Saturday, December 1, 2012

D.B.S

Assalamualaikum.





Jadual kelas minggu ni tak lah pack sangat, tapi still rasa busy dengan hal-hal non-academic. Sebenarnya, bila cakap soal busy ni, risau satu benda je, sama ada busy kita itu diredhai Allah atau tak, sama ada masa yang kita guna itu ada keberkatan atau tak. 


Oh okey lah. Hari ni nak cerita pasal dilema "Aku daie tapi aku student,". Amboi kemain ye tajuk dilema tu. First, apa maksud daie, ya, mungkinlah ada pembaca (ada ke yang baca blog ni?) tak tahu maksud daie. Daie tu kalau ikut definisi yang aku faham adalah pendakwah, mengajak orang buat kebaikan, dan mengajak orang meninggalkan kejahatan. Nak lagi best, mengajak orang to seek for Allah's pleasure and forgiveness.


Semua orang Islam boleh claim themselve as daie as long as diorang sedar, memang kewajipan setiap Muslim untuk berdakwah. And you wanna know something? Apa sunnah terbesar nabi Muhammad s.a.w, nabi yang kita kata kita cinta itu? Jawapannya adalah berdakwah! Fine lah kalau kita memang tak pakar dalam bab sirah, tapi kita ada tahu apa yang Rasulullah s.a.w buat setiap hari ialah berdakwah. 


Saat aku sedar sebenarnya sedar bahawa aku memang perlu menjadi daie, aku rasa.......


"Apakahhh? Ilmu agama aku dah lah low gila. Inferior lah aku dengan si A, si B, si C yang lagi mantap mantoya tuuu,"


"Adakah aku sedang berjenaka bahawa aku telah menanam azam untuk menjadi daie?"


"Boleh ke aku bagi komitmen? Aku student kot. Aku datang sini nak belajar medik lah, bukan nak jadi daie daie ni!"


" Arghhh dilema dilema dilema..!"


Sobs sobs sobs.


It has been a year, Alhamdulillah, kerana hati ini masih sedar akan kewajipan untuk berdakwah, masih sedar bahawa diri ini harus menjadi golongan profesional yang mempunyai fikrah Islam yang syumul. Dan sepanjang perjalanan sehingga hari ini, aku semakin mengerti bahawa aku perlu menjadi daie yang bergelar student. Dilema itu semakin lama, semakin pupus apabila semakin faham hikmah dari setiap perkara.


Ingatlah, we are Muslims that happened to be a student, not a student that just happened to be a Muslim. Menjadi daie, bukan bererti kita menolak tanggungjawab sebagai pelajar ke tepi. Menjadi student, bukan bererti kita menolak tanggungjawab sebagai daie ke tepi. Senang cakap, dua-dua kena balance! Kita mahu menjadi penolong agama Allah dan pada masa yang sama kita perlukan ilmu dunia untuk faedah umat manusia.


Menjadi daie yang bergelar student, pertamanya kita kena sedar, 24 jam kita tidak akan sama dengan student biasa. Jadi daie bergelar student atau kita buat shortform DBS ni memang kena pandai urus masa, pandai manage perkara-perkara yang dia kena laksanakan. Sebagai contoh, DBS kena spend masa untuk study, membaca, tambah ilmu agama supaya boleh sampaikan kepada orang lain, daie pun kena menghadiri usrah juga, bukan bawak usrah semata. DBS juga kena develop soft skills yang penting di era modenisasi hari ini. Amboi, ayat!


Kita sebolehnya menjadi DBS yang cemerlang di arena dakwah dan juga di medan akademik. Janganlah kerana kelemahan akademik, menjadi fitnah kepada DBS yang lain.


Macam di Cork sendiri, aku kagum dengan seniors kat sini. Aktif dalam dakwah, yet boleh score exam macam seniors yang tak commit in dakwah. Padahal kalau nak kira logik, masa study diorang lagi sikit dari orang lain, tapi Allah tetap bagi kejayaan akademik kat diorang. Kalau betul kita ikhlas nak tolong agama Allah, insya'Allah, Allah permudahkan kita di medan peperiksaan. 


Paling penting kena balance. Jangan sibuk study, sampai tak mahu nak sertai semua program kerohanian. Jangan sibuk berprogram kerohanian, sampai study ke laut. Jangan! Seimbangkan keduanya! Doa selalu, tahajud selalu, agar diberi kekuatan hendaknya.


Akhir kalam, kalau hari ni belum baca Quran, sama-sama kita renung firman Allah dalam surah As-Saff, surah ke-61. Sekian, wassalam.



Ps: DBS kena pandai multitasking, baguslah, senang nak urus rumah tangga. Ohoi~

3 comments:

KaeL said...

subhanAllah. jalan kita sama. dan terima kasih selalu memberi motivasi. :)

qilaraf said...

tergelak sebentar... hihi

"Ps: DBS kena pandai multitasking, baguslah, senang nak urus rumah tangga. Ohoi~"

Norain Ishak said...

yana, semoga sama2 cemerlang dunia akhirat, insya'Allah

kak qilah, amboiii apa yang klakar sgt tu?kehkeh