Sunday, July 11, 2010

Sneijder Tetap Comel Walaupun Iniesta Jaringkan Gol


Salam. Mula-mula sekali aku nak tujukan lagu ni untuk pasukan Sepanyol especially untuk Inesta walaupun diorang tak tahu pun lagu ni aku dedicate khas untuk mereka. Haha.


sila baca entry ini sambil mendengar lagu ini untuk semangat bola.


iniesta.klik gambar untuk berita lanjut.


viva espana.


Huh! Tak tahu macam mana nak cakap. Waktu match berlangsung, aku tension gila. Tak gol-gol lagi. Mana si David Villa, si Inesta, si Xavi. Aku dah ar trauma. Ceh. Sebabnya bila aku sokong Brazil, kalah. Sokong Argentina, kalah. Sokong Uruguay, kalah. Kali ni, tak. So, happy bangat dong. Happy macam hari dapat result spm. Eheh.


Aku sokong Spain, bukan sebab si Paul sotong kurita tu, tapi sebab tahu team Sepanyol ni mantap dengan players mereka yang mantap man-toya jugak tu. Cara diorang main pun memang suspek ar. Oh bercakap pasal Paul, toksah lah nak percaya kat ramalan dia tuh, kang syirik percaya kat ramalan sotong tu tau. Ramalan Paul kebetulan semata-mata.


Wesley Sneijder.Jangan bersedih.Kamu tetap cute di mataku. Eheh.


Walaupun Spain dah menang, tapi simpati plak kat Wesley Sneijder. Muka dia yang comel kelihatan sangat frust aku tengok. Players Oranje yang lain muka kelat semacam. Padan lah. Waktu awal-awal game main kasar lagi. Tu pasal lah susah nak gol. Kalau tak aku rasa, Oranje boleh je menang dengan sepakan Arjen Robben tu. Oh, penghargaan kepada Callista jugak, dia cekap mencekau bola dari pasukan Oranje itu.


Bila tengok perlawanan akhir macam ni, sangat beremosi aku rasa. Lebih-lebih lagi waktu masa tambahan 30 minit tu. Mulut aku dah terkumat kamit sebut ish, ehh, ahh, eee dan macam-macam sebutan lagi. Tak tentu arah and tak boleh nak stay depan tv. Tension sampai aku alihkan mata aku dari tengok tv, dan buat benda lain. Stress tahu. Dan stress itu serta merta berakhir bila Inesta menjaringkan gol di saat-saat akhir. Hah! Lega.


Huhu. Sedih pulak piala dunia 2010 dah tamat. Sedihnya tu lebih kurang macam sedih bila bulan Ramadhan berakhir. Haih. Tak boleh blah. Ye lah, lepas ni bila kala pulak nak tengok orang main bola. Kalau budak ky main, itu aku memang taknak tengok la. Kalau budak ky ada iras-iras Wesley Sneijder ke, Messi ke, Inesta ke, Gerard Piques ke, tahan jugak lah duduk kat tepi tebing padang ky. Eheh.


Okeylah, Spain pun dah menang. Jumpa lagi tahun 2014 kat Brazil. Eheh. Dah lah, semalaman tak tidur. Solat dulu dan zzZZZZzzzzZZzzzzzZZzzz....Salam!

10 comments:

Unknown said...

srnok smpi xde suara bersorak2 spain mnang..huhu

xazryx said...

kesian belanda sbb x mng .sedih aku .huhu .

Luth Textile said...

mimpi basah malam ni tido sebab ned kalah. nk buat macam mana.. hahaha

erkk.. nak badan macam robben

Hanisham Ab Halim said...

Tahniah Spainnnn!!! huhu

Nina Mazlan said...

ena xsaangka ena jaga smpi 4.30 tuk tgk bola.haih~

lg 30 mnit xlarat da ~_~

Norain Ishak said...

@shidi shah-wah,kalau malaysia menang,tercabut anak tekak kot.

@xazryx-jangan bersedih.wesley sneijder tetap comel.

@luth-apa kena mengena ned kalah dgn mimpi basah.tak paham.oh, robben memang tough.

@echam-viva espana!

@erna-ceh,ada org teman tengok bola kah?haha.

jar_of_heartzzz said...

gila!!!

Norain Ishak said...

@jannah- kau kata aku gila?sampai hati mu.aku repot kat david villa.

Unknown said...

waka2 spain menang!! yahoo..!!! hehhehee

Norain Ishak said...

@irfan-waka2 mesia menang! Eheh.