan kata-kata nasihatnya lagi. Adam menghulurkan buku nota itu kepada Zue.

"Thanks. But, macamana Adam boleh jumpa? Tak nampak pun Adam kat library semalam? Fathin pun takde," balas Zue curiga.

" Oh ni kawan Fathin. Kawan Fathin yang jumpa. Dia pass kat Fathin sebab Fathin kan kenal ramai senior," ujar Fathin sedikit kelam kabut.

Lah Fathin ni, takkan cakap dengan aku pun nak nervous kot, kata Zue dalam hati. Macam ada sesuatu yang sedang cuba sorokkan. Apa benda pun, Zue tak tahu.

" Okey Zue, Adam pergi dulu. Jalan elok-elok ya Zue," kata Adam mengakhiri bicara. Zue sekadar senyum segaris melihat Adam pergi. Adam Adam.

***Enam***

Situasi semakin rumit. Zue terkejut gila bila tiba-tiba Adam dan Fathin bagi tiket balik naik bas ke Taiping.

Pelik. Pertama pelik macamana Adam tahu kampung halaman dia Taiping. Okey, mungkin adik dia Fathin bagitahu. Kedua, pelik, pelik gila macamana Adam tahu dia memang nak sangat balik minggu cuti hari Pekerja yang empat hari tu.

Novel karya adik rakan sekolahnya Single Unavailable di letak di atas meja. Penat dia memerah otak memikirkan sebab-musabab kepelikan yang sedang berlaku. Min di katil sebelah leka mendengar mp3 sambil menyelak halaman majalah CLEO.

" Min, pergi layan majalah Solusi laa. Lagi banyak faedah," kata Zue memecah kesunyian malam. Min buat bodoh jer.

" Min!!!!" jerit Zue. Kan dah jadi brutal.

" Ya ya Zue. Aku dengar headphone ni. Mana nak dengar. Cakap cuba kuat sikit Zue," ujar Min.

" Kau tutup lah kejap mp3 kau tuh. Takkan nak suruh aku jerit-jerit bagi satu asrama dengar pulak. Apa punya roomate daa," kata Zue pula.

" Ya, aku tutup lah ni. Apa cer?" soal Min.

" Kau ada bagitahu Adam ke yang aku nak balik Taiping this weekend?" soal Zue memulakan penyiasatannya.

" Nombor Adam pun aku tak ade Zue," jawab Min lengah.

" Habis tu macam mana dia tahu aku nak gila balik Taiping Jumaat ni. Pelik lah. Dia stalk aku ke apa?" Zue ragu lagi.

" Agak pelik di situ," jawab Min ringkas.

" Min, kau rasa dia suka aku ke?" tanya Zue lagi selamba.

" And as i always told you Zue, he is such a very nice friend towards everyone. Cuma kita ni, yang opposite sex dengan dia, of course lah ada daya tarikan kan untuk suka kebaikan dia in term of something we called as L O V and E," balas Min dengan falsafahnya.

'' So?"

" So, kau kena hati-hati lah dengan perasaan kau tuh. Aku taknak lah nanti one day he ends up with some one else and then time tu kau frust menonggeng sebab kau ingat dia syok kat kau. Kan parah tuh," terang Min lagi.

" Aku bukanlah nak syok sendiri tau Min, tapi, tu lar, Adam baik sangat dengan aku. Macam baik ada makna tau. Entah lah," Zue bersuara lagi.

" Sabar je lah Zue. For the mean time, kita fokus kat study. Layan jiwang ni lain hari. But, my instinct says, he is not the one for you. Maybe someone else,"kata Min pula.

" Eceh, macam tukang tilik pulak dah,"

" Ya Zue. Aku pasti," ujar Min sebelum dia terlena dengan headphone dan majalah CLEO nya itu.

Zue keliru. Kenapa Min macam pasti sangat Adam takde perasaan dengan aku. Jeles eh?

***Tujuh***

Peperiksaan akhir untuk pelajar perubatan akhirnya tamat juga. Tahun kelima yang penuh dengan cabaran dan dugaan berakhir. Tahun kelima itu juga sarat dengan kisah-kisah sweet seorang jejaka bernama Adam di mata Zue.

Tapi selama tempoh setahun itu, Zue sungguh-sungguh jaga hati dia dari simpan perasaan kat Adam setiap kali teringat pesanan Min.

" Zue, nanti contact-contact lah eh Adam dengan Fathin ni. Nanti kat rumah, pandai-pandai lah jaga diri, sebab takde Adam nak ambil kisah pasal hal Zue," ujar Adam dalam pertemuan minggu lepas. Thaqif di sebelah Adam ketika itu, buat muka annoying gila. Apahal entah dia, tak puas hati dengan Zue lah tuh.

" InsyaAllah. Terima kasih lah sebab ambil tahu kan. Adam dah macam bapa angkat orang pulak. Haa, kau tu pulak Thaqif, kalau kau dapat sama hospital time posting nanti, get ready laa untuk pergaduhan musim kedua," ujar Zue, sempat buat lawak 'lame' dengan Thaqif.

" Hmm. Aku harap tak dapat sama posting dengan kau. Buang air liur je bertekak dengan kau. Baik bertekak dengan isteri aku nanti,"ujar Thaqif membalas kata-kata Zue.

" Isteri? Kau dengan perempuan pun macam ais. Dingin je. Macamana pulak nak kahwinnya," kata aku lagi.

" Eh korang ni. Sembang berdua je. Merajuk lah Adam macam ni, Zue," kata Adam mencelah.

" Dah lah Adam. Panas ar kat sini. Baik kau belanja aku ABC dari layan akak Zue ni," kata Thaqif sambil menarik bahu Adam. Adam tersenyum paksa, lalu mengikut permintaan roomatenya itu.

Zue buat muka cool. Dalam hati, tak puas lagi nak gaduh dengan Thaqif. Takpe.

***Lapan***

" Yang ku mahu hanyalah kamu, bersamamu selalu whoa oh.."hanphone Zue berdering lagi. Zue tika itu sedang sibuk mengemas barangnya untuk pulang ke rumah.

" Zue, mak ada benda penting ni, nak cakap. Mak pun terkejut gila ni," ujar mak Zue macam orang tak cukup nafas.

" Apanya mak? Cuba rileks. Cuba tarik nafas. Satu dua tiga, lepas. One more, one more," kata Zue pula sempat berjenaka.

" Dah dah. Mak dah penat tarik nafas dan lepas ni. Ni haa, mak nak cakap, ada orang datang merisik kamu!"

" Haaaa?" Zue menganga besar. Kalau ada lebah terbang masa tu, mesti muat masuk mulut Zue.

" Mak terkejut laa. Dah lah mak tengah sibuk sidai kain baju, tiba-tiba mak bapak siapa pulak datang dengan cincin merisik bagai, " terang mak Zue lagi menceritakan kekagetannya.

" Siapa mak? Nama dia apa? Adam ke?" Zue teruja meneka.

" Haa betul lah tu. Adam. Namanya panjang. Mak tak ingat sangat. Tapi betullah yang Adam tu. Kamu kenal ke?" tanya mak Zue pula.

" Kenal lah mak. Tapi kawan saya si Adam tu takde pulak cakap pasal hal ni," kata Zue lagi dalam mood gembira tak ingat.

" Itu je la mak nak bagitahu. Lega lah hati mak kamu kenal dia. Ini nak setuju ke tak ni? Nak terima ke tak cincin risik tu?" tanya mak Zue.

" Terima mak. Mesti!" ujar Zue lagi dalam keseronokan yang tak dapat dibendung lagi.

***Sembilan***

" Min!" panggil Zue sebaiknya sahaja Min masuk bilik. Dia keluar ke bilik air sebentar tadi.

" Apa dia? Happy semacam je? Kau sihat ke tak ni Zue? Ubat dah makan?" ujar Min.

" Min, tekaan kau sama sekali salah, okey. Salah." ujar Zue.

" Tekaan mana satu pulak?"

" Tekaan bahawa Adam is not the one for me," jawab Zue.

" Memang,"

" Salah Min salah. Mak aku call tadi and bagitahu parents Adam datang merisik aku! " kata Zue teruja lagi.

" What??"

" Apa yang whatnya? Terbukti kan Adam suka aku," ujar Zue lagi dengan penuh keyakinan.

Min diam sesaat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Saat kelima, bunyi mesej handphonenya kedengaran. Handphone Min begitu hampir dekat Zue. Dan Zue dengan sengaja membaca mesej itu sebelum Min sempat merampasnya dari Zue.

From : Thaqif

Min, family dia accept risikan aku. Thanks to Allah. Thanks Min for being a supportive friend to me. Kalau takde galakan kau and Adam, maybe aku tak berani nak suruh parents aku pergi merisik Zue. :))

" Min, apa semua ni Min?" soal Zue setelah membaca mesej tersebut. Dia sangat keliru. Thaqif kah Adam itu? Thaqif kah yang menghantar parents pergi merisik itu?

Min membisu. Mencari kalimah untuk menuturkan kata kepada Zue.

" Min, jawab Min. Kau sembunyi apa dari aku selama ni?" soal Zue lagi mengharap jawapan Min.

" Zue, aku mintak maaf kalau perbuatan aku, mungkin membuatkan kau rasa aku memperbodohkan kau. Tapi itu bukan maksud aku. Aku dengan Adam cuma nak satukan kau dengan Thaqif je. Sebab Thaqif sangat.........."

" Sangat apa min?? Jawab min," ujar Zue dengan nada tinggi.

" Sebab Thaqif sayang kat kau more than as a friend. And sebab tu dia macam buat endah tak endah dekat kau and other girls. He's trying to his his feeling towards you. Dia selalu cari gaduh sebab dia taknak perasaan sayang tu muncul, "terang Min lagi.

" Tipu. Adam yang sayang aku. Yang care pasal aku. Bukan Thaqif," kata Zue lagi.

" Kau silap Zue. Thaqif yang sebenarnya kisah pasal kau. Dan Adam cuma menunjukan how care Thaqif is to you by being a good friend to you. Kau ingat tak, pasal sandal, pasal notes kau, pasal tiket bas kau and pasal benda-benda lain yang kau perlukan and Adam bagi benda-benda tu, all of it came from Thaqif, not from Adam. Adam cuma orang tengah antara Thaqif dengan kau Zue," kata Min dengan sungguh-sungguh agar Zue mengerti.

" Kenapa? Apa kaitannya Adam dengan Thaqif?" soal Zue lagi.

" They' are brothers Zue. Adam lahir bulan Jan, and Thaqif lain bulan Disember. And kebetulan diorang roomate, sebab tu lagi rapat. Adam tahu what Thaqif feels for you, and that's why dia banyak tolong Thaqif to show betapa Thaqif cares about you," jelas Min lagi.

" Min, semua ni tak masuk akal. Oh, tolong lah kata sekarang aku tengah bermimpi. Tolong kejutkan aku, tolonglah!" teriak Zue.

" Siti Zulaiha, ini realiti. Realitinya, Thaqif love you, cuma dia taknak bagitahu direct je. And the most important thing yang kau kena tahu, orang yang merisik kau tu namanya, Muhammad Adam Thaqif, bukan Muhammad Adam Sulaiman ya," cerita Min lagi menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.

" Oh Min, aku tak tahu nak kata apa. I'm totally speechless," ujar Zue. Macamana dapat dia terima semua kebenaran pada suatu masa. Terlalu kompleks.

" Takes your time, Zue," ujar Min sambil menepuk-nepuk bahu Zue.

***Akhir***

Breaktime. Hospital Kuala Lumpur.

" Hmmmm. Kelakar lah bila ingat orang tu approach guna orang ketiga. Nak hadiahkan sandal pun nak suruh adik-beradik dia yang bagi. Yokyo je. Bukan nak bagi sendiri," ujar Zue diringi ketawa kecil.

" Seganlah,"

" Dah tu, suka pangkah cakap orang pulak. Ish ish,"tambah Zue lagi.

" Saya taknak kasi awak angau je kalau saya cakap elok-elok, maklumlah saya kan sweet talker,"

" Ye lahhhhhh!"

" Syok lagi ke dengan Adam?"

" A'ah,"jawab Zue selamba.

" Nak jadi isteri derhaka ke ni?"

" Isteri derhaka pebenda?"

" Ye lah sebab awak syok dengan Adam,"

" Kenapa, cemburu?" soal Zue. Zue bangun dari duduknya menandakan dia mahu beredar. Thaqif dengan reaksi tak puas hati.

Sebaik sahaja Zue bersalaman dengan Adam, sempat Zue berbisik di telinga Thaqif, "Orang syok sangat dengan Adam..........Adam Thaqif,"

Dan Thaqif pun mengukirkan senyuman. And they live happily everafter.

***

Hehewwww. Itu je lah ceritanya. Menyesal baca lar tuh. Haha. Watak-watak macam Zue, Min and Fathin tu memang wujud in my real life. So, masa aku taip cerita ni, aku imagine lah watak sorang-sorang tu macam mana.

Untuk Zue, dah berzaman kau suruh aku buat cerita pasal kau. And baru hari ni terlaksana juga. Untuk Min, terus lah tahan melayan ke-angau-an aku. Hehewwww. Sekian, wassalam.


p/s- Kalau aku tak score trial, aku tahu lah sebab apa.