Sunday, July 25, 2010

Menara Gading Pilihan


Salam. UCAS. UCAS. UCAS. Apa UCAS tuh? Okey, yang tak tahu tu, aku bagi tahu ya. UCAS stands for Universities & Colleges Admissions Services. UCAS ni macam pengantara antara student untuk apply universiti kat UK tu lah. So, hari ini mari kita berbicara pasal universiti di tanah tumpah darah orang putih tu ok.


Disebabkan deadline for budak nak sambung medicine lebih awal daripada budak course lain, jadi sekarang ni, aku pun tengah kelam kabut nak pilih universiti. Kalau dulu UPU, otak aku duk pikir nak masuk UM, takpun UIAM. Takde universiti lain jadi pilihan. This time, untuk pergi belajar oversea nun, macam-macam universiti ada. Dah tu kena pilih empat je. Pening kepala eden.


Nak pilih uni oversea ni bukan senang. Nak kena tahu surroundingnya macam mana. Kalau dulu aku pilih UM dengan UIA, memang aku dah biasa benar dengan tempat tu. Sekarang ni, kena rajin nak search pasal tempat tu kat mana. Bukan satu uni, banyak uni tahu! Pastu nak kena tahu gak uni punya sistem pembelajaran macam mana. Haih.


Nasib baik encik MABECS ada. MABECS stands for Malaysian British Educational Co-operation Services. Dia bagi satu booklets spesiol untuk budak nak sambung course medics. Dalam tu dia ada state lah sekali enviroment dia macam mana, overseas quota berapa, ada interview ke tidak, entry requirements dia and sistem belajar dia macam mana. Spesial kan? Tu aku pernah cakap, budak medic ni anak emas kolej.


So, sehingga hari ni, aku berjaya mengshorlisted kat 8 universiti. Suppose kena pilih 4 je. So, dalam minggu ni, aku cuba lah nak pilih the only 4 lagi. Universiti-universiti yang bertuah itu adalah, ceh, poyo gila.


campak saja lah aku dimana-mana.

  1. Aberdeen - compact city, integrated system based and PBL, quota 13
  2. Bristol - compact city, integrated system based, quota 19
  3. Cardiff - compact city, integrated system based, quota 25
  4. Glasgow - compact city, PBL, quota 18
  5. Leeds - compact city, integrated system based, no interview, quota 21
  6. Leicester - campus, integrated, quota 27
  7. Newcastle - compact city, integrated system based, quota 26
  8. Southampton - campus, integrated system based, quota 21

So, itulah university pilihan hati. Actually aku tak kisah pun kena campak kat mana-mana. Compact city ke, campus ke, asal dapat fly, dah bersyukur gila dah tu. Pastu pasal entry requirement, aku malas nak letak. Of course lah admissions tutor nak straight AAA eventhough dalam tu dia tulis AAB. Entah-entah triple A Star. Mahu botak aku macam tuh!


Oh ya, pasal cita-cita aku nak pergi Ireland. Aku dengar khabar angin, nanti ada MARA representatives datang untuk conduct apa benda entah untuk study di Ireland. Itu pun aku nak jugak lah. Jadi back up plan untuk fly ke UK la.


Aku beria-ia nak masuk uni pilihan, harap-harap uni pilihan terima aku. Harap-harap dapat predicted grade straight A from cikgu-cikgi. Harap-harap, personal statement aku dapat impress kan diorang. Harap-harap dapat chance gi interview dan diterima. Harap-harap, harapan aku ni menjadi kenyataan. Usaha dan doa dan tawakal.


Okeylah, itu je luahan perasaan aku untuk hari ini. Siapa ada saudara mara kat universiti yang aku list kan tu and tahu keadaan persekitaran and pembelajaran and kemudahan macam mana, sila-sila lah share dengan hamba yang tak pernah merantau kat negeri orang yang putih ni. Sekian, salam.


p/s- ingatkan aku check pengiktirafan JPA dengan Malaysia Medical Council.

4 comments:

Nur Areefah said...

U mana la yang malang tu XD

Norain Ishak said...

nur, pe lak malang.bertuah ar sebab mereka adalah calon2 uni yang aku nak jejak.haha.

Daniera said...

uncle akak dulu study kat leeds. tp buan medic la. dr citer2 die mcm best jer. kalo nak compare dgn tempat akak kerja skang nih, procedure nak gerak sana sini, leeds tu berkali2 ganda lagi best la. tp kalo nk compare dgn tempat2 y ain list kan tu, tak pasti la plak. tp kalo bace buku citer hlovate, aberdeen mcm best kan :)

Norain Ishak said...

kak daniera, leeds?itu dalam perancang utk 4 pilihan tu.hehe.aberdeen?yup,mcm syok je, tapi jauh ke utara la plak.susah nak gather ngan kenkawan nanti.doa2 kan lah saya dpt fly yer..hehe.xD