Showing posts with label KAWAN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Hari Ini Hari Ahad

Assalamualaikum.


Beli dekat pasaraya LIDL 15 euro. 



Hari yang lebih baik. Aku rasa kurang sayu-sayu. Mungkin sebab semalam masa skype dengan angah, aku memang dah meleleh gila-gila. HAHA. Ala lantak ah nak kata apa, aku memang suka nak nangis-nangis ni. Habislah power mata naik macamni.



Ingat balik misi datang sini. Nak grad first class honours. So, kena work hard and pray hard!!



Hari ni ada Quranic Circle. Topik pasal how to interact with Al-Quran. Kinda excited. Sebab memang kat ky jarang benor pergi usrah. And memang dah niat, dah sampai cork ni harapnya dapatlah jadi duta islam yang lebih baik, insyaAllah.



Antara tips nak interact with AQ adalah,

  1. Rasa yang AQ diturunkan untuk kita.
  2. Baca dengan hati yang berperasaan.
  3. Faham latar belakang ayat.
  4. Sedar siapa kita.


Dah lama tak bukak tafsir sejak ramadhan. Sebab busy. [ALASAN]. Pastu Quran yang baru beli bawak kat sini takde tafsir pulak. Duhhh. So, terpaksa lah carik maksud dalam internet.



Take note kakakda, kalau jumpa Quran with tafsir, beli and ship kan lah dekat aku. HEHE. Besar pahala ni, grab the chance! And postkan ke Apartment 21, UCC Castlewhite, Western Road, Cork, Ireland. [Alamat ini juga useful untuk mereka yang nak hantar hadiah kat aku ke, LOL]



Pastu, pergi makan-makan kat rumah Dr Mas Mahady. Tapi cam sengal je aku, pergi makan tapi tak jumpa tuan rumah. Duhhh. Tapi best lah makan-makan kan. So, for today tak masak lagi.



Ke rumah Raudhah.



 Inilah rumahnya.



 Jamuan raya Dr Mas Mahadi.



 Balik.



Kanak-kanak bermain badminton.



Beli groceries lagi.


So, nak letak gak lagi satu video.




Sekian, esok dah start kelas. Malam ni nak kena study sikit. Goodluck everyone. Wassalam.

Monday, August 15, 2011

Reunion Scholars Mara Kyuem


Assalamualaikum.

Hari yang memenatkan but menyeronokkan. Oh hari ni ada briefing dengan MARA kat HQ diorang lah. Memang terasa satu perasaan gembira bila dapat bertemu dengan budak ky semula. Ahh, indah sungguh ikat ke-ky-an yang dirasakan.

Habis belajar kat ky, barulah nak kenal dengan officers MARA yang handle budak ky. Tragis. Tapi takpe, mereka nampak cool and baik hati and friendly juga. Oh budak UniKL Mestech pun ada tadi. Tapi tak berkesempatan nak beramah mesra sangat sebab masing-masing nak berceria panjang dengan rakan seperjuangan masing-masing.

Firstly, officer MARA bagi borang besar yang ada banyak gila forms nak kena isi. Waktu one of the officers explain, perh, berpinar-pinar mata tengok forms tu. Macam-macam benda lah nak kena buat after ni. Penjamin lah, medical check up lah, mati stem lah, apa lah. Macam budak IUMC lagi satu hal, selagi tak dapat unconditional offer letter from uni, selagi tu lah tak dapat Surat Tawaran MARA which is important dalam proses nak lengkapkan borang-borang tuh.

Ouch. Uni mana lah bakal dijejaki nanti. Cork? Galway? Dublin? Alaa, redha je lah. Orang nak tanggung awak belajar mahal-mahal sana pun dah kira bertuah dah tu. Tapi harapnya dapat uni yang tu. [kang mention kang tetiba tak dapat, frust menonggeng pulak]. Papepun, harap IUMC bertindak pantas dengan kadar segera sebab budak ky IUMC dah sangat curious dah ni. Tapi lega sikit, bila Puan Kas [beliau datang tadi!happy!] cakap dia akan uruskan dengan pihak IUMC.

Pastu ada sesi heart-to-heart jugak especially untuk sahabat-sahabat yang tak lepas cut-off points MARA. Kawan, sesungguhnya aku pun rasa heart broken jugak bila one of the officers cakap, kalau tak lepas cut-off points, tak boleh fly. Sebab aku try to be in their position. Try to understand the difficulties that they are having now. Aku menangis sama dengan mereka tapi pepatah ada kata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku tak boleh tolong apa-apa melainkan bagi kata-kata semangat je.

But, officer tu ada cakap, esok they got meeting and they are going to discuss sama ada nak rendahkan cut-off points atau tak. So, goodluck goodluck. And andaikata, ANDAIKATA, their response is negative, kuatkanlah hati! Orang kata, belajar mana-mana sama je. Kalau sekarang tak dapat belajar oversea, mungkin sambung Master nanti, ada rezeki di oversea. 

Sekian, for medics; goodluck in your applications for private unis, for acturial sciences people andainya private unis takde course actuarial sciences yang mantap, takde salahnya mencuba course lain, barangkali mungkin course yang baru itu dapat memberi lebih keseronokan. Wassalam.

Sunday, August 14, 2011

Kurma, Madu & Hempedu


Assalamualaikum.

Merenung kembali tarikh 11 Ogos yang lalu [siapa blur, boleh tengok entry 11 Ogos], teringat cerita emak bahawa ayah mengeluarkan air mata gembira. Mak pun sama. Kakak-kakak aku pun sama.

Apa yang terdetik dekat hati aku time tu ialah terasa tinggi dan besarnya harapan keluarga di bahu aku ni. Kakak-kakak aku semua kerja dalam office, so bila aku decide untuk taknak duduk dalam office, sebaliknya nak kerja dalam hospital, mereka nak aku dapat capai cita-cita kerja kat hospital tu dengan jayanya.

Jadi, harapan mereka dekat aku, tak boleh lah disia-siakan begitu. Seharusnya harapan mereka dapat mendorong aku untuk terus belajar dengan tekun dan menjadi pengubat tatkala menghadapi kesulitan ketika menelaah pelajaran. [apsal skema sangat ayat aku ni]

Manisnya Kurma

Bak kata kak Azna, Batch 11 Kyuem yang menuntut bidang perubatan dekat Leeds, "kejayaan ini ada rasa manis yang tersendiri,". Kak Azna is one of my idols lah jugak. Sebab kondisi aku dengan kak Azna sama. Repeat paper AS-level Biology dengan Chemistry. So, bila Ogos 2010 kak Azna dapat straight A, aku pun rasa, WOW! Mantap gila, ambil 12 papers and dia perform!

So, since that, ada masa mesej dengan beliau dekat facebook, mintak tips especially Biology. Sebab aku sangat trauma dengan Biology sebab aku dapat gred C untuk As-level. Trauma gila sebab aku ingat aku dah jawab dengan baik, tapi rupanya kurang baik. Dengan tips kak Azna bagi, amat membantu jugak lah dalam usaha nak skor Biology disamping dengan pertolongan dari Allah s.w.t.

Ada juga mintak tips dari senior Bristol pasal tips nak score Biology, Chemistry, and Maths. Aku follow, and Allah pun tolong, Alhamdulillah dapat apa yang aku nak. So, terima kasih lah banyak-banyak kepada seniors yang sudi bagi tips. InsyaAllah, kalau ada juniors-juniors medic mintak tips, akak Ain akan share pada anda juga. [cewwah]

Dalam Madu Terasa Hempedu

Madu tu manis. Kejayaan itu manis. Namun begitu, dalam menikmati manisnya kejayaan, ada hempedu, ada pahitnya bila ada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik dari segi tidak lepas points universiti ataupun points sponsor. Jadi dalam menuturkan ucapan Alhamdulillah, sentiasalah mendoakan agar dipermudahkan kesulitan yang dihadapi mereka.

Bagi aku, mereka sebenarnya insan yang kuat, insan yang Allah sayang lebih, sebab tu Allah bagi ujian sebab Allah tahu hambaNya itu mampu untuk menanggungnya. Allah nak tambahkan pahal di atas kesabaran mereka menghadapi ujian. Barangkali, kalau aku di tempat mereka, Allah, mungkin aku jadi macam Kassim Selamat. [nangis sampai buta]

Bak kata seniors masa MOC, kita kena redha. Nak ungkapkan redha itu memang semudah ABC, tapi untuk hati turut sama kata redha, aku rasa agak payah kalau aku berada di tempat mereka. But, orang kata, bersangka baiklah dengan Allah. Sebab Allah itu Maha Mengetahui segalanya.

Kejayaan Itu Nikmat Dan Ujian

Keputusan cemerlang itu macam dua dalam satu. Nikmat dan ujian. Nikmatnya kerana dipermudahkan untuk mencapai apa yang kita inginkan oleh Allah s.w.t. Tapi ianya satu ujian juga. Untuk menguji level kesyukuran mungkin? Untuk menguji kualiti ibadah kita juga kan?

Masa musim exam, solat jaga. Awal waktu. Baca pun elok-elok. Baca sambil faham makna apa yang dibaca. Doa penuh tekun.

Masa musim exam habis, solat lambat-lambat. Kadang-kadang baca pun lalai. Baca laju-laju sebab nak buat benda lagha. Astargfirullahalazim. Sedar-sedar dah bagi salam. Dan tak sempat hayati makna bacaan dalam solat. Doa tu doa jugak tapi ekspress je selalu.

Masa musim dah cuak dengan result exam. Sama macam musim exam. Tambah bulan Ramadhan. Banyakkan ibadah sunat.

Masa dah dapat result okey?? Tanya diri sendiri. Hendaknya samalah macam musim kita cuak. Sebab hakikat kehidupan, kita memang sentiasa kena bergantung dekat pertolongan Allah. Jadi, aku nasihatkan diri yang selalu alpa ni, jaga solat betul-betul, anggap solat macam istirehat, tak perlu rushing-rushing, relax sudah.

Doa Sama-sama

Akhir kata, sama-sama lah kita doakan kejayaan bersama. Sebab manisnya kejayaan tu berganda-ganda pabila dikongsi dengan sahabat handai, umpama korang makan madu dengan kurma. Okeylah, esok pagi ada briefing dengan Mara. Sekian, wassalam.

p/s : juniors a-level, kalau ada masa boleh lah rujuk entry lama ni.

Nasihat Mr Vroege

Tips Dari Senior Bristol

Saturday, June 18, 2011

Hari Ini Awards Day Tapi Gembira Macam Hari Kawen Lah Pulak


Assalamualaikum.

Hari ni awards day! Rasa macam hari kawen pun ada sebab bergambar macam jadi raja sehari lah pulak. Hoho. Pukul 9 am dah gather dekat Japanese Garden tapi pukul 10 am baru gerak pergi Great Hall.

So, berjalan dengan penuh bergaya lah kami. Takde benda sangat nak dicerita. Cuma nak cakap hari ni ada mix feeling, gembira sebab hari ni adalah hari kami batch 12 dan sedih sebab hari ni hari last kami di ky.

Apa-apa pun thanks kat mak and ayah yang datang, angah, abang irwan, firas ammar, shafah, abang rizal, nabil, husna yang datang memeriahkan hari aku. Wohaaa!

And thanks jugak pada Puan Rosni, warden untuk budak-budak perempuan. Terkejut jugak tadi, masa hantar kunci kat Puan Rosni, beliau tanya, "Ain, dah update blog dah?". And aku errrr, macam mana Puan Rosni tahu pulak aku ada blog ni. Hohoho.

Satu kes lagi tak boleh blah, i told my sisters, eh that's calon adik ipar korang. And nasib baik lah my sistas tak muntah. Kakak aku lagi seorang tu siap ejek lagi, 'ah tegur dia pun tak, memandai je,". And they my sistas pun komen eh apsal dia bla bla bla. Lol! Who cares?

Okeylah, bye 'caring father'

난 당신을 많이 그리워합니다
(Nan dangsin-eul manh-i geuliwo habnida)


Tercapai gak impian nak bergambar dengan banner ky!

Curik bunga dalam dewan ohhh!

Adik pakcik najib jadi guest of honour.

Nak curik bunga ni jugak, tapi besor sangat.

Add caption

Family kat belakang bersembang.

Kat orde kosmos.

Dengan my thrid sister, shafah.

My second sister, angah.

Ohh thanks angah for the flowers and cute teddy bear.

Smile.

Shafah,mak,saya and angah.

Insan tersayang.

Dengan wali untuk nikah lagi 6tahun.

Nak jugak kenangan kat depan saad square.

Nak jugak gambar kenangan dengan board house diamond.

Dengan mak yang bakal jadi pengajar untuk masak-masak.

Smile.

Dengan nabil kat jap garden.

Dengan tipah kat dining hall.

Dengan afwa yang mekap-mekap.

With angah, abang irwan, firas tido!

Nak jugak latar belakang dining hall yang meriah.

Dengan my bro-in-lawa abang irwan.

Ahhh three of us are just so sweet in this picture. Haha.

Mak and ayah after lunch kat dining hall.

Dengan cikgu chem paling cool, Mr Amran.

With my dearest chaletmates.

Malam preparation awards day kat great hall. Kerusi putih for us. Ohsem!

Afwa.

Najwa.

Best gila banyak bunga masa malam preparation awards day.

With chaletmates during full dree rehearsal dengan cahaya kebenaran.

Aku suka background dia.

Memori dengan L-17D.

Tempat bermimpi indaha-indah.

Tempat berkiasu sama ada suka atau tidak.

Almari tempat sumbat segala benda.
And hari ni aku rasa, kalau ada awards baju paling simple, aku kot menang! Haha. Aku just pakai baju kurung moden tak moden beli kat tanjung malim, dengan tudung endon yang labuh. 


Ni kalau mak-mak tengok ni, mesti nak buat menantu. Tapi maaf makcik, saya tak reti masak untuk anak makcik, tak reti kemas rumah. Tapi makcik jangan risau, time cuti ni saya belajar, okey? HAHA.


Okeylah, macam biasa, kalau ada term tak faham, pergi laa translate sendiri okeyyy. Sekian, wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

Best Gila Armanee Terrace Damansara Perdana


Assalamualaikum.


Rancangnya hari ni nak lepak dekat chalet je, kononnya nak khatamkan nota-nota islaimc studies ustaz malikie lah. Tapi kita hanya mampu merancang, tup-tup dengan izin Allah, hari ni aku keluar dari ky. Yehaaa!


Pukul 9 lebih macam tu masa nak pergi sign invoice mara kat account department, erna pulak tetiba ajak pergi visit rumah madam zaharah dekat damansara. Memula rasa macam malas nak pergi sebab nak kena mintak sign lagi. Tapi sebab chaletmate aku najwa pergi, aku pun nak pergi jugakk!


And naiklah kitorang sepuluh orang dalam van ky. Semua students madam zaharah, cuma aku and shairah je bukan students dia. So, agak segan di situ. Tapi buat-buat tak segan lah. Hoho. 


laila, najwa and erna ditangkap atas tuduhan menceroboh rumah madam zaharah

nasi goreng kampung yang berjaya dihabiskan


hijau pemandangan madam zaharah setiap hari

random

segmen sembang-sembang

Masa mula-mula sampai tu, aku ingat rumah madam zaharah just kondo biasa, sekali, fuhhhhhhhhhh! Best gila  rumah dia! Penthouse kot nama jenis rumah dia tu. Ala, rumah dua tingkat dalam kondominium tu. Serius cun gila! And aku sangat gayat! Sangat!


Pastu sembang-sembang lagi dengan madam zaharah kononnya macam aku students dia pasal harga rumah dia. Harganya, wowwww! RM 600 thousand something-somethings. Itu tak tahu lah tahu bila dia beli. Entah sekarang dah sejuta dua juta ringgit dah kot. Duhhhh!


So, aku pun tetiba dah terpikior nak beli rumah macam madam zaharah. Best gila gila lah. Tapi mana pulak nak cekau duit membelinya? Semoga Allah murahkan rezeki saya dan bakal suami saya untuk beli rumah tersebut. LOL!


Pastu kondo tu siap dengan kolam, dengan kedai makan lagi. Madam zaharah belanjaaaa! Memang kenyang perut hari ni makan kampung fried rice dekat splash cafe. Sedap pun sedap, banyak pun banyak. Sampai aku dah konfius perut aku sakit sebab sengkak perut ke atau sebab makan rendang ayam masa wida' hari tu.


Dan selesai sembang-sembang, say goodbye. And kitorang sambung journey ke One Utama. Ahh bosan gila OU. Barang dah lah tak famous, tapi mahal. Aku just pergi beli roti boy dengan masuk cold storage je untuk beli makan-makan for piknik akak-akak diamond.


Dah ar. Malam ni ada makan-makan lagi sempena farewell party house diamond. Pastu nak kena stay up plak study islamic. Duhhhh. Memang minum nescafe lahhh malam ni! Esok pagi rehearsal awards day pulakkk. 


Orite, sekian wassalam.