Salam. Aku tengah demam bola sekarang ni. Haha. Demam aku baru datang minggu lepas sedangkan orang lain dah demam bola sejak bulan lepas lagi. Eheh. Dan demam ni telah membuatkan aku berjaga pukul 2.00 pagi semata-mata nak tengok match antara Uruguay lawan Jerman. Gila! Sebabnya aku tak pernah terfikir yang aku sanggup bangun pagi-pagi macam tuh.
Dalam entry aku si gila-gila bola dulu, aku kata aku pelik dan tak paham kenapa orang suka tengok bola. Dan kini, aku dah paham kenapa orang fanatik dengan bola. Hehe. Tengok bola ni seronok sebenarnya. Macam tengok movie kat cinema. Tapi tahap keseronokan itu bergantung pada cara pasukan tu main lah. Kalau dua-dua pasukan bermain secara terbuka , syok lah nak tengok sampai habis match. Kalau pasukan bermain secara bertahan je, boring ar.
Dulu mindset aku pasal bola sepak adalah sepak-sepak bola je. Tapi tanggapan aku tu tak betul sama sekali. Bola sepak menggabungkan penggunaan mental dan fizikal. Fizikalnya kena lah terror bawak bola tu, kena pantas berlari nak bersaing dapatkan bola dan lain-lain skills lah yang aku tak berapa nak tahu. Kalau mental, players kena fikir macam mana nak membolosi benteng pertahanan lawan dan seterusnya, GOAL !
Orang selalu cakap yang orang perempuan tengok bola sebab nak tengok PLAYERS JER sedangkan bukan tahu pun pasal rules bola sepak. Silap dong. Apa kes tengok players jer, orang nak tengok PLAYERS DAN BOLA lah. Macam aku, aku nak tengok pemain favourite aku menggelecek bola tersebut dengan macho-nya dan penjaga gol favourite menangkap bola dengan penuh bergaya. Haha.
Sekarang, mari kita berkenalan dengan selebriti pemain bola kita yer. Gambar dan maklumat players diperoleh dari website rasmi FIFA.
Okey, bercakap pasal players, pengetahuan aku tentang players pun dah berkembang dengan pesatnya. Kalau dulu, aku cuma kenal Ronaldo, David Beckham, Zinedine Zidane je, tapi tahun ni, dah tahu banyak sikit. Kalau Argentina, mestilah si Messi tu. Kalau Jerman, Thomas Mueller. Kalau Sepanyol, David Villa. Kalau Belanda, ada Wesley apa entah namanya. Mereka smart dan smart.
Jadi, itulah sembang bola kita malam ni yer. Sesungguhnya, aku pun tak tahu macam mana boleh terjebak tengok bola sepak nie. Kena badi sebab pernah kutuk benda bola-bola ni kot. Dah tu, tetiba rasa nak FIFA World Cup setiap tahun. Ceh. Dah kritikal sangat demam aku ni. Okeylah, chow dulu makan ubat. Salam.
No comments:
Post a Comment