salam..hari ni taknak tulis merapu..tapi nak bagi nasihat..cewwahh..haha..bukanlah..nak bagi santapan rohani jer...sekali sekala nak jugak tulis entry yang bermanfaat..actually, aku cilok dari handout2 yang muscom bagi kat chalet tuhh..aku tak pernah baca, tapi bila dah baca, insaf kejap..jadi, sebab tu lah nak letak dalam blog, kot-kot ada yang tak pernah baca lagi ker kan?..
1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini Allah tidak suka..Kalau tertidur lain cerita..
actually kita tahu, melewatkan solat tu tak baik..tapi still buat jugak kan..degil..!kalau tengok tv, tahu pulak nak punctual..hish, apa nak jadi nie..=0
terasa di situ yer..
2. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal..kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat..
eh mana boleh..tido lepas subuh lah best..yang ni,aku jarang buat..ye lah bangun pagi nak iron baju,nak gi kelas, bila masa nak tido balik.haha..tapi kalau kat umah,ehem2..tak jamin ar..tapi aku cuba lah tak tido lepas subuh..
3. Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. nanti rezeki kita dikongsi syaitan.. baca jangan tak baca..orang kata kalau makan tak kenyang sebab share ngan mr syaitan ar..tapi aku dah baca,still lapar..haha..itu sebab kuat makan..
sapa tak hafal doa makn,ini doa makan..
4. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan..takut-takut kita mati dalam perjalanan..
yang ni paling memberi impak kat aku..kadang keluar chalet tuh, takde niat apa pun..niat cuma ingat nak pergi makan breakfast kat dining hall jerk..tapi bila dah terbaca nasihat ni, aku cuba lah ubah niat keluar chalet aku tuh..
cantik rumah ni..
5. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. nanti hati kita gelapa diselaputi dosa..
ini lagi satu..susah sebenarnya nak jaga mata..tapi sama-sama lah kita cuba yer..dalam erti kata lain, menundukkan pandangan..tapi bila jalan jangan sampai langgar dinding lak,ok!
comel jer hero dan heroin nie..
6. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
kekadang kat umah tu terlepas cakap ngan mak..belom sempat aku nak mintak maaf, mak aku dah suruh aku mintak maaf kat dia..baikkan mak aku,taknak anak dia ni berdosa..so,aku pun mintak maaf dengan rela..kalo among frens, ego tu adalah sikit kot..entahlah..tapi kalo betul aku salah,memang aku mintak maaf..so,kenkawan mintak maap yer..
jangan tunggu raya,baru nak mintak maap..
7. Jangan mengumpat sesama rakan taulan..nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia..
pasal program buat ketupat ni, aku rasa orang pun sedia maklum dosa mengumpat ni..so,takyah nak mengumpat2..tak puas hati,bagitahu jer depan-depan..takyah nak sorok-sorok..sorok sebalik pokok kelapa or what-so-ever..
8. Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita..nanti kita sombong apabila berjaya..kalau gagagl kecewa pula..
jadi,dalam musim2 exam macam ni..selepas kita dah berusaha..kita berserah je pada Allah..dia yang memnetukan segalanya..dan percayalah setiap yang Allah takdirkan, ada hikmahnya..
okey..tu jer lah nasihat untuk aku dan korang juga..sebelum tu nak bagi lagi madah-madah cinta..haha..
"..when things are down and you are out of your mind,remember just remember Allah is The Kind..when your life is in darkness and nothing is right, remember just remember, through the darkness, Allah is The Light..when nothing makes sense and your heading for demise, remember just remember, Allah is The Wise.."
sekian..ambil yang keruh, buang yang jernih..salam..=)
1 comment:
thnx 4 da nsehat...hee
=)
Post a Comment