Showing posts with label KYUEM. Show all posts
Showing posts with label KYUEM. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Macam biasa lah, selagi results tak keluar, memang takde points nak cerita.


Assalamualaikum.


Dah lama gila tak online guna skrin besar. Kalau tak online guna skrin semakfon yang kecik bagai tu je. Baru sampai dari Lenggong and sekarang kat rumah kakak aku kat Putrajaya. Pinjam lah broadband dia kejap. Fuhhh.


Macam biasa lah, selagi results tak keluar, memang takde points nak cerita. Hari-hari duk fikir results results results. Memang kalau google perkataan 'results' tu, confirm-confirm otak aku yang google recommend kan. Ok, it's lame.


Dalam nak menghampiri tarikh 11 Ogos tu, standard lah semua baru nak ingat Allah, nak doa panjang-panjang, sujud lama-lama. Gamaknya kalau 11 Ogos tu tak wujud, entah-entah ramai yang alpa pada Allah termasuk lah aku. Tapi, cepat-cepat lah ubah, yang kita ni, sepatutnya sepanjang masa kena ingat Allah.


Aku tak ingat kat tv mana, ada ceramah dia kata, " orang yang merasa cinta Allah ni adalah orang yang sebelum tidur dia ingat Allah, bangun tidur,  first sekali dia ingat Allah,". Jadi kiranya nak cakap, tak kisah laa waktu susah ke senang, ingat Allah selalu.


Budak ky ada buat pantun 3 kerat, "kau cuak, aku cuak, semua orang cuak...". Memang tipu lah cakap dalam hati aku rileks gila nak dapat results kan. Tapi bila fikir balik, apa faedahnya nak cuak-cuak ni? Cuba cerita. 


Cuak ni perasaan yang boleh dikawal sebenarnya, KOT. Jangan fikir sangat pasal results, just terus khusyuk dengan ibadah puasa and ibadah sunat lain. And just terus tidur nyenyak, walaupun selepas baca surah tiga qul sebelum tidur, akan pikir results lagi sampai termimpi-mimpi.


Dan biarkan 11 Ogos datang dengan sendirinya. Cewwah. Tak usah kita countdown. Sebab ianya akan tiba jua, insyaAllah. Waktu-waktu macam ni, berdoa je yang kita mampu usaha. Sekian, ini mungkin update terakhir sebelum hari keluar result A-level.


Goodluck, all the best, wassalam.

Saturday, June 18, 2011

Hari Ini Awards Day Tapi Gembira Macam Hari Kawen Lah Pulak


Assalamualaikum.

Hari ni awards day! Rasa macam hari kawen pun ada sebab bergambar macam jadi raja sehari lah pulak. Hoho. Pukul 9 am dah gather dekat Japanese Garden tapi pukul 10 am baru gerak pergi Great Hall.

So, berjalan dengan penuh bergaya lah kami. Takde benda sangat nak dicerita. Cuma nak cakap hari ni ada mix feeling, gembira sebab hari ni adalah hari kami batch 12 dan sedih sebab hari ni hari last kami di ky.

Apa-apa pun thanks kat mak and ayah yang datang, angah, abang irwan, firas ammar, shafah, abang rizal, nabil, husna yang datang memeriahkan hari aku. Wohaaa!

And thanks jugak pada Puan Rosni, warden untuk budak-budak perempuan. Terkejut jugak tadi, masa hantar kunci kat Puan Rosni, beliau tanya, "Ain, dah update blog dah?". And aku errrr, macam mana Puan Rosni tahu pulak aku ada blog ni. Hohoho.

Satu kes lagi tak boleh blah, i told my sisters, eh that's calon adik ipar korang. And nasib baik lah my sistas tak muntah. Kakak aku lagi seorang tu siap ejek lagi, 'ah tegur dia pun tak, memandai je,". And they my sistas pun komen eh apsal dia bla bla bla. Lol! Who cares?

Okeylah, bye 'caring father'

난 당신을 많이 그리워합니다
(Nan dangsin-eul manh-i geuliwo habnida)


Tercapai gak impian nak bergambar dengan banner ky!

Curik bunga dalam dewan ohhh!

Adik pakcik najib jadi guest of honour.

Nak curik bunga ni jugak, tapi besor sangat.

Add caption

Family kat belakang bersembang.

Kat orde kosmos.

Dengan my thrid sister, shafah.

My second sister, angah.

Ohh thanks angah for the flowers and cute teddy bear.

Smile.

Shafah,mak,saya and angah.

Insan tersayang.

Dengan wali untuk nikah lagi 6tahun.

Nak jugak kenangan kat depan saad square.

Nak jugak gambar kenangan dengan board house diamond.

Dengan mak yang bakal jadi pengajar untuk masak-masak.

Smile.

Dengan nabil kat jap garden.

Dengan tipah kat dining hall.

Dengan afwa yang mekap-mekap.

With angah, abang irwan, firas tido!

Nak jugak latar belakang dining hall yang meriah.

Dengan my bro-in-lawa abang irwan.

Ahhh three of us are just so sweet in this picture. Haha.

Mak and ayah after lunch kat dining hall.

Dengan cikgu chem paling cool, Mr Amran.

With my dearest chaletmates.

Malam preparation awards day kat great hall. Kerusi putih for us. Ohsem!

Afwa.

Najwa.

Best gila banyak bunga masa malam preparation awards day.

With chaletmates during full dree rehearsal dengan cahaya kebenaran.

Aku suka background dia.

Memori dengan L-17D.

Tempat bermimpi indaha-indah.

Tempat berkiasu sama ada suka atau tidak.

Almari tempat sumbat segala benda.
And hari ni aku rasa, kalau ada awards baju paling simple, aku kot menang! Haha. Aku just pakai baju kurung moden tak moden beli kat tanjung malim, dengan tudung endon yang labuh. 


Ni kalau mak-mak tengok ni, mesti nak buat menantu. Tapi maaf makcik, saya tak reti masak untuk anak makcik, tak reti kemas rumah. Tapi makcik jangan risau, time cuti ni saya belajar, okey? HAHA.


Okeylah, macam biasa, kalau ada term tak faham, pergi laa translate sendiri okeyyy. Sekian, wassalam.

Friday, June 17, 2011

Aku Bakal Rindu Ky & Ini Post Terakhir Di Ky & Aku Dah Rindu Ky


Assalamualaikum.


Detik percintaan dengan kyuem.

First post dekat ky!


Haih! Dua tahun dah dekat ky! Fuhhhh. Esok last day duduk dekat chalet L-17D ni. Lepas ni, takde dah laa nak  kiasu-kiasu and nak lepak-lepak dalam bilik ni. Aahhhhhh! Susahnya nak terima kenyataan yang lepas ni tak dapat tidur dalam chalet ni dahh!


Dan susahnya nak terima fact yang lepas ni takde lagi gelak tawa gila-gila dengan Najwa and Afwa. Buat lawak lame, usik-usik each other, sambung nyanyi lagu and terpekik-pekik dalam chalet, "aku basuh baju dulu", "aku nak pam toilet dulu", "aku mandi dulu", "aku conquer tempat sidai baju dulu", "eh seksi", "eh jom pergi makan" and lain-lain dialog lagi.


Aku dah pun rindu ky. Rindu orang-orang ky. 


Especially najwa, afwa and lim. Nampak hari-hari kot. Najwa memang pergi dublin, afwa pergi nott, lim kat mana entah. Pastu si erna yang bising tu, tak sangka, dari sama kelas kat mrsm taiping, pastu sama-sama masuk ky, but next memang akan berpisah. Erna ke kent. 


Pastu rindu makcik tipah tu yang selalu membalas sengihan saya. Hoho. Kalau dapat sama uni ngan tipah, boleh laa aku sengih kat tipah lagi. Pastu tak ketinggalan, 'caring father' yang secara tak sengaja mendapat tempat dalam skop pemandangan saya. 


Tipah tersengih ayu.

Memori berkiasu.

Okeylah, itu je catatan terakhir or my last post in kyuem. Aku rindu ky, rindu, rindu, rinduuuuuu! Ada umur panjang, datang aku ke sini lagi, insyaAllah.


Ahhh sedih pulak sebab ini last taip-taip entri kat ky. Memang sentimental sungguh lah kann!


Okey, esok awards day. Ahad fly to langkawi. Rabu ke putrajaya nak settlekan letter of good conduct. Kalau ada masa, nanti aku update about awards day and trip to langkawi.


Akhir bicara, all de best batch 12 kyuemian in your future undertakings!! Kawen, ajak lah kenduri. Lol! Sekian, wassalam.


p/s-peritnye nak tekan butang publish post bcoz diz is my last post kat ky.T_T

Thursday, June 16, 2011

Sentimental Kyuem : Piknik Diamonders & End-of-Sem Dinner


Assalamualaikum.


Aku update selalu lately ni sebab nak simpan memori secukup-cukupnya sementara lagi dua malam je aku akan bermalam di ky. Sedih ohhhhh! Bila nak keluar ky, baru lah aku akan berharap, boleh tak masa gerak slow-slow? Tak puas lagi nak bersosial dengan member ky. 


Malam tadi, yakni tadi, ada end of sem dinner kat dining hall. Makanannya nasi goreng, ayam paprik. And then ada roti jala with kuah kari. What else? Oh ada kek lapis, ada muruku, ada apa lagi entah. Airnya air laici. 


Aku and najwa malas nak makan nasi, sebab petang tadi akak-akak diamonders berpiknik dekat gazebo, so, perut kenyang. Kitorang balun air batu campur a.k.a ABC. Sedap jugak lah ABC-nya, tapi apsal aiskrim atas dia sikit je? Lol. Syukur je lah.


Performance? Banyak tak banyak sangat. Tapi yang paling best, Dr. Ravi punya video. Sumpah best gila. Dia buat dua video. Satu, video kartun Dr. Ravi, Mr Shan, Mr Siva main kat padang. Kedua, video Mr B and Mrs B dancing. Yang ni best gila! Dr Ravi kata, nak download, pergi download kat www.mampus.com. Try laa!


Pastu announcement pemenang House Cup, and yeah, Topaz laa menang lagi. Derrrrrrr. So, sebab meja aku pun hampir dengan budak Topaz, rasa annoying jugak laaa tengok mereka gembira tak ingat. Jangan marah ahhh budak topaz ehhh.


So, itu je lah ceritanya. Seronok tapi tu lah, bila fikir balik lepas ni tak dapat gather dengan akak-akak diamond lagi after keluar ky 18 Jun ni, mesti rasa, ahhhh sedih ohhh! Ermm kat bawah ni some pictures masa piknik kat gazebo and dining hall.


Kenangan bersama daddy cool dihadapan chalet.

Kenangan bersama cermin cembung tepi jalan.

Dengan bantuan timer handphonce cap sony.
From right : najwa,afwa,pika ganung

Wonderful evening ohhh!

Begitulah awananonanonanonanonanonanoooo. Cantik ohh awan ky!

Juadah piknik.

Awal benor cup tempatnya.
Front row from left, pika,lela,erna,tempatkosong,najwa.
Back row from left, mas and afwa.

ABC. 


Daddy cool.
Former name rapist sebab didapati mengandungkan
banyak kucing betina di sekitar chalet perempuan.
Bapa kepada banyak anak kucings.


Tu diaa nak letak jugak lambang 1malaysia.



Tentatif awards day.

 


That's all. Esok opppss hari ini ada full dress rehearsal for awards day. Berbunga-bunga. Sekian, wassalam.