Saturday, September 15, 2012

Empat Benda Nak Cakap Sebelum Balik Cork


Assalamualaikum.


Hari Isnin ni dah nak balik Cork. 11 Jun - 17 Sep. Seronok berada di Malaysia. Tapi, demi tanggungjawab sebagai pelajar, harus ku gagahi juga melangkah ke bumi Ireland semula. Belajar itu kan satu jihad, apa ertinya hidup kalau tidak berjihad? Tidak berkorban? Hoho.


So, takde benda sangat pun nak cerita. Just wanna put some pictures of myself. Omg. Obses dengan sendiri?Hihi.



Everytime pegang baby Fahim, one thing popped up in my mind, what does it feel when I have my own child? Atau dalam bahasa melayunya, apa rasanya bila ada anak sendiri? Anak itu satu pelaburan, jadi pelaburan memang ada risikonya, kalau nak untung, kena ada ilmu melabur. Nak anak jadi soleh, kena tahu cara mendidiknya. Sudahkah saya bersedia mendidik anak sendiri?




Nafsu memang tak pernah puas. Orang kata, bukan neglect terus dengan nafsu, tapi kena pandai control nafsu. Dulu nak smartphone, beli smartphone. Lepas tu nak ipad, beli ipad. Lepas tu nak laptop baru pula. Dah ada laptop baru, rasa nak beli kamera pula. Tak tahulah nanti kalau dah beli kamera, nak beli apa pula? Haih. Jangan diturutkan nafsu. Jangan keliru antara kehendak dan keperluan!




Ada orang kata, pakai tudung besar macam khemah bergerak. Not sure, are they referring to this kind of khemah. Hehe. the point is, mulut orang, memang kita tak boleh tutup untuk mengkatakan tentang kita. Tapi kadang, orang tak mengata kita pun, cuma kita yang over fikir persepsi orang terhadap kita. Perempuan terutamanya. Nak pakai baju fit-fit badan, sebab nak tunjuk badan slim ke? Kamon lah. Bersyukurlah awak tu slim, mudah nak carik pakaian longgar. Kalau orang yang gem-gem, susah tahu nak carik baju yang tak melekat kat badan. Pasal tudung, aku sekarang takde lah pakai tudung sekali besar yang bulat kain licin tu. Tapi sama-sama lah make an effort untuk make sure tudung tu cover dada kalau tak boleh nak sampai cover perut buncit. Hehs.



Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis orang. Ada yang kita katakan sekepala, ada yang tak sekepala. Yang penting, kena terima seorang seadanya. Sama aa dia kelakar atau dia serius atau apa ajer. Setiap insane tu ada keunikannya, percayalah. Daripada pemerhatian, setiap orang yang kita lihat sebagai serius, ada sense of humournya tersendiri, and itu bagus and cool lah. Tapi kalau orang kelakar, tiba-tiba tunjuk serius, itu serammm! Jadi, sekepala ke tak sekepala ke,  terima aje lah. Pasti ada something yang best pada semua orang.




Sekian, jom balik Cork! Haha. InsyaAllah.



No comments: