Showing posts with label JALAN JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN JALAN. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Pergi FOTA

Assalamualaikum.


Hari ni pergi FOTA. Macam safari lahh. Seronok. Lepas tension. Lupakan kerinduan kat mak ayah along angah aishah mira thaqif danish firas nabil and husna. Weyhhh nama yang dimentionkan, aku SANGAT RINDU korang. Huhu. T_T


So, gambar dah upload kat facebook. So boleh lah pi tengok kat facebook kan. Tapi still sebab ni blog aku, of course kena letak sikit gambar pemandangan dan gambar aku. Eheh. Oh jugak some videoss. Hehe. Kalau internet korang laju, boleh laa play.









Ok, lets the story begin.


Ain ariffin,roomate penulis,penulis,farahin ayob,nasrah ariff ni semua budak full course duk kat castlewhite.



Pukul 9.30 pagi, kitorang budak castlewhite aku, tipah and ain ariffin dah gerak dah pergi bus stop dekat brookfield. And from situ nampak gak lah budak-budak yang tinggal kat vic lodge pun ke bus stop gak. Time tu memang hujan lebat gila. Tu pasal pakai rain coat boria dengan roomate aku.


Penulis dan roomate penulis. HAHA.



Pastu kul 10 something, baru bas no. 5 datang, and kitorang pun naik lah hingga ke Kent Station. Stesen train lah. So, sekarang dah tahu lah camne nak sampai Dublin. So budak dublin, jangan lupa bentang red carpet bila kitorang nak visit korang.


Penulis di fota.


Penulis suda pandai main drum afrika. Tahniah.


Penulis bersama kak syahirah adnin.


Penulis bersama roomate penulis.



Then naik train ke FOTA. 15 minit camtu je lah. Sembang bla bla bla, dah sampai. Masa sampai tu pun still hujan gak. So, nak ambil gambar waktu mula-mula tu pun payah sebab takut kena air. Papepun, lama-lama hujan reda.


Selain tengok-tengok makhluk indah ciptaan Allah s.w.t, ada satu sesi belajar main drum afrika. Oh cool lah. First time laa tepuk benda-benda alah itu. So, satu pengalaman baru walaupun masa main, aku rasa tangan aku dah lari tempo. Hehe.


Penulis kelihatan sangat gembira di belakang kak Syahirah Adnin.


Teddu bear zirafah adalah hak milik penulis. Ia lebih cute dari dua ekor zirafah kayu itu milik kak Syahirah Adnin dan roomate penulis.



Dah jalan-jalan semua tu, pergi gifts shop and aku beli giraffe yang comel ni. Oh ni bukti aku sampai FOTA okey. HAHA. Okey then pergi makan lunch yang dibawa khas oleh senior, nasi lemakkkkk! Wohoooo! Sedap. Rindu nasi lemak ky setiap pagi ahad. RINDU KY TETIBA!


Pastu ada sesi pengisian lepas solat zuhur. Pasal parti-parti jamuan makan-makan, pasal samak, pasal apa lagi, lupa. Duhhh. Tapi baguslah. Means that enjoy-enjoy jalan, at the same time, ditarbiyah(tiru ayat erna) jugak. Alhamdulillah.


Solat zuhur berlantaikan surat khabar.


Oh sangat ramai malaysian girl. Abang-abang senior cork kemungkinan confuse untuk memilih calon isteri. Roomate, all the best k!


Siapa datang cork, sila lah ke FOTA, okey! View sangat cun.


Hari yang penat tapi seronok. Mengeratkan ukhuwah sesama sisters. So, moga Allah berkati silaturahim yang dijalinkan. Moga-moga juga Allah permudahkan urusan kita di bumi asing ini. Ceewaah.


Okey, malam ni kena study lahhh!ANATOMY, i love you so much! Sekian, wassalam.

Sunday, September 18, 2011

Hari Ini Hari Ahad

Assalamualaikum.


Beli dekat pasaraya LIDL 15 euro. 



Hari yang lebih baik. Aku rasa kurang sayu-sayu. Mungkin sebab semalam masa skype dengan angah, aku memang dah meleleh gila-gila. HAHA. Ala lantak ah nak kata apa, aku memang suka nak nangis-nangis ni. Habislah power mata naik macamni.



Ingat balik misi datang sini. Nak grad first class honours. So, kena work hard and pray hard!!



Hari ni ada Quranic Circle. Topik pasal how to interact with Al-Quran. Kinda excited. Sebab memang kat ky jarang benor pergi usrah. And memang dah niat, dah sampai cork ni harapnya dapatlah jadi duta islam yang lebih baik, insyaAllah.



Antara tips nak interact with AQ adalah,

  1. Rasa yang AQ diturunkan untuk kita.
  2. Baca dengan hati yang berperasaan.
  3. Faham latar belakang ayat.
  4. Sedar siapa kita.


Dah lama tak bukak tafsir sejak ramadhan. Sebab busy. [ALASAN]. Pastu Quran yang baru beli bawak kat sini takde tafsir pulak. Duhhh. So, terpaksa lah carik maksud dalam internet.



Take note kakakda, kalau jumpa Quran with tafsir, beli and ship kan lah dekat aku. HEHE. Besar pahala ni, grab the chance! And postkan ke Apartment 21, UCC Castlewhite, Western Road, Cork, Ireland. [Alamat ini juga useful untuk mereka yang nak hantar hadiah kat aku ke, LOL]



Pastu, pergi makan-makan kat rumah Dr Mas Mahady. Tapi cam sengal je aku, pergi makan tapi tak jumpa tuan rumah. Duhhh. Tapi best lah makan-makan kan. So, for today tak masak lagi.



Ke rumah Raudhah.



 Inilah rumahnya.



 Jamuan raya Dr Mas Mahadi.



 Balik.



Kanak-kanak bermain badminton.



Beli groceries lagi.


So, nak letak gak lagi satu video.




Sekian, esok dah start kelas. Malam ni nak kena study sikit. Goodluck everyone. Wassalam.

Tuesday, June 21, 2011

Langkawi


Assalamualaikum.


Hari Ahad hari tu gerak pergi Langkawi. First time ohh naik kapal terbang. Hoho. Gayat tu adalah sikit. Sikit je lah. Cuma aku nak cakap, aku suka masa nak berlepas je. Time tu kan laju, rasa macam main roller coaster pulak.

Pergi langkawi. Ini kali kedua. Pergi tempat yang dah pernah pergi. So, takde lah teruja sangat. Cuma this time, baru ada kesempatan nak pergi Underwater World. Nak cerita banyak pun, aku malas. Layan gambar je lah, okey?


Kat LCCT.

Masa pergi langkawi, siang. Masa balik dari langkawi malam.
Fly time malam  lebih best. Nampak lampu-lampu.
And ter-sedar, bahawa kecilnya kita ni di atas muka bumi Allah.
Pengajaran, jangan sombong dan tinggi diri walaupun kita tinggi.

Family kakak pertama aku a.k.a ahfong.
Aku nak ambil gambar kat sini gak, tapi akak baju oren kerja kat situ halau.
Fuhhh.

Mak and ayah pun first time jugak naik kapal terbang.
Masa ni baru arrived kat Langkawi Airport.

Breakfast pertama di Langkawi.
Budak baju pink tu, Amirah, anak buah sulung.

Kat makam mahsuri.

Makam mahsuri lagi. Angah and abang Irwan duduk kat pangkin,
sementara firas mengkido.

Family Along lagi.
Family aku mana? Lol!

Kat beras terbakar.
Kat sini ada orang jual-jual baju, kain batik, baju kelawar jugak.
And seperti namanya, pergi sini rasa terbakar ohh kulit.
Panas gila.

Snap dari dalam kereta.
Elok pulak ada giant paip air.

Laksa power!
Hari ahad kitorang pergi, hari selasa pun kitorang pergi.
Memang power ahh laksa dia!

Thaqif and Amirah dekat depan pantai belakang Holiday Villa Beach Resort.

Pantai Tengah.

Waktu memula masuk underwaterworld.

Bangau kot nama animal kat belakang tu.

Random. Gambar hodoh.

Danish and Thaqif bersama penguins.
Oh penguin sangat comel ohhh!
So, nanti kalau korang comel, aku akan cakap,
eh kau comel macam penguin!
Erna comel macam penguin!

Penguin ni pun cute jugak.

Nasib baik itu muka kak Hasmah,
kalau muka kak Rosmah, takdela aku nak pandang.

Firas tengok Paklong dia masuk Geopark.

Rilek-rilek lah dulu.

Kereta kabel kat gunung mat cincang.
Ambik gambar je. Tak naik pun.
Seram sejuk ohhh! Seriau.

Dataran Lang pulak.

Siapa tiada di dalam gambar?

Siapa tiada di dalam gambar?


Hensem.

Balik.



So, overall, seronok jugak laa pergi Langkawi meskipun ada insiden tak tak tak diduga berlaku pada suatu malam. Tetttt. Bila fikir balik, aku malu. Tapi tak tahu nak malu kat siapa. Malu kat diri sendiri je lah. Just harap semua lupa pasal hal itu.


Okeylah, tidos dulu lah. Hari ni or esok nak pergi settlekan letter of good conduct pulak.


Sekian, wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

Best Gila Armanee Terrace Damansara Perdana


Assalamualaikum.


Rancangnya hari ni nak lepak dekat chalet je, kononnya nak khatamkan nota-nota islaimc studies ustaz malikie lah. Tapi kita hanya mampu merancang, tup-tup dengan izin Allah, hari ni aku keluar dari ky. Yehaaa!


Pukul 9 lebih macam tu masa nak pergi sign invoice mara kat account department, erna pulak tetiba ajak pergi visit rumah madam zaharah dekat damansara. Memula rasa macam malas nak pergi sebab nak kena mintak sign lagi. Tapi sebab chaletmate aku najwa pergi, aku pun nak pergi jugakk!


And naiklah kitorang sepuluh orang dalam van ky. Semua students madam zaharah, cuma aku and shairah je bukan students dia. So, agak segan di situ. Tapi buat-buat tak segan lah. Hoho. 


laila, najwa and erna ditangkap atas tuduhan menceroboh rumah madam zaharah

nasi goreng kampung yang berjaya dihabiskan


hijau pemandangan madam zaharah setiap hari

random

segmen sembang-sembang

Masa mula-mula sampai tu, aku ingat rumah madam zaharah just kondo biasa, sekali, fuhhhhhhhhhh! Best gila  rumah dia! Penthouse kot nama jenis rumah dia tu. Ala, rumah dua tingkat dalam kondominium tu. Serius cun gila! And aku sangat gayat! Sangat!


Pastu sembang-sembang lagi dengan madam zaharah kononnya macam aku students dia pasal harga rumah dia. Harganya, wowwww! RM 600 thousand something-somethings. Itu tak tahu lah tahu bila dia beli. Entah sekarang dah sejuta dua juta ringgit dah kot. Duhhhh!


So, aku pun tetiba dah terpikior nak beli rumah macam madam zaharah. Best gila gila lah. Tapi mana pulak nak cekau duit membelinya? Semoga Allah murahkan rezeki saya dan bakal suami saya untuk beli rumah tersebut. LOL!


Pastu kondo tu siap dengan kolam, dengan kedai makan lagi. Madam zaharah belanjaaaa! Memang kenyang perut hari ni makan kampung fried rice dekat splash cafe. Sedap pun sedap, banyak pun banyak. Sampai aku dah konfius perut aku sakit sebab sengkak perut ke atau sebab makan rendang ayam masa wida' hari tu.


Dan selesai sembang-sembang, say goodbye. And kitorang sambung journey ke One Utama. Ahh bosan gila OU. Barang dah lah tak famous, tapi mahal. Aku just pergi beli roti boy dengan masuk cold storage je untuk beli makan-makan for piknik akak-akak diamond.


Dah ar. Malam ni ada makan-makan lagi sempena farewell party house diamond. Pastu nak kena stay up plak study islamic. Duhhhh. Memang minum nescafe lahhh malam ni! Esok pagi rehearsal awards day pulakkk. 


Orite, sekian wassalam.