Wednesday, September 19, 2012

Tiada Tajuk Sebab Letih Sangat


Assalamualaikum.


Amaran : entry kurang berilmiah. Hanya untuk tatapan ahli keluarga terdekat sahaja. Eheh.


Alhamdulillah. Dan sampai cork. Kalau nak kira guna waktu malaysia, perjalanan KLIA-Dubain-Dublin-Cork ialah dari 2 pagi 18 sep sampai 1 pagi 19 sep. Allahu rabbi, Allah sahajalah yang tahu penatnya macam mana. Namun begitu, syukur sangat sebab perut tak buat hal and tak ada cirit birit disebabkan food poisoning a day before balik hari tu.


And serius lahhh, lepas ni tak rela nak naik emirates from dublin. Lepas ni memang nak direct Cork-London-KLIA guna aer lingus and malaysia airlines.


Homesick? Haha. Bukanlah homesick pun. Cuma rasa nak meleleh air mata jer bila teringat keluarga dan Malaysia itself. Hihi. Tambah pulak sekarang ni duk bilik seorang satu, galak la aku nak menangis, hehe.


Macam semalam masa bas aircoah berhenti kat kedai, tersedar yang sekarang nak beli apa apa kena tengok sesuai untuk vegetarian ke tak. Logo Halal Jakim jangan harap la kome nampak kat sini. So, kena berhati hati semula nak beli food bagai. Pastu masa bayar kat kaunter, alamak, takde plastik bag pulakk. Hehe.


Pastu jemur diri sementara tunggu teksi untuk balik rumah, sejuk pulak. Kat malaysia, takyah nak tahan tahan sejuk ni. Bukak air paip kat bilik air, sejuk giloss air ni apahal, gigil okey nak ambik wudhuk. Hoho.


Barang barang semua dan unpacked, tapi sumbat macam tu je lah. Nak kemas proper proper, memang tak larat. Malam tadi tido kul 10pm and bangun 5.30am, solat subuh pastu terus skype dengan angah and mak and nangis nangis lagi. Tu pun still rasa sakit badan lagi.


And yeah, kembali memasak di bumi cork. Hidangan pertama nasik goreng ikan bilis, hoho, kalo kat rumah, memang takde ler den nak memasaknya. Kat sini, sebab dah seharian tak makan nasik, tu pasal masak jugak tu.


Okeylah, nak sambung tido. Hihi.




Oh ya, farah chan gave me this owl. Hehe. Motif laa owl ni pun nak buat muka sayu macam muka den. Haha.






- Posted using BlogPress from my iPenyayang

1 comment:

adila said...

baby baru pun hantar ain? :) wahh, semangat anak buah hang :)

p/s: jgn nangis2, kejap je 10 bulan tu. huhu