Sunday, December 8, 2019

Lap-lap Habuk

Assalamualaikum.


Haha gila lama tak berblogging. Hihi. Sebab dah ada wifi kat rumah ni, rasa macam nak mencoret semula walaupun macam takde orang nak baca. But who cares, lol.


Tak sangka last update Februari tahun lepas. Ni tahun 2019 pun nak habis dah.


Banyak benda dah terjadi. Rasa sayangnya tak update blog.


So, hari ni sekadar permulaan sahaja dan update terkini. Gitu bajet social influencer sangat.


Alhamdulillah, dah habis housemanship dengan jayanya pada Februari 2019. Lepas tu floating kat Medical Department selama 7 bulan. And then right before pindah untuk MO ship di tempat baru, Alhamdulillah sempat pergi menunaikan umrah dengan emak dan suami terchenta gitu.


Dan 21 Oktober yang lepas, telah pun melapor diri sebagai MO Kontrak anda di Hospital Ampang dan masuk Medical department. Alhamdulillah sedang adapting. 


Rancangnya nak ambik paper MRCP Part 1 September tahun depan lol. Sekarang pun sedang mencari tempo dan ritma untuk ulangkaji pelajaran lagi. Rasa rugi masa habis medical school tak terus prepare untuk MRCP Part 1. Masa tu maybe otak tak berkarat sangat. Sekarang bila try jawap pastest MRCP, rasa soalan ni macam pernah baca je dulu-dulu tapi bila nak recall, dah tak ingat dah facts dia.




And so bila nak kena study sekarang, karat dia tu, masyaAllah. Takpe, yang penting usaha. Orang kata MRCP susah gila. Takpe la, kena usaha dulu ye tak.


Ok la takde apa nak tulis lagi. Untuk next post, I cuba tulis yang berfaedah sikit. Hihi.



Sekian, wassalam.

No comments: