Friday, July 2, 2010

cahaya bersama satria


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cahaya. Sinetron lagi. Aku dah kena demam drama indon lah. Ubat, please. Haha. Walaupun aku tahu sampai habis cuti ni pun episod sinetron ni belum tentu sempat habis, tapi still nak tengok jugak.


Actually, ada beberapa sebab untuk menonton drama indon. First, sebab lagu tema. Kalau lagu tema dia sedap, aku akan tengok drama tu. Contohnya macam sinetron Assalamualaikum Cinta tu. Yang sinetron Cahaya pulak, lagu tema dia lagu Letto, lagu Sebelum Cahaya. Sedap je telinga mendengar.




Sebab kedua, sudah tentulah pelakon dia. Kalau Naysilla Mirdad berlakon, aku suka. Sebab dalam drama dia berlakon, dia tak make-up tebal. Natural beauty je. Dan dia bagi aku, pelakon wanita yang comel eventhough tak putih melepak. Lakonan dia pun nampak tulus ikhlas. Cewwah. Macam juri lakonan pulak gaya aku ni.



dua-dua comel..


Itu heroin. Kalau hero? So far, sepanjang aku menonton drama indon, tak pernah aku tengok hero dia tak hensem. Hero-hero drama indon mesti smart punya lah. Haha. Aku bayangkan kalau buruh-buruh indon kat Malaysia ni hensem macam dalam TV. Mesti gempak. Mesti gadis-gadis Malaysia pun berkeliaran kat tapak pembinaan sebab nak tengok buruh yang hensem. Lepas tu, takkan keluar berita-berita nak hantar PATI-PATI yang hensem balik negara asal kan?


bagai tembikai dibelah dua..


Sebelum ni kalau hero-hero sinetron indon hensem, aku tak pernah kisah. Hero-hero kat alam realiti yang hensem pun aku tak ambik tahu, inikan pulak dalam tv. Takde perasaan pun. Cuma, hero dalam sinetron Cahaya ni buat aku jadi minat gila. Haha. Namanya Dude Herlino yang berlakon sebagai Satria. Dia smart. Dan hensem. Dan baik. Dan penyayang. Dan caring. Penyayang dengan caring, sama kan? Hehe.


sweet bangat dong..


Aku tengok sinetron cahaya ni pun sebab nak tengok babak Dude Herlino dengan Naysilla Mirdad je. Comel. Mereka itu memang cocok deh. Setiap kali part Dude Herlino mencurahkan kasih sayang ala-ala 'brotherly love' and 'harmless flirt' bak kata Hlovate dekat Naysilla Mirdad, aku pun sengih sorang-sorang. Hahaha.


walaupun muke dude kerek, tapi masih kelihatan smart..


Okeylah, angau lebih-lebih plak. Ni mesti kes terlebih makan coklat lah ni. Sekian, salam.

2 comments:

n i k l i s a said...

name die dude ke?
aku pggil aqso je. hahaha.

mmg ensem. :D

norain ishak said...

@niklisa-dia memang hensem.haha.moga hatinya pun hensem jugak.