Sunday, July 4, 2010

Cameron Highlands : Bandaraya Strawberi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Aku baru saja berbulan madu di tanah tinggi cameron. Seronok dan teruja. Dan juga gayat. Hehe. Gayat dengan suasana yang sejuk, dingin dan membekukan. Ceh, hyperbola tak hengat.


Banyak sangat tempat yang best untuk diterokai kat tanah tinggi cameron. Tapi aku berbulan madu pun dua hari satu malam, mana sempat nak jelajah semuanya. So, hanya tempat-tempat bertuah je yang telah dipilih oleh aku untuk dilawati.


Memulanya, kami sekeluarga menziarahi ladang teh Cameron Bharat. Ladang teh yang menghijau memukau mata yang melihat. Alang-alang dah sampai sini, kalau tak turun ke ladang rugi ar. Tangga nak turun ke ladang agak curam, tapi niat nak bergambar ala-ala duta teh cameron membuak-buak, so den turun jugak.


Dah penat jadi fotogedik dan fotogenik, kitorang minum teh pulak. Tehnya sedap tapi pahit sikit. Jadi kesimpulannya, baik minum teh free kat rumah daripada minum teh kat cafe Cameron Bharat secawan RM4.00.


Next, kami ke Big Red Strawberry Farm. Kat sini bukannya ada strawberry je, ada sayur-sayur,ada pokok kaktus, ada pokok bunga. Tapi yang paling best ada aiskrim with strawberry. Sangat de-li-ci-ous dan sangat manis. Sesuai untuk anda yang nak kena penyakit kencing manis.


Pada petang yang indah itu juga, kami ke pasar malam brinchang. Yang bestnya pasar malam ni, mata korang akan disajikan dengan bantal strawberi, shawl strawberi, selipar strawberi, towel strawberi, macam-macamlah strawberinya. Dan dalam banyak-banyak strawberi, payung strawberi menjadi pilihan hati.


mak, inilah ladang teh kepunyaan ain.haha.


welcome bebeh..!


tangga yang menguji kekuatan otot kaki anda.


ahfong selaku duta daun teh bersama anak beliau.


ini dia cara untuk mendapatkan kemanisan duniawi yang tak terkata.


jom jom datang ke sini.


kaktus-kaktus yang comel.


strawberi yang segar-bugar.


sayuran nan menghijau.


Itulah serba sedikit catatan perjalanan kami di tanah tinggi cameron. Jadi, siapa yang belum pernah pegi, sila lah pergi. Majulah indutri pelancongan untuk negara. Eheh. Sekian, salam..

No comments: