Saturday, May 2, 2009

jangan kau lepaskan(last part)

Aku meluru masuk ke dalam wad dan mencari-cari katil abang Aliff. Itu pun dia. Abang Asyraff,rakan baik abang Aliff pun ada di situ.

"Abang Asyraff, doktor kata apa pasal abang Aliff?"kataku sayu.

"Alin banyak bersabar ya. Tadi doktor bagitahu abang yang abang Aliff mungkin koma seminggu, sebulan, setahun, ataupun selama-lamanya,"ujar abang Asyraff dengan tenang. Tika itu air mataku berjujuran menuruni pipi. Perasaan sedih yang amat menyelubungi jiwa aku.

Aku khuatir kalau-kalau aku tak akan dapat bertemu dengan abang Aliff lagi."Takut tak sempat abang nak tengok,". Ayat abang Aliff tempoh hari bermain-main di benakku. Adakah ini maksudnya? Tidak! Abag Aliff pasti akan sedar!

"Bangunlah abang Aliff. Hari tu abang kata nak tengok saya pakai cincin yang abang bagi. Saya dah pakai. Bangunlah," kataku sambil mengoncang-goncang tangan abang Aliff.Namun abang Aliff masih terbaring kaku.

"Alin,sama-samalah kita berdoa agar abang Aliff cepat sedar. Alin jangan lah sedih-sedih macam ni. Kalau Alin sedih, abang Aliff pun sedih. Jom abang hanatar Alin balik kolej,"ujar abang Asyraff memujukku.

"Alin sayang kat abang,"ucapku perlahan.Sejurus itu,aku mengekori langkah abang Asyraff.

***

Dua minggu sudah abang Aliff terlantar di wad. Setiap kali selepas tamat kuliah,aku pasti datang melawatnya dengan harapan abang Aliff sudah terjaga dari komanya. Entah kenapa,lain macam perasaan aku hari ini.

Sebaik sampai di ruang legar hospital,aku ternampak abang Asyraff lalu segera berlari anak ke arahnya.

"Abang Asyraff! Abang Aliff dah sedar ke?"tanyaku penuh mengharap. Abang Asyraff terdiam lama. Wajah sugul abang Asyraff buat aku jadi tak keruan. Cakaplah!

"Alin, abang Aliff..."

"Kenapa dengan abang Aliff?"teriak aku.

"Dia dah takde, Alin. Dia dah takde. Baru tadi jenazah dia dihantar balik ke Johor,"ujar abang Asyraff perlahan. Aku terkedu mendengar jawapan abang Asyraff. Lemah longlai aku sehingga terduduk di atas lantai. Aku sedih. Aku terkilan. Inikah jawapan yang harus ku dengar?

Abang Asyraff memapah aku yang umpama seperti orang lumpuh yang kurang upaya ke keretanya.

"Abang Asyraff, kenapa waktu saya dah mula sayangkan dia,kenapa dia pergi tinggalkan saya? Kenapa?" kataku tersedu-sedan. Terasa dunia tidak adil untukku. Abang Asyraff menjadi pendengar setia setia luahan perasaanku.

Aku tahu, aku harus kuat menerima takdir ini. Aku harus tabah dan aku redha dengan pemergian abang Aliff.

***

Pejam celik, pejam celik, 6 bulan sudah abang Aliff meninggalkan aku. Aku masih setia mencintai dan menunggu abang Aliff. Umpama orang gila, Ayu sifatkan aku seperti orang yang tidak dapat menerima hakikat. Ayu,kau tak menegrti diri aku. Bukan mudah untuk melupakan insan yang pertama bertakhta di hati ini.

Kalau abang Aliff masih ada,pasti hari ini abang Aliff akan memakai jubah graduasi sempena hari konvokesyennya. Tapi abang Aliff sudah tiada.

Diikutkan hati yang sedih,aku tak mahu menjejakkan kaki di Dewan Canseleri pada hari itu. Tapi atas arahan Presiden kelab,aku ditugaskan menjaga gerai cenderamata bersebelahan dewan gah itu.

"Assalamualaikum Alin,"ucap satu suara yang begitu dekat di telingaku dari arah belakang.Lalu aku segera menoleh.

"Abang Aliff!"jeritku perlahan. Bermimpikah aku melihat abang Aliff yang berdiri dihadapanku lengkap berjubah graduasi? Ternganga seketika aku dibuatnya.

"Alin,abang masih hidup,"ujar abang Aliff.

"Tapi,kenapa abang asyraff cakap abang dah takde?"tanyaku pelik.Aku pasti itu bukan lah roh jelmaannya. Memang itu abang Aliff yang sebenar.

"Alin,Alin. Abang buat macam tu sebab nak tengok sejauh mana awak sayang kat abang. Tak sangka, Alin sayang sangat-sangat lah kat abang ni.Actually waktu match tu,abang tercedera sikit je. Lepas tu,abang pura-pura koma. Rasa seronok pula dengar hari-hari awak cakap sayang kat abang. Abang rindu pulak nak dengar," ujar abang Aliff tersenyum padaku.

"Jahatnya abang ni. Dari dulu samapi sekarang suka nak kenakan saya. Tak sukalah macam ni!"kataku geram.

"Tak suka pun, Alin still pakai kan cincin abang tu,"kata abang Aliff sambil menjeling ke arah cincin yang masih tersemat di jariku. Aku tersenyum malu.

Ya,aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Kematian olok-olok' abang Aliff mengajar aku menjadi insan yang lebih sabar,lebih tabah dan lebih penyanyang dalam mengharungi takdir hidup.Moga hubungan aku dengan abang Aliff sentiasa berada dalam kedamaian..

1 comment:

aqeyLs said...

helios eclipse/..ley thn cerpen kao..berperisa