Showing posts with label CINTAN-CINTON. Show all posts
Showing posts with label CINTAN-CINTON. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Tamally Maak..


Salam. Pagi yang indah. Sambil-sambil buat latihan Maths sebab esok ada test, aku pun dengar lagu kat henpon. Tak tahu lah dah berapa kali aku ulang lagu Baby Baby tu. Dah bosan, aku godek-godek playlist lain. Sekali tanpa sengaja henpon aku memainkan lagu Tamally Maak nyanyian Amr Diab. Korang tahu ke lagu tu? Aku baru tahu selepas google-google around.


Lagu ni best dan sedap ditambah pula dengan suara Amr Diab yang membuatkan aku terasa di awang-awangan. Dengan lirik dia yang, serius, jiwang dan romantiko de amor. Lirik yang bisa membuatkan hati terpesona. Pastu, bila layan lagu ni, rasa macam jatuh cinta pulak. HAHA. Okey-okey, abaikan ayat tersebut.


So, kalau yang tak tahu lagu ni, sila lah download untuk mendengar ataupun berjumpa dengan Cik Youtube untuk maklumat lanjut. Lirik pun boleh cari kat google. Untuk entri ter-jatuh hati hari ni, aku nak letak lirik yang ditranlatekan dalam bahasa Inggeris.




Tamally maak : I am always with you
We law hata ba eed any : And even when your far away from me
Fe alby hawak : Your love is in my heart

Tamally maak : I am always with you
Tamally fe baly we fe alby : You're always on my mind and in my heart
Wala bansak : I never forget you
Tamally waheshny : I always miss you
Low hata bakoon waiak : Even if I am with you

Tamally habibi bashtaklak : I am always longing for you darling
Tamally alaya men badlak : I always need you and nobody else
We law hawalaya kol el doon : And if I'm surrounded by the whole world
Ta ool ya habibi bahtaglak : I still need you, my darling

Tamally maak : I am always with you
Maak alby, maak rohy : You have my heart and my soul
Ya aghla habib : My most precious love
Ya aghla habib : My most precious love

We mahma tekoon baeed any : And no matter if you away from me
Le alby areeb : You are close to my heart
Ya omry el gai wel hader : You are life in the future and the present
Ya ahla naseeb : And the most beautiful of fates

Sumber Lirik : ST Lyrics


Jiwang karat ke tak lirik tu? Para players, lelaki mahupun perempuan, lepas ni boleh lah nyanyikan lagu Amr Diab ni dekat mangsa-mangsa anda ya. Okeylah, sekadar nak berkongsi lagu jiwang untuk korang-korang yang juga berjiwa jiwang macam tuan blog ni. Sekian, tamally maak... Salam!


Tuesday, July 27, 2010

Jangan Mengorat Dalam Facebook


Conan said : Tips mengorat kak Ran? Wooot.


Salam. Malam ni kerja aku google-google around. Baca blog cintan-cinton, almaklumlah minggu ni aku mode jiwang. Apa taknya asyik layan lagu Raja Jatuh Cinta dengan lagu Baby Baby si Justin Bieber tu. Pastu ada satu iklan ni kat blog cintan-cinton tu, Jodoh@Facebook. Aku pun bukak, nak tahu apabenda isinya. Aku alah sikitlah bab-bab jodoh ni. Haha.


Aku malas nak copy apa yang ada dalam website tu dalam blog aku. Korang boleh baca sendiri kan? So, baca kalau nak baca. Aku pun just scan je main point dia. So, apa main point dia? Jual e-book pasal teknik memikat wanita di facebook. What? Kat facebook dijadikan tempat mengorat? Apa kes entah. Macam kelakar je aku rasa.


Kononnya tips untuk lelaki mengorat dengan efektif dan membuatkan para wanita hot-hot di facebook yang menjadi kegilaan mereka berjaya. What the fish. Pada pandangan aku, hanya lelaki yang loser sahaja beli buku ni. Yang tak loser, takde maknanya lah nak belajar cara nak pikat pompuan kat facebook.


Ran said: I am not an easy girl, Conan.

Serius aku geli dengan ayat-ayat promosi e-book ni. Cara diorang cakap macam lah hati perempuan ni murahan sangat yang mudah cair dengan kata-kata lelaki. Dan lagi satu hal, kalau lelaki tu berjaya mengorat kat facebook guna tips ni pun, perempuan yang dia ajak keluar dating tu pun belum tentu perempuan baik. Senang-senang je setuju keluar dating.


Entah dah berapa lelaki entah dia dah keluar bersama. Yang lelaki tu pulak, dikatakan dapat keluar dating dengan dua tiga perempuan. Sah-sah mamat tu loser eventhough kononnya dia digilai semua wanita. Yewwwww. Nak muntah. Sesuai sangat lah tu. Perempuan tu entah apa-apa, lelaki tu pun entah apa-apa. Huh.


Shinichi Kudo
Shinichi said : Please accept my pinangan Ran.


Kesimpulannya, aku rasa kalau aku jadi lelaki, aku tak heran pun kat buku ni. Sebab nak buat hati perempuan ni tersentuh tak susah actually sebab ianya lembut. Show your caring-ness and kindness, tapi bukan caringgatal-ness, bak kata seorang budak tu. Dan seperti dinyatakan kat website tu, personaliti melebihi dari paras rupa. True and true.


Senang cerita, if you are a man who got the personality and the money, pergi je lah masuk meminang perempuan tu. Toksah lah buang masa mengorat segala. InsyaAllah, ada rezeki, lembut hati perempuan tu terima pinangan. Ceit. Apsal aku tetiba cakap pasal pinang-pinang ni?Taksuka-taksuka.


ran et shinichi
Ain said: And finally Ran accept pinangan Shinichi. Sweet, huh?


Okeylah, jangan mengorat dalam kelas bak kata cikgu abrar, jangan mengorat dalam facebook bak kata aku. Alrite, salam mengorat dari aku. Salam!