Showing posts with label BRADER LUV. Show all posts
Showing posts with label BRADER LUV. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

brader luv 3 : bella boleh blah


salam..hari ni nak cerita pasal segmen brader luv kat xfm lagi..haha..dah jadi segmen feveret aku pulak..sambil baca nota chem, sambil dengar xfm..so, hari ni, kesahnya adalah mengenai perempuan mata duit-duitan...


ini bella yang boleh blah..!


kisahnya begini..adalah seorang mamat ni, namanya sharul..sharul bagitahu kat brader luv pasal gefren dia..gefren dia ni dah terkantoi dengan sharul ni..sebab ada satu hari, sharul terserempak dengan gefrennya nama bella..bella tengah jalan berpegang tangan dengan seorang lelaki lain...


suspek ar kat sharul..waktu dia bagitahu prob die, cool je suara dia..takde gaya nak mengamuk macam singa..selalunya kalau perempuan, dah jadi mak singa dah kalau boyfren dia curang..pergh..baik budak si sharul ni..penyabar orangnya..


so,brader luv call si bella..and bella ni pun cool jugak..dia admit lah die keluar dengan lelaki tu..and die mengaku gak die memang ade affair ngan mamat tuh..and waktu tu gak die kata, dia nak break up dengan lelaki tu and blah blah blah...


alasan dia nak clash, ialah kerana si sharul ni macam kurang kemampuan..bella kata si sharul ni bila ajak makan tempat sedap2 sikit, taknak..nak beli barang make-up dia tak mampu...and dia rasa dia macam takde mase depan dengan si sharul ni..bella kata lagi, dia rase lebih secure dengan boyfren dia yang baru tuh..


ah, bella memang mata duitan..mentang-mentang si sharul tu kerja kat kedai buku je, suka-suka je nak curang..kenapa mula-mula bercinta dulu, tak kisah plak si harul tu keja kedai buku, kenapa baru sekarang nak beralih angin? memang mata duitan..dan malang betul lah boyfren baru si bella dapat gefren hampeh macam tuh..


and bella ni bagi aku, memalukan kaum perempuan..memalukan! sebab apa, sebab dia kate si sharul tak mampu beli make-up die sumer..apa dia ingat hidup perempuan ni 100% bergantung dekat lelaki ker? bella, carik duit sendiri lah, sis! beli barang guna your own money lah! jangan duk nak menghabiskan duit orang..!useless lah hidup macam tuh..!


ceh, aku pulak yang angin yer..kalo pompuan nak carik suami, takut lelaki tu jenis player..tapi kalo aku jadi lelaki, aku rasa aku takut kalau pompuan tu jenis pisau cukur dan mata duitan segala..kot-kot aku muflis, terus dia blah tinggalkan aku..


akhir sekali aku nak cakap, carik duit banyak2 umpama nak hidup seribu tahun lagi, dan beribadat umpama nak mati esok hari..sekian, salamm..


p/s-bella memang boleh belah!


Monday, May 31, 2010

brader luv 2


salam..petang yang cerah semalam..seperti biasa,sambil menghadap chemistry, radio x-fm menjadi peneman setia..pastu ada segmen brader luv..yang lainnya kali ini, bukan problem antara gefren ngan boyfren, tapi antara mak ngan anak..


problem brader luv lagik..?


kisahnya mengenai seorang mak yang telah diconteng arang mukanya oleh anak dia..means that anak dia dah buat somethings yang tak baik lah..anak dia kata dia kena tipu ngan boyfren dia...tipu pasal apa, takde pulak diceritakan..


waktu brader luv call mak dia, mak aihhhhh, garang gila mak dia..mak dia tak mengaku ada anak nama efa (bukan nur areefah yer)..ya Allah, sampai hati mak dia cakap macam tuh..tapi, aku paham lah, mak mana yang tak marah kalau anak dah malukan dia..tapi, sekali lagi, rasanya tak patut mak dia cakap macam tuh..anak itu kan anugerah dari Tuhan.. baik buruk dia, kita still ibu bapa dia..itu satu fakta yang memang tak boleh nak ubah..


okay, itu pasal maknya..anaknya..?anaknya menangis gila-gila..kesian pulak aku kat dia..tapi bila teringat kat mak dia, memang patutlah..remaja, bukan nak tahu fikir betul-betul..main redah jer..darah muda lah kononnya..bila sudah terhantuk, baru nak tergadah..tapi, yang lebih menyedihkan, mak dia taknak maafkan dia...perghhhhhh!


kalau aku jadi si efa tu, rasa macam dah derhaka gila kat mak..derhaka kat mak, balasannya apa..?mintak jauh lah kita semua daripada derhaka kat emak bapak ni..syurga ni dibawah telapak kaki ibu kan..jadi, sebelum nak buat sesuatu, fikir kesannya kat mak bapak, kat family...


kepada efa(ceh, bajet dia baca blog aku), aku rasa dia kena banyak bersabar dan doa kat Allah banyak-banyak, agar dilembutkan hati emaknya, untuk menerimanya semula..kepada mak efa(bajet lagi), makcik maafkan lah dia makcik..jahat manapun dia, tetap darah daging makcik..dia dah menyesal, maafkanlah walaupun ianya sangat pahit macam menelan ubat panadol...


sekian, jangan derhaka kat mak bapak..salam..

Saturday, May 22, 2010

brader luv


salam..seperti mana yang korang sedia maklum atau tidak, aku sekarang obses ngan radio x-fm.. petang malam x-fm memanjang..lagu-lagu mp3 semua tak layan..lagu-lagu kat x-fm lagi mantap kot..!


ok, next nak cakap pasal ada satu segmen kat x-fm.. segmen brader luv..means that sape-sape ada masalah cintan-cinton boleh text brader luv and ceritakan masalah..and then brader luv akan call pasangan orang tuhh untuk settle kan problem..


brader luv dan sister luv sedia membantu..


and sepanjang aku dengar ulangan segmen brader luv nie, yang luahkan masalah mesti gegirls..kesimpulannya, boyboy ni memang tak amik kisah pasal relationship dorang..kesian gegirls ni..erk, kesian kah?

-------------------------------------------------------------------------------------

masalah satu :
ada seorang girl ni risau akan relationship mereka sebab boyfren dia asyik marah-marah je bila si girl ni call and text dia..and then brader luv pun call lah boyfren dia..and then boyfren die explain lah, boyfren dia cakap, takkan waktu kelas nak main mesej, nak call semua..

pendapat aku :
ngengade ar gegirl ni..kalau bercinta tuh, perlu ker texting and calling sepanjang masa..membazir duit jer..baik membazir g undi iwan af8 tuh!..

------------------------------------------------------------------------------------

masalah dua :
ada seorang girl..girl lagi kan?dia konpius sama ada seorang mamat ni suka dia ke tak..pastu dia suruh brader luv settlekan probs dia..so,cam bese brader luv pun call lah mamat tuh..pastu mamat tu pun ngaku lah dia suka kat girl tuh..excited giler girl tu..pastu girl tu offer diri nak jadi gefren mamat tu..mamat tu terkezut giler..jap, ade lagi..pastu brader luv cakap ar " so, lepas ni keluar dah boleh pegang tangan ar?"..and then girl tu mengiyakan..

pendapat aku :
pengakuan berani mati tu offer diri sendiri jadi gefren....pastu pasal bab pegang tangan, ek eleh, senang je nak bagi orang pegang tangan..baru jadi pakwe makkwe..belum suami isteri larhhh..!

--------------------------------------------------------------------------------------

masalah tiga :
ada seorang girl lagi..call brader luv and bagitahu yang boyfren dia dah taknak keluar gi dating, g movie atau sama waktu dengannya..so, brader luv call boyfren die..boyfren die jawab lah, dah selalu dating, so boring lah buat aktiviti yang sama.. and then, brader luv suh mamat ni explain sendiri kat gefren die..ini memang part, gefren die dah bertukar jadi HULK kot..boyfren die cakap, " syira, .."(aku tak ingat nama apa yang laki tu sebut)..belum sempat boyfren die nak explain, gefren die cakap, " syira? ni shida lah!" ambik kau mamat..kantoi sudah!papppp..talian dimatikan..

pendapat aku :
lain kali kalau nak jadi playboy pun, jangan lah lupa nama-nama gefren dan senarai aktiviti yang dilakukan bersama gefren..kan dah kantoi..tak pasal-pasal jer..

---------------------------------------------------------------------------------------

okey cukup lah tiga masalah ni.. apa yang korang dapat?.. bercinta tak semestinya manis..ada pahit..ade masam..dan mungkin ade masinnya.."ala lebih baik ade manis, pahit, masam dan masin, daripada kau takde rase ape2"...ade aku kisah?


sekian..sape-sape ade masalah cintan-cinton, sila call brader luv..tapi nanti femes sangat lak..haha..aku pun suke gak consult orang walaupun masalah sendiri pun tak settle..so, boleh tanya aku gak..huahua..sekian, salam...