Thursday, August 5, 2010

Rain Kool


Bukan Mat Kool ya, but Ran Kool.


Salam... Srrrrpppp..Sedapnya megi yang aku masak. Ceh, poyo gila. Tuang air panas dengan letak perencah je. Tapi still dikira aku masak lah. So, tuan-tuan dan puan-puan, siapa kata aku tak reti masak, reti tahu. Especially masak megi dengan telur.


Hormon aku macam tak stabil sikit minggu ni. Nafsu makan pun semakin melonjak sedangkan tadi dinner kat dining hall dah makan nasi dengan ikan keli sambal. Ah, tetiba rindu ikan keli cili api mak aku.


Sebab hormon yang tak seimbang ini turut memberi kesan emosi kat diri aku sendiri. Pelbagai perkara yang harus dilaksanakan bulan ini. Aku cuba taknak jadi stress sebab aku dah warning kat diri sendiri yang aku nak cool sepanjang sem ini.


Tapi macam payah je nak cool. Tambahan pulak aku nak sambung medic. Dan sekrang ni soalan common yang ditanyakan kepada budak-budak nak ambik medic adalah seperti :


" Eh ain, dah siap dah personal statement? "
Aku jawab : Draft dah ada, tapi tak buat yang penuh lagi.
Dalam hati : Ah, liat betul nak dah buat ps yang penuh.


" Kau pilih universiti apa for ucas form? "
Aku jawab : Bristol, Cardiff, Southampton dengan Leicester kot.
Dalam hati : Aku tak kisah mana-mana pun, asalkan dapat terbang.


" Test UKCAT kau dah buat practise dia dah? "
Aku jawab : Belum lagi.
Dalam hati : Dari bulan lepas nak download practise test, sampai hari ni tak download.


Jadi, by end of this week, aku nak selesaikan personal statement aku. Tomorrow early in the morning, nak download test ukcat tu. Harap-harap planning aku ni jadi.


PENGUMUMAN :


Aku baru dapat berita seorang batch aku MARESMART 07/08 meninggal dunia hari ni. Namanya Liya Nordin. Sama-sama lah sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah walaupun korang tak kenal. Allahyarhamah satu dorm dengan aku dulu. Tak rapat. Tapi still rasa sedih. At the same time rasa takut. Sebab kita tak pernah tahu bila ajal kita. Awal atau lambat. Kita tetap perlu bersedia. Persoalannya, bersediakah aku?


Sekian, salam.

5 comments:

Yasmin Yahaya said...

Good luck, ain! all the best..

Nur Areefah said...

all the best, n takziah~

Hanis Amanina said...

takziah utk keluarga liya. ya Allah, serius aku terkejut sangat.

mmg benar, ajal tak kenal usia. moga dipermudahkan masa kita nnti.

Ummu Safiyah said...

haHA.. ye.. aku dah tau apa jwpn kau..
aku pun mpunyai matlamat yg hmpir sama dgn kau.

Norain Ishak said...

minye, thanks min.

nur, thank nur.

hanis, insyaAllah hanis.

ummu, haha.baguslah kalau ko dah tahu.same kite achieve matlamat kite tu.