Assalamualaikum cinta.
Haha. Apa kes tiba assalamualaikum cinta. Ada kes, sekarang ni terngiang-ngiang lagu tema sinetron Assalamualaikum Cinta kat TV9. Tajuk lagunya Raja Jatuh Cinta nyanyian Numata. Aku paling suka kalau nyanyi bahagian chorus dia ;
seribu wanita menggoda,
hanya kamu yang jadi ratu hatiku,
seribu kali kau hancurkan,
masih ada banyak waktu memaksamu.
Meltz kejap bak kata zue. Haha. Okey, abaikan. Itu mukadimah yang takde kena mengena dengan apa aku nak cerita hari ni. Tajuk entry, lagilah takde kena mengena. Saja je. Sebab angau kejap cara Kevin sebut "Assalamualaikum, cinta.". Nak tahu macam mana Kevin sebut, pergi tengok sinetron ni pukul 11 pagi setiap Isnin hingga Khamis.
Assalamualaikum cinta..!
Ahad lepas, balik je dari reunion twelvians kat Midvalley, terus balik rumah Negeri Sembilan. Kat rumah Negeri Sembilan tak dapat internet connection, so hari ni dekat rumah kakak den kat PJ, baru lah boleh nak cerita. Kiranya hari ni nak buat ulasan reunion kedua twelvians lah. Hehe.
Daripada 27 orang warga Twelvians 07/08, hanya enam orang berkesempatan menghadirkan diri. Aku, zue, minyeye, fathin fadhilah, farouq redza ngan arsyad izzat. Yang lain tak dapat datang. Takpelah. Tapi make sure reunion pada 1 Januari 2018 kena datang. Haha. Merancang betul aku nie.
Apa-apa pun, meh kita lihat fizikal dan mental warga twelvians yang hadir.
Siti Zulaiha :
Beliau bertambah ayu. Kembang lah zue tu aku puji dia. Tapi, zue tetap dengan keslumberan beliau. Ayat-ayat beliau yang tak boleh blah tetap melekat di bibir beliau. Tapi aku tak kisah. Sebab kalau zue guna ayat sopan-sopan ni, tak best lah.
Yasmin a.k.a Minyeye :
Min macam tu je lah. Tetap dengan kekurusan beliau tahap maksima. Makan banyak. Tapi maintain kurus and slim. Ni yang buat kitorang jeles. Dan sebab kejelesan itu kami panggil beliau Min OBES.
Fathin Fadhilah :
Athin pun tak banyak berubah. Masih dengan gaya manja dia, gaya sopan santun dia, gaya skema dia, gaya tertib dia. Haha.
Farouq Redza Iskandar :
Haa, budak ni banyak berubah. Mungkin sebab dah ada gefren. Badan dah makin berisi. Hati senang ada gefren kot. Oh, rambut pun ada style baru. Style Lee Min Ho. Haha.
Arsyad Izzat :
Arsyad macam zaman maktab dulu, gaya poyo yang tak berapa poyo, gaya slumber yang tak berapa slumber. Arsyad tetap arsyad.
Norain Ishak :
Haha. Apa kes review diri sendiri ni. Cuma nak cakap, aku mengalami sengal tahap gaban bila bersama zue otai and min obes.
Alright, tu pasal budak kelas 12. Sekarang nak cerita tempat-tempat menarik yang dikunjungi. Ceh, menarik lah sangat.
MPH Bookstores :
Tak sempurna lawatan ke MidValley kalau tak singgah sini. Aku sebagai pencinta buku, geram bebenor tengok buku-buku yang ada. Nak beli semua tak mampu, sempat grab 6 bijik buku je untuk santapan rohani dan santapan minda. Waktu belek-belek buku tu, aku terfikir, kalau dah kahwin nanti, aku nak dating kat sini je. Korang pun, toksah lah nak dating-dating kat cinema, kat taman bunga ke apa, dating kat MPH lagi bagus.
Domino :
Sekali lagi domino menjadi tempat untuk menjamu selera. Kali ni ada enam orang je, jadi tak cukup korum kalau nak makan kat meja panjang yang tinggi tu. Haha. Entah kenapa, aku rasa lapar gila waktu tu. Sedangkan aku dah breakfast pulut kuning bagai kat rumah. And zue pun berkata, " No-rain mana pernah kenyang, ". Malu tak berapa malu kejap. Haha. Memang sifat lapar tu tak boleh dipisahkan dengan aku, zue.
Pusat Bowling :
Apa kes skema sangat nama tempat ni. Tak tahu lah nama penuh tempat tu apa. Yang penting main bowling. Semua tunjuk skills masing-masing. Paling tak boleh blah si Zue dengan Farouq. Zue before nak baling bola siap baca doa lagi. Haha. Farouq pulak dengan tarian zapin dia sebelum nak baling bola. Padan lah pun. Farouq nombor satu, Zue nombor dua. Dua-dua ada style tersendiri.
pemain bowling handalan..
zue dan no rain..
min obes dan zue ayu..
min dan no rain..
farouq dan arsyad..
min dan zue dalam aksi terlampau..
min dan zue dalam aksi sopan..
arsyad dan min dalam aksi control..
fathin dan farouq dalam aksi entahlah..
So, itulah tempat-tempat yang dilawati. Seronok. Tapi kalau semua datang, lagi seronok. Next reunion, tak tahu lagi bila. Kalau sesiapa free hujung tahun ni, boleh lah nak buat gathering lagi. Bukan kat mid kot, maybe kat tempat lain.
Sekian, saya melaporkan berita 2nd twelvians gathering untuk channel ainsdiary. Salam!
4 comments:
hahaha..ain, ko nanti jadi organizer la tok reunion yg 2018 nanti
@minye- Haha.ape plak.ko lah jadi organizer.aku nak rileks2 je.tukang jemput boleh.tukang upload gambar pun boleh gak.haha.
what the hell??aq type name aq kuar bnde ni..har3 bgusla ain..sbb ko la aq wujud di dunia maya ni..huk3
farouq, ek eleh.google name sendiri ke?hahaha.
Post a Comment