Saturday, February 24, 2018

Discharged Ortho

Assalamualaikum...


Haha blog ni memang berhabuk habis dah la... Sebab bila dah ada instagram, lebih mudah nak curhat, lol. Tapi disebabkan sebelum ni, I dah buat post discharged O&G, discharged surgically, now terpanggil untuk post discharged Ortho.


Alhamdulillah, selamat dah empat bulan dalam Ortho. Benda yang paling tak menahan sekali, sukahati je ambil cuti first and second day of posting sebab ada kenduri kawen belah suami I hehe. Masa mula mula masuk, memang benci gila dengan tulang. Tambahan, time kat Ireland dulu, kurang exposure dengan Orthopedic stuffs. So, rasa dumb yang amat jugaklah bila nak describe fracture whatever semua tu.


But as everyone say Ortho ni posting honeymoon, posting yang relax, I've told myself to enjoy this posting as much as I could. Walopon sebenarnya takde la relax sangat pon. But, okaylah.


Apa yang best dalam posting Ortho ni is the trust given by your MO. To be honest, dalam Ortho ni la I lagi banyak buat suturing jahit bagai compared to when I was in Surgical. MO suruh jahit cam confident je aku pandai sangat nak suturing hahaha. Tapi sebab orang dah trust kita, we should trust ourself too, isnt it? So I suture je la acah confident je depan patient. Bagi bius setempat (local anaesthesia) pun without mercy je hopefully bius tu working heee.


Then yang best lagi pasal Ortho sebab MO dia best and sporting. Kat tempat lain, tak tahu la. Tapi kat Kole Pilah ni, MO semua jenis sporting and so kurang la emotional burden duk dalam posting Ortho ni. 


Kalo oncall pulak, most of the time boleh la tido 3-4 jam gitu... Which is agak sleepwell jugakla. So overall, posting Ortho ni best and chills chills sajo. And tak sangka cepatnya 4 bulan dalam Ortho... Tup tup dah naik forth poster, weee. Masuk Medical pulak tu, duk anxious expectation from MO medical pulak haha.


Today is my first offday in Medical. Medical ni famous orang kata busy. I'm trying to be positive. Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah s.w.t. Hopefully duk empat bulan je la dalam Medical ni ameen.


And last but not least, take home message kepada yang bawak keta, bawak motor. Hati hati di jalan raya. I have seen so many accident cases in Ortho, and it looks soooo painful for them.. Dah la sakit, nak buat operation, ada tulang patah, ada kena beli specific implant costing them thousands ringgit some more. Kena pergi physio lagi etc etc. Yang ada kencing manis pulak, please kalo ada mak pak diabetes.. Advice on sugar controls, also seen many case kena potong jari kaki, potong kaki due to uncontrolled diabetes huuu.


Sekian saja. Semoga berjumpa next post, insyaAllah.

2 comments:

Muhd Yassin said...

Salam nak tanya HO di HTAN dapat buat banyam hands on tak?

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر