Saturday, May 22, 2010

brader luv


salam..seperti mana yang korang sedia maklum atau tidak, aku sekarang obses ngan radio x-fm.. petang malam x-fm memanjang..lagu-lagu mp3 semua tak layan..lagu-lagu kat x-fm lagi mantap kot..!


ok, next nak cakap pasal ada satu segmen kat x-fm.. segmen brader luv..means that sape-sape ada masalah cintan-cinton boleh text brader luv and ceritakan masalah..and then brader luv akan call pasangan orang tuhh untuk settle kan problem..


brader luv dan sister luv sedia membantu..


and sepanjang aku dengar ulangan segmen brader luv nie, yang luahkan masalah mesti gegirls..kesimpulannya, boyboy ni memang tak amik kisah pasal relationship dorang..kesian gegirls ni..erk, kesian kah?

-------------------------------------------------------------------------------------

masalah satu :
ada seorang girl ni risau akan relationship mereka sebab boyfren dia asyik marah-marah je bila si girl ni call and text dia..and then brader luv pun call lah boyfren dia..and then boyfren die explain lah, boyfren dia cakap, takkan waktu kelas nak main mesej, nak call semua..

pendapat aku :
ngengade ar gegirl ni..kalau bercinta tuh, perlu ker texting and calling sepanjang masa..membazir duit jer..baik membazir g undi iwan af8 tuh!..

------------------------------------------------------------------------------------

masalah dua :
ada seorang girl..girl lagi kan?dia konpius sama ada seorang mamat ni suka dia ke tak..pastu dia suruh brader luv settlekan probs dia..so,cam bese brader luv pun call lah mamat tuh..pastu mamat tu pun ngaku lah dia suka kat girl tuh..excited giler girl tu..pastu girl tu offer diri nak jadi gefren mamat tu..mamat tu terkezut giler..jap, ade lagi..pastu brader luv cakap ar " so, lepas ni keluar dah boleh pegang tangan ar?"..and then girl tu mengiyakan..

pendapat aku :
pengakuan berani mati tu offer diri sendiri jadi gefren....pastu pasal bab pegang tangan, ek eleh, senang je nak bagi orang pegang tangan..baru jadi pakwe makkwe..belum suami isteri larhhh..!

--------------------------------------------------------------------------------------

masalah tiga :
ada seorang girl lagi..call brader luv and bagitahu yang boyfren dia dah taknak keluar gi dating, g movie atau sama waktu dengannya..so, brader luv call boyfren die..boyfren die jawab lah, dah selalu dating, so boring lah buat aktiviti yang sama.. and then, brader luv suh mamat ni explain sendiri kat gefren die..ini memang part, gefren die dah bertukar jadi HULK kot..boyfren die cakap, " syira, .."(aku tak ingat nama apa yang laki tu sebut)..belum sempat boyfren die nak explain, gefren die cakap, " syira? ni shida lah!" ambik kau mamat..kantoi sudah!papppp..talian dimatikan..

pendapat aku :
lain kali kalau nak jadi playboy pun, jangan lah lupa nama-nama gefren dan senarai aktiviti yang dilakukan bersama gefren..kan dah kantoi..tak pasal-pasal jer..

---------------------------------------------------------------------------------------

okey cukup lah tiga masalah ni.. apa yang korang dapat?.. bercinta tak semestinya manis..ada pahit..ade masam..dan mungkin ade masinnya.."ala lebih baik ade manis, pahit, masam dan masin, daripada kau takde rase ape2"...ade aku kisah?


sekian..sape-sape ade masalah cintan-cinton, sila call brader luv..tapi nanti femes sangat lak..haha..aku pun suke gak consult orang walaupun masalah sendiri pun tak settle..so, boleh tanya aku gak..huahua..sekian, salam...

No comments: